Tuesday, May 3, 2016

Last Dinner at Alexis with Sarah

Assalamualaikum..

2nd May 2016 Sarah dah start bertugas dekat tempat baru dia dekat Melaka. I tak boleh nak bagitau dia kerja kat mana atas faktor keselamatan. Haha. Macamkan Sarah ada peminat ramai. Kata Sarah pagi tadi, dia takde kawan pon lagi. Sian dia sorang-sorang. Harini jugak Kaklong start masuk department baru and pindah dari Balai ke Menara. I happy la Kaklong dekat dengan I tapi at the same time sedih sebab Sarah takde. Konsep dia satu pergi, satu mari. Dah tak cukup quorum dah geng Meriah U’Olls. Sobs.. I ni pakkal la busy (yang taktau apa yang dibizikan sangat tu) kalau tak memang rasa missing. Pagi tadi masuk office, ada budak baru duduk tempat Sarah. I nampak dia punya selimut Ikea bergantung dekat kerusi tetiba rasa sebak. Ko tak kira yang masa weekend haritu, I bedal layan lagu Fauziah Latiff karaoke dalam kereta dengan Sazli. Tingat dekat Sarah sebab dia tau I suka karoks lagu Fauziah Latiff. Jumaat malam lepas, last I jumpa Sarah sebelum dia pindah Melaka. Kitorang makan dekat Alexis.


Terpaling sedap. Spaghetti Seafood. RM45.00


Konsep dia, tetap jugak nak share gambar makanan walaupon dalam kesedihan. Hahahahaha. Kitorang dinner berempat. I, Sarah, Fiza and Aizat. Aizat takde bukti dalam entry ni sebab gambar yang dia ada masuk goyang la, gelap la. Dah, takyah masukkan ajer terus. Hahahaha. Memula Fakri nak join tapi dia cakap hujan tak boleh nak datang. Alasan je tu. Harini I declare war and taknak kawan dengan dia 2 minggu. Apis pulak tak sempat and Abang Reen pulak I tak sempat nak tanya kenapa dia tak join sebab busy gossip pasal hantu. Hahahahahaha.

Kitorang order pizza, 2 jenis spaghetti, salad (yang tetiba salad sikit, salmon lagi besar), dessert and semua share makan. Sebenarnya I nak bagitau yang I menyesal share Spaghetti Seafood tu sebab tetiba malam tu extra sedap. Rasa macam sebenarnya takyah kongsi. Hahahahaha. Masa Fiza ambik tu, I jelingkan ajer. I lupa si Fiza tak makan cheese. Dia allergic. Bukan allergic apa, dia allergic to taste and smell. Mengada sangat. Pizza pon dia tanya banyak-banyak kali, cheese dia jenis cari on top ke or tabur-tabur je? Naseb la Al Fungi Pizza tu cheese dia tak cair meleleh-leleh kalau tak haram si Fiza nak sentuh.

Fiza, I nak bagitau you, you amat rugi tak makan cheese. I pulak suka cheese. Tak kisahlah savory or dessert. Imagine Si Huda punya Red Velvet haritu, Bapak la punya sedap. Menggigil si Dyba suap. You boleh tak suka cheese. OMG.


Yang ni Bucatini Carbonara. Dah mintak nak kuah banjir, taknak kering tapi tak dengar arahan Alexis ni. I kalau macam ni kurang suka. Naseb ada Aizat tolong habeskan. RM36.00 harga dia.


Sarah order salad. Dia memang kalau makan dia akan order bahagian Salad. This time dia order Salmon Salad. RM30.00


The Salmon cooked perfectly tapi rasa dia bagi I a bit weird. Salmon + manis + pahit. Hurmmm...

Salad dia rocket je. Tapi I rasa macam tak boleh nak hadam rasa salad ni. Sauce dia is grapefruit compote dengan maple syrup. Rasa pahit-pahit manis. I kenot brain. Kalau makan kan? Usually I dengan Sarah je yang akan komen pasal rasa. Sarah dia suka unique dish macam fusion and pelik-pelik. Itik la, kuah sirap la… Dia suka order. Kekadang dia order tu I rasa macam sedap, kekadang tak sedap. Untuk yang jenis mudah kecewa dengan makanan, I usually akan play safe. Nampak pelik, takyah order unless dapat recommendation. I tak boleh kalau apa yang I dapat tak sedap, nanti I rasa macam nak terbalikkan meja and palingggg penting, jangan serve I makanan yang dah sejuk. Memang carik pasal nama dia.


Yang ni pulak AL Fungi Pizza. RM37.00

Yang ni memang sedap. In fact semua pizza dekat Alexis is sedap. Order je apa jenis. Semua sedap.


Close up Al Fungi Pizza. Fungi tu = cendawan. So ni basically pizza cendawan la kot.


Dessert kitorang share makan Nutty Meringue. Harga dia RM16.80

Rasa dia so so

Bagi I, dekat Alexis ni yang sedap dessert dia ialah Pavlova. Ni tengah taip tetiba teringin pulak. Cis! Dengan I nak makan Spaghetti Seafood taknak share. Nak makan sorang-sorang. Maksudnya kena datang la sini lagi. Tapi I tingin nak makan dekat Green House jugak. I tak boleh focus dah ni. Mati la naaaaak, mood nak makan dah datang balik. Nampaknya badan macam ni takkan kekal lama. Mungkin akan menggemok kembali dalam masa 2 minggu. Kbye.

Alexis Ampang
303 Jalan Ampang
Lot 10 – 11
Great Eastern Mall
6800 Ampang
03-42602288

-eNd-


Sarah and Fiza


Sarah and Siti Nurhaliza


Three of Us.
Sayonara BB. Till we meet again...

2 comments:

Mimy Hamid said...

sue pls tanya sarah...wedges beli mana..i kenan

Mekanik Kereta said...

nampak sedap yang rupa macam mee tu tapi rm45 peh mahal nya!