Monday, April 11, 2016

Mango Cheesecake at Kula Cakes, Kuantan

Assalamualaikum..

Kita mulakan entry harini dengan gambar kek dari Kula Cakes, Kuantan. One of the must thing to eat bila korang sampai Kuantan is Kula Cakes punya Mango Cheesecake. I pon dah ada tengok dalam Jalan-jalan Cari Makan TV3 and memang nampak sedap and menyirap je ok? Dah rasa sendiri baru puas hati cuma yang tak puas hati sebab tak dapat nak makan dekat Cafe tu sendiri, but we tapau instead and makan dekat Mustafa Cendol eeuwww haha. Lagipon Kula Cakes ni bapak la sempit. Sangat tak baby friendly. Nak bawak stroller ke apa memang tak muat. Masuk-masuk terus ke kaunter dia, and masa I sampai tu, beratur sampai luar kedai. Dah la panas Kuantan ni. Grrrrr. Tapi cake dekat sini semua mouth watering. Ada macam-macam. Red Vekvet, Pavlova, variety of cheesecake and many more.


Photo courtesy from Rish. Tak sangka Rish pandai ambik gambar cantik macam ni. Dah la pandai masak Sambal Belimbing. (Apa kena mengena) 



Tu ada Cream Brule, Pavlova and lagi 1 tu I tak sure apa dia. Ni dia makan 3 orang. Rish, Miera and Eddy. Fruz rasa sikit je lepas tu jaga anak. Hahaha.


Yang ni Red Velvet dengan Mango Cheese. Yang lagi  2 tu taktau apa dia. Ni tumpang ambik gambar customer depan I tengah tunggu coffee dia. Busuk sangat perangai mintak izin nak amek gambar. Haha.

Ni pendapat iklas I makan sendiri Mango Cheesecake ni. Bagi I cake ni memang sedap, tapi takde la sedap sampai tahap tahap angau. Taste-bud kita ni kan tak sama? I rasa macam biasa-biasa jer, tapi Rish and Miera rasa sedap giler. Ke sebab I tengah semangat nak diet, so makan 2 suap lepas tu kuis-kuis je. Beli 2 ketul, 1 tu tak habes, 1 tu Sazli makan sesudu lepas tu dah. Macam Sazli dia memang tak suka dessert maka punya pendapat tak boleh nak pakai. TAPI bila tengok balik gambar ni, rasa macam menyesal pulak tak makan beria semalam. It's all dalam kepala korang sebenarnya. 

Masa I nak suap tu, Si Yashie dah cakap, 'Biasa je Moksu. Takde la sedap mana', so I dah set dalam kepala tak sedap mana tapi akibat dia apa? Akibat dia ialah menyesal la harini. Ni semua ko punya pasal Yash! Mana nak cari Kula Cakes dekat KL ni? Huwaaaaaaaaa. Imagine suap tu masa dia sejuk-sejuk, dengan buah Mangga and manggo puree on top, makan tengah panas sangat la heaven! Harga 1 slice Mango Cheese ni is RM7.40 exclude tax. Tak mahal mana. InsyaAllah kalau tengah semangat makan, 5 boleh habes at one time.

Kula Cakes Jalan Besar
96 A, Jalan Besar
25000 Kuantan
Pahang Darul Makmur
017-9711396
Monday Close, Tuesday - Thursday 1.00 - 9.00pm
Friday - Saturday 1.00pm - 10.00pm
Sunday 11.00am - 7.00pm

-eNd-

3 comments:

Fieda Redzuan said...

kan kaksu. diorang punya cerita memang melebih lebih betul. sy pun rasa sedap, tapi tahap yang takdelah sampai tidur malam bawak dalam mimpi. haha. btw, kat sebelah kedai tu ada tempat untuk makan. ke situ pun penuh?

Nazima said...

http://n-azima.blogspot.my/2015/07/review-mango-cheesecake-by-kekekekek.html

kak sue..visit blog saya ada pasal mango ciskek ni. Kawan saya jual di KL.Kemain sedap.

Shahira Abdullah said...

Kak su, actly kulacakes ada lg stu kedai lg selesa -otw to teluk cmpedak "Lilawadi" nama tmpat nya. tmpat dia selesaa if nak lepak2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...