Friday, April 8, 2016

Villaku Residence Holiday - Part II (Rooms, Hall, Kitchen and Swimming Pool)

Assalamualaikum…

Haritu masa I masukkan ajer gambar dalam Facebook Album – Villaku Holiday terus dapat banyak inquiry pasal tempat ni from friends and blog readers. Lepas tu korang kemain tanya detail macamkan I own the place. Kan? I datang bercuti je dekat sini pooon. To be specific, Villaku Residence ni terletak di Balok, Kuantan. Kalau dari KL masuk Tol Jabor. Lepas tu ikut je apa Waze ajar. Nanti terus sampai dekat sini. Tu kalau pakai iPhone la, sebab Shariffah guna Samsung dia kata Waze hantar dia sampai kilang apa entah. Hahaha memandai tuduh Samsung punya Waze salah padahal henpon dia kena virus. Kalau dari KL nak datang sini from Tol to Tol dalam 2 jam ke 2 jam setengah je. Tak jauh. Jom check out gambar yang I ambik dari camera phone ni je. Masa ni our official photographer – Nirwana tak sampai lagi.


Entrance at Villaku Holiday. Ada 2 pintu, kitorang punya belah kanan yang ada Qaseh tu.


Villaku Residence got 2 wings. Yang kitorang punya ialah Wings belah Kanan. Kitorang ada chance tengok wings yang the other side, and unfortunately I suka lagi wing kitorang. Wing kiri, dia punya kitchen je la cantik mengadap laut tapi I rasa wing kitorang lagi spacious. Design pon totally berbeza 100%. But of coz, 2 2 pon best sebenarnya. Both villa ada sebesar-besar alam kolam. Puas hati. Cuma yang wing Kiri, kena direct matahari and jauh sikit dari laut. Kitorang punya agak redup and lebih dekat dengan laut.

I pon pesan pada Shariffah, sebelum the rest sampai and musnahkan tempat ni, baik ambik gambar dulu. So korang tengok la gambar bilik yang tak ikut turutan ni. I pon tak sure bilik mana toilet dia mana. Untuk bilik yang paling lawa, hujung sekali. Ada day bed siap selain katil biasa, ada Jacuzzi and the only room yang ada TV dalam bilik and the room belong to Shariffah and family. Toilet dia biasa je, takde bath tub. Konsep dia, sapa sampai dulu dia pilih bilik. Hahahaha. Mr Lee paling lambat sampai so dia kena redha la dengan bilik paling kecik. Kitchen and hall ada dekat tengah-tengah. Dari pintu masuk ada 3 bilik, and lepas tu hall/kitchen and ada 3 more rooms. 3 room’s yang belah kanan tu semua mengadap swimming pool so makna kata kalau dari bilik nak terjun masuk pool pon takde masalah.

Dapat imagine tak ni macam mana?

I ambik bilik sebelah bilik Shariffah. Ada 2 queen size bed. Ada sofa, mengadap kolam and toilet biasa-biasa je. Bilik sebelah I pulak Aina+Anis+Safiya. Ada 3 single bed yang agak besar and ada bathtub kalau tak silap I. Also mengadap kolam. Bilik yang lain yang belah kiri 2 tu besar la and yang Mr. Lee duduk paling kecik tapi dia ada katil bomba and ada book shelf. Each room different design 100% but semua pon best sampai tak boleh nak pilih yang mana. I masa sampai dok meroyan pilih bilik. Kejap nak situ, kejap nak sini. Last-last suruh Sazli yang decide. Dia kata ok la ni bilik kitorang sebab yang lain big family. Ok baiklah Boss. Padahal sah-sah bilik untuk tido je tapi dia punya menggelupur God know how.


Ni bilik Shariffah and family. This one paling besar. Ada day bed, TV and Jacuzzi. Untunglaaaaaa. Haha.



2 Queen size bed. Yang ni bilik Nirwana and family.




Sofa dalam bilik mana satu, I pon tak sure.




Bilik mana yang ada bathtub ni pon I tak sure jugak. Semua tak sure. Susah la macam ni.



Hoi Shein!




Shein ko ni mengekor je mana orang pergi. Yang ni ada Queen size bed dengan single bed. Bilik Kak Azian and family. 



Ni toilet bilik I



Ni bilik kecik ada 1 single bed and ada katil lori bomba. Boleh tido 2 orang ni. Yang bawah tu boleh tarik.



Oh, kati l ni pon boleh tidur 2 orang. Yang kat bawah tu pon boleh tarik.




Bilik Aina + Anis + Safiya. Ada 3 single bed yang besar.



Shein, harap bersabar. Ni bilik Aina.



Ini bilik I, Sazli and Shein. Sebelah tu je kolam.



Ni also dalam bilik I ni.


