Thursday, April 7, 2016

Pasal Shein Lagi

Assalamualaikum..

Nak cerita pasal Shein la harini. I nak update Shein punya perkembangan macam mana.

Shein dah 3 tahun 4 bulan masuk bulan April 2016 ni. Still limited vocab dia boleh sebut but banyak improvement and dah banyak kenal colors, things and arahan semenjak I masukkan Shein dekat BBI since last year on April. Compared dengan dia punya peer of coz la Shein tak boleh nak kejar tapi kalau ikut size badan, portion makan and rambut, Shein la menang. Hahaha. Dekat BBI memang macam tu, lagi besar badan, lagi muda umurnya. I tengok Shein mix well dengan dia punya peer. Sebab to be frank, walaupon Shein tak diagnose with autism, but ada masa I keep on cari menda yang boleh relate dia pada autism. Unfortunately memang takde.

Bak kata Yash, ‘Maksu ni banyak sangat tengok Juna anak Fynn Jamal sampai nak tuduh Shein autism jugak’. Haha. Bukan la paranoid ke apa, tapi biasalah perasaan emak-emak macam kita ni. Mudah la nampak perkembangan anak yang kita rasa tak berjalan seiring dengan peningkatan usia dia. Dekat Villaku last time, I tengok bebudak lain macam Yusuf, Bryton, Qaseh, Safiya kalau suruh naik dari kolam, dorang naik. Jangan tembak air dalam rumah, dorang ikut arahan, suruh move a bit dari TV screen they move but Shein dia buat keras je. I pon wonder, dia ni bebal buat degil or tak paham sebenarnya?


Shein and Mama


So, I borak dengan Mr David pasal Shein. Kata dia, ‘Shein is absolutely normal. Don’t worry. He understands but he ignore. He’s is fine. But we need to help him to improve his lifestyle and what we feed him so that he can grow up nicely. Both at school and home’. Bila Mr David cakap macam tu, I rasa lega. Other than hantar dia ke sekolah, I akan hantar dia pergi Speech Therapy as well. Kena do serious sikit la lepas ni. Ni asyik la ponteng kelas je. Speech Therapy ni kena buat weekly. Tapi kitorang pon kalau weekend macam-macam activity. But for Shein, lepas ni need to sacrifice a bit. Tak boleh buat on weekend, I try to slot bila-bila time weekdays. Therapy tu sekejap je, tapi registration la, tunggu turn la, nak hantar dia balik ke sekolah semua itu yang takes time. Tapi lepas ni kena la buat jugak walaupon consume time and kebasahan ketiak. Haha.

Dekat kampung, dia memang kenal Mak sangat dah. I kalau kat kampung, I biar je dia. Dia akan mengekor mana Mak pergi. Naik rumah atas, solat, dapur semua dia mengekor. Lepas tu dengar la Shein nanges sebab Mak menyorok. Mak kan suka dengki Shein? Dengan Amsyar tu, kalau main dekat kampung memang dia akan lupa I dengan Sazli terus. Masa bila jumpa? Time dia nak tido je. Time lain sebok nak main. Itu pon sekarang kalau kat kampung, tido pon taknak dengan I. Dia nak tido dalam bilik Mak sebab Sasha, De and Amsyar tido dekat situ. Hahaha. Shein ok je tak tido dengan I, I yang tak ok tak dapat tido dengan dia. Jadiknya, jumpa masa naik kereta nak balik KL. I gomol dia puas-puas sebab rindu. Walaupon ada dalam satu rumah tapi rindu. Shein la tak layan I, sebok nak main.

Dengan peer pon dia ok. Takde masalah. New environment macam playground, building, sand, beach etc dia takde masalah. Kalau bagi mainan, dia tau how to use it. DIa tau relate thing to environment. Kalau autism, dia tak suka main dengan peer and dia akan takot dengan tempat baru. Behavior yang pelik macam suka rampas makanan orang ke, Shein takde buat pon. Cuma perangai kepala angin tantrum dia tu memang susah nak jangka. Berjaya atau tak a day I dengan Sazli is depends on Shein punya mood. Sazli cepat stressed and nak everything kena by order which is dengan Shein, mana la boleh nak dapat semua tu.  Time tu, I la kena cool. Salah sorang kena cool. Sebab tu la, since ada anak ni, I memang jadik extra penyabar.

Manja tak usah cakap la. Kalau tido dah la nak duduk tengah. If I tido tengah, dia sanggup tido atas muka I. Siap ambik blanket isap jari macam takde masalah tido atas muka I. Hahahaha. Lepas tu I dengan Sazli kena pandang muka dia. Peluk. Peluk tu sampai la dia tido lena. Kalau tak, nanti dia ambik tangan kite, suruh peluk dia. Shein sangat clingy dengan I. Nak dukung always. Dah la berat dekat 20 kg. Cirit la nak mendokong dia. Dia memang manja. Dengan Sazli lagilah. Sebab Sazli lebih suka layan dia.

I hope sangat, by 4 years old end of this year, Shein punya progress bercakap akan lebih bagus dari sekarang. I akan usaha as hard as I can untuk tolong dia improve. Anything yang terbaik untuk Shein, I akan cuba. I nak Shein membesar normal macam budak-budak sebaya dia. InsyaAllah. I sangat sayang Shein. Banyak dunia. I need support dari society and I nak elak orang-orang yang suka bercakap negative pasal speech delay toddler ni tanpa buat research and bertanya keadaan sebenar pada I, tapi terus attack. Dulu I suka explain, now ikut suka ko la nak cakap apa. I couldn’t care less. *Tetiba emos


-eNd-

3 comments:

Mommy Cici said...

ohh Kak Su, Shein ni sebaya anak I ler. and dia pun macam speech delay jugak. orang sekeliