Monday, April 4, 2016

Hello Villaku Residence

Assalamualaikum

I sekarang ada dekat Villaku Residence, Balok Kuantan, holiday dengan Principle sekolah Shein and a few parent from Building Blocks International since semalam. Kitorang akan stay dekat sini sampai hari Selasa. Best giler ok dekat sini? Tempat ni memang best (dah dua kali bagitau hahahha maksudnya memang best la tu). Ada 6 rooms macam-macam type. Bilik memang besar-besar and bilik I duduk ni ada 2 queen size bed and mengadap kolam. So maksudnya, bukak sliding door boleh terus terjun dalam kolam la. Ada room type yang ada jacuzi, ada bathtub, ada katil for kids yang bentuk lori bomba and many more. Each room different design tapi memang semua besar-besar and muat more than 4 people. Pasal tempat ni later la I share eh?

Tak balik lagi ada yang request dekat FB suruh review. Iyerrrrlaaaaa. Menjawab soalan korang walaupon I dah bagitau last time dalam entry, satu malam dekat sini is RM3,000 and availability villa ni korang boleh check out dekat AirBnb or call direct dorang. Number ada dekat website. Pergi la Google. Jangan nak malas sangat. Haha. Sini ada two wings which is ada 2 villa's la. Wing kitorang stay ni kolam dia lagi besar and yang satu lagi tu direct kena matahari so agak panas. Dah la cuaca panas sekarang ni, I mata merah dah berair je dari semalam sebab panas badan. Malam tadi lepas makan 2 bijik panadol, I rasa ok sikit la. Jangan la demam ke apa, kolam dekat sebelah ni memang memanggil-manggil je.



Hello Villaku Residence! Sampai semalam tak tunggu lama terus mandi. Shein lagi la, sampai taknak naik. Kecut-kecut jari pon memang dia tak kisah. Malam tadi lepas lepak kat tepi pantai, alih-alih nak bukak baju je duduk tepi kolam. Ewah engkau?


Time ni emak-emak berendam dalam kolam with the kids and bapak-bapak pergi tepi beach buat unggun api dengan Mr. David.

Introducing to you my amazing housemates for this trip, belakang tu Nirwana Mommy si Qaseh dan Yusuf. Aina yang masuk kolam while anak dia Safiya duduk tengok dari tepi sebab demam. Shariffah yang baju pink and her son Rayyann, Shein and Qaseh. Waktu ni Azian and her family tak sampai lagi sebab dia ada problem dengan tayar kereta. Dekat pukul 8.00pm macam tu baru la semua sampai.


Ni bilik kitorang! Boleh golek-golek dengan gembira.

Ok. That's it for now. I nak tunggu Shein bangun lepas tu nak breakfast. Kakak angkat I masa kerja kat Pahang dulu, Kak Miza (Rosmiza Ngah) stay dekat area-area sini. Semalam dia datang hantar lemang, ni kejap lagi nak hantar Nasi Dagang pulak. Rezeki I la. Hahahaha. Dekat sini memang no diet. Kitorang memang nak enjoy makan je. Dah la makan sedap-sedap. Semalam I buat sambal ketuk, sambal tempoyak, sambal terung pipit and bawak bekal sambal hitam and sambal terasi yang orang bagi. Mampos semua pedas. Malam tadi the husband makan sampai berpeluh-peluh and Shariffah enjoy makan sambal tempoyak so very much. Gaul nasik dengan tempoyak banyak giler. Sama la macam Kakyang. Lagi hardcore dari I. Ulam-ulam kampung pon penuh peti ais I bawak. More than enough untuk makan for 3 days.


 Banyak kan?

-eNd-

1 comment:

Noni said...

ulam tu over sangat kot kak su. dah macamkan nak meniaga pulak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...