Dekat ruang tamu ada TV and 2 set sofa. 1 day bed chair yang besar and kerusi makan yang cukup untuk 12 orang makan at one time. Kitchen dia complete and actually cukup untuk 50 orang makan. Seriously. Periuk nasik, blender, pinggan mangkok tok nenek lesung batu semua ada. Land-chop ada 3, pisau ada 60 juta, cawan ada 400 juta and this kitchen is so lively. Macam orang duduk dekat sini yang bini dia jenis suka beli pinggan mangkok, ha macam tu la. Peti ais besar terus rasa nanti rumah dah siap nak peti ais besar macam ni la weh. Microwave, oven, grilled pan, toaster, periuk, kuali ada 5-6 macam-macam size and pengukus pon ada. Complete! Complete yang sungguh-sungguh. Semua ada!

Dekat hall, ada meja snooker and menda tu ntah yang main tolak-tolak macam piring tu. I taktau apa nama dia. Ongkampog sangat. Ada radio/cd player canggih and sound system yang bagus. TV with Astro and ada WIFI with excellent connection and ada foosball table as well. Tempat BBQ ada dekat luar, lepas tu dekat tepi kolam ada tempat nak sunbathing and lepak minum kopi borak pasal Najib and Bauxite. Hahaha. Dekat tepi pantai ada pulak buaian and ada pangkin with atap. So perfect, so complete and feel just like home and I sangat-sangat rekemen untuk korang datang sini bila-bila ada chance. Bawak family ramai-ramai and relax sama-sama. Memang best! Caretaker ada sorang. Nama dia Dinh. Korang boleh upah dia belikan bahan nak buat BBQ and dia akan buat BBQ and kita tinggal makan je nanti. All prepared by him and ada sorang lagi assistant.



Ini la yang I cakap main piring ni. Amenda nama menda ni?




Snooker pon ada




Sofa dekat hall. Luas sangat.




One more sofa set.




Dining table.




Swimming pool dekat sebelah hall jer.




Luas sangat swimming pool dia. Boleh buat 10 laps kalau larat.




Ada buai dekat luar, tepi BBQ area.




Kerusi dekat tepi kolam. Ada atap kalau takot kena panas. Tapi kalau taknak panas duduk dalam bilik la, takyah datang luar. **Tetiba garang




Bukak je pintu dekat belakang, nampak laut terus.


Walkway dari bilik Shariffah nak ke hall.


View from the other side



Ni salah satu dari rak pinggan. Ada 2 3 rak lagi macam ni. I tak ambik gambar pulak.




Peti ais besau.




Stove.




Luas dapur, boleh la 4 5 orang ada dekat sini at one time.




Foosball Table.




Who's this? Shein ke ni? Haha.




Amboi. Relax nampak?



Sazli tengah tiup pelampung.

This Villa is gated area and safe. Ada gate yang berkunci with guard and ada sekor anjing jaga kawasan. Dia tak kacau korang pon and takkan datang dekat. Dia usha-usha line dari jauh je. Hari-hari Dinh the care taker akan bersihkan tong sampah sebab kitorang cook and eats a lot! Tapi katil semua kemas sendiri la, jangan nak pemalas sangat. Towel memang cukup for each room complete with toiletries. Dalam peti ais pon memang ada segala mala jenis sos, mayonnaise, ketchup, kicap manis and all. Garam, serbuk kunyit pon ada woh! Semua boleh guna. Ha, apa lagi ko nak Cik Salmah? Datang aje la kat sini. Nak mandi pakai tracksuit pon tak kena preeeet dengan Pak Guard. Hahaha. Mandi naked pon boleh. Tadek hal.

Sediakan ajer duit, bawak baju and come here sambil jalan mendada goyang tetek, kepala angguk-angguk kiri kanan sambil ketawa macam Ali Baba Bujang Lapok sebab poyo dapat stay dekat Villaku Residence. Hahahahah. Harga? Macam biasa la korang kena check dalam Airbnb or check dekat Website. RM3,000/night tak lebih tak kurang. Sesuai also untuk company retreat or small family day. Kalau nak buat Beach Activity pon boleh. Tapi dah datang tempat lawa-lawa macam ni I suggest datang berehat je la. Berendam dalam kolam, lepas tu makannnnnnn. Guna semua facilities yang dorang sediakan, lebih relax. Tak gitu?

Villaku Residence
Lot 28195. Kg Pantai Balok
26080 Balok, Kuantan
+0192669669

  
-eNd-

3 comments:

Mommy Cici said...

sangat lah best >,< btw benda alah tu bukan karom ke namanya? agak je ler. hahaha

Wizana Arbain said...

Dengar cam mahal je kan rm3k/night tp kal pikir balik pegi ramai2 share murah je sebenarnye haha sbb villa besar camni takkan ler nk dtg retreat 1 family je kompem2 la serombongan dtg skali lol!

. said...

meja tu nama dia air hockey table

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...