Wednesday, April 20, 2016

Ice Thai Green Tea

Assalamualaikum..

Masa zaman I tak kira calories waktu makan and tak pernah cukup dengan sugar, one of favorite drinks I is Green Tea. Semua jenis green tea I nak cuba. Tak kisah la green tu is Thailand or China or Japan janji nama dia Green Tea I suka sangat and mata pon bersinar-sinar je bila nampak. Kata Yatie, cara sayang tu macam Doraemon pandang Nobita. Kan ke mata dia nanti sparkle? Haaaa macam tu la. Green Tea tu pulak, Ice blended ok, cake ok and dapat ice-cream lagi la I gembira. Kalau dekat Sushi King, 1 cawan sundae tu, no sharing. I boleh habeskan sorang OMG pelahap perempuan ni.  Ice blended pulak tak kisah la kat Starbucks or Coffee Beans semua I bedal. Dekat area rumah I pulak, ada truck jual air-air ni. Dia punya Ice Green Tea bapak la sedap nak mampos! I nampak masa dia buat tu, dia letak susu pekat manis, susu cair, coffee mate and lotsa crush ice. Samadengan berapa sudu gula ada dalam tu takyah cerita la kan? 


Yang ni Ice Green Tea dekat Teh Tarik Place, The Mines


Dalam Cookies group (Bebudak Kajang) yang I join by invitation tu dorang selalu la share gambar minum Ice Green Tea dekat Teh Tarik Place ni. Berasap je I tengok. I kan jauh nak datang sana dari Ampang? Setelah berkurun and Thai Green Tea dah tak trend dah, last week baru dapat rasa. Nikmatnya Ya Allah taktau nak cakap macam mana. I kan dalam usaha nak cut air-air sedap dalam menu harian. Beria la I cakap pada Anny air ni sedap. Sekali masa dia cuba, dia cakap ‘Apa yang bestnya air ni Suraya? Aku nak teh tarik je la. Apa ni teh kaler hijau macam ni’. Lepas tu dia kutuk-kutuk I suka makan Korea. Cipet laaaaaaa. Ko tu yang takde taste. I no fwen you! Huh!


-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...