Tuesday, May 3, 2016

Now That You're Gone

Assalamualaikum..

Today Sarah punya last day so kita ada buat makan-makan simple dekat office untuk farewell dia. Boss I cakap dia nak nasik kukus ayam dara and kek pulak dia nak  Secret Recipe - Turkish Indulgence. Lepas tu kek satu lagi kitorang order dekat Huda. I tingin Tiramisu tapi Si Dyba nak Red Velvet. Dia memang kalau makan Red Velvet Huda hari-hari pon dia tak kisah. So I mengalah dengan pempuan mengandung. Kita bagi dia chance makan RV puas-puas. Menu lain pulak kitorang order is mee hoon dekat office punya café and I order Mee Kari, Sagu Gula Melaka and Pudding Cocktail dari Sizzling Kitchen. Senang takyah dah nak pot luck. Order je semua. Lagipon tak mahal mana. Kos dalam RM260.00 include delivery.  I Makan start at 11.00am and habes sampai makanan habes. Konsep dia macam tu. Tapi lepas balik dari KLCC tadi I tengok dorang dah kemas dah office. Bagus. Semenjak ada Gen Y dekat office ni, I relax la skek dengan Intan. Takyah dah buat cleaning. Semua pon order je. Senior ma?



Intan, Siti Nurhaliza, Izzy and Dyba. Sarah duduk depan sebelah Dato' sebab dia yang diraikan


Masa speech, Sarah dah sebak. Dia cakap terima kasih pada semua especially boss dia. Lepas tu dia cakap dia tak boleh lupakan masa kitorang punya family day dekat Grand Lexis PD tu.  Si Intan dengan Dyba dah menyentan-nyentan sebab kalau cakap pasal family day PD tu, mesti teringat Geng TV. Dorang pakai kotak kat kepala and jadi macam TV. Dah la nyanyi semua suara tak keluar. Lepas tu Intan cakap, dia memang tak puas hati yang team kitorang menang sebab dia cakap patut disqualified sebab lebih dari 10 minutes. HAHAHAHAH. Dah kalah tu dah la. Boss I masa tu Pengerusi Kelab Sukan so geng I mesti la best—best and seingat I, Boss I kalau apapa dia akan bagi I satu group dengan Sarah. Lepas tu mesti group I menang. Masa yang Oh My English Day last time pon group I dengan Sarah menang jugak. Masa bagi hadiah tu, Intan jeling I sampai nak terkeluar biji mata.



Belakang tu barisan VP dan Head Cluster. One of them is I punya Boss.


So lepas ni kalau Sarah takde, I nak kena masuk group sapa? Kalau sukan, I nak satu bilik dengan sapa? Intan tu dia jenis malas nak beria. I tak boleh sebab I jenis beria. Konsep dia, kalau masuk nasyid kena menang. Netball kena menang. Berlakon kena menang. Nyanyi pon kena menang. Usually Sarah akan duet dengan I lagi Cinta Misha Omar dengan Jaclynn Victor, so lepas ni nak duet dengan sapa? I tak sanggup nak duet dengan Dyba lagu Ziana Zain. Tak boleh nak tarik lagu sampai duduk dekat lantai macam Dyba. Hahahahaha. Intan pulak dengan dia memang dangdut je la. Dah tetua ni nak dangdut segan pulak.


Finance bagi bunga pada Sarah. I will miss you BB

Tadi last kitorang keluar berempat pergi KLCC. Ezy tak ikut sebab dia ada kerja kat office. Izzah pulak macam Mak Pengantin and dia tu kekadang ada ke takde ke sama je. Kaklong pulak memang dah lama terpisah sebab dia dekat office lain dah. Sometime, ada rasa missing. Teringat lagi kami seronok sama-sama main futsal dengan Fiezul semua. Time tu ada Wan, Fiezul, Nape, Intan, Sarah, Kaklong, Ros pon ada. Memang best sangat. Fiezul takde, rasa sunyi. Rasa missing. Lepas tu sekarang Sarah pulak. Tapi takper, I still have Intan dengan Dyba. Cuma lately, bila keluar memasing banyak senyap. Dyba pregnant, Intan dengan masalah boss dia tak habes-habes and I pulak banyak sebok dengan Anny, Transgluta and Transbella. So masing-masing banyak melayan perasaan.



Pergi KLCC ajak Sarah pilih hadiah dia. Dia nak purse dari Fossil. Lepas tu I jumpa Anny sekali. Anny is like my shadow. Dia akan follow mana I pergi. Ikutkan dia nak buat 1 bilik office dia dekat office I ni, tapi I tak bagi. 

I hope, one day I akan dapat kawan baru yang sama best macam Fiezul, macam Sarah. I miss to have fun and bergelak ketawa dekat office macam dulu. Kaksu harap Fiezul and Sarah jangan lupakan Kaksu. Simpan kenangan kita erat-erat dalam hati ok? We used to be really close. Time tu, I takde Shein lagi and Sarah tak kawen lagi. Kita bertiga mesti keluar sama over weekend. Lepak makan, tengok movie… Lepas tu Dyba mesti muncung bila tau sebab dia jeles. Fiezul tu Bhaiya dia kan? Haha. Now look at us. Sorang jadi Bomba, sorang ke Melaka. But that is life. People come and come. Nasib baik, akan jumpa pengganti yang best (macam Anny and Ellis) but tetap, tempat mereka takkan boleh diganti.

Sampai hati Fiezul and Sarah tinggal Kaksu…… L

-eNd-

9 comments:

zana-norzana said...

Assalamualaikum,

I ni silent reader your blog...... baca ajer dan jarang mengoment.....
Tumpang tanya sikit ya!!! yang picture kat atas tu salah sorang tu En. Norli ya???

Chooyaya! said...

zana-norzana : ye betul. tp jgn cakap kt dia i ada blog. or mention about blog dkt dia. ok? i taknak bosses tau. haha

Mommy Cici said...

sedihnya kalau orang yang rapat dengan kita kat opis nak blah. I lagi lah ada seketul dua je yang rapat T_T. one of my close friend kat opis baru tender, pastu last day July T_T huwaaaaa

Chooyaya! said...

Mommy Cici - I feel you

cik allord said...

tetiba kite sebak plak bacaa...

nunu abdullah said...

eh belakang tu en kamarulzaman kan? anak die kawan kite. hehe. hai kaksu cantik!

dekat ofis kite pon dah ramai yg resign kaksu..sedih la sunyi2 ni

Chooyaya! said...

cik allord : :(

nunu abdullah : yeeeee. dia boss kat sini. tp jgn ckp kt dia yg anak buah dia kt opis ada blog. kaksu nak privacy dengan boss. masa anak encik kamarulzaman kawen, kaksu ada dtg. dkt stadium paroi tu.

yosyira Sharuddin said...

wahh.. keje lagi uncle halim tu yea kak su.. huhuhuhu..😁😁

kasyaF imaNi said...

slm...k.suuu...bile nk share tips untuk hamil..=)..cant wait..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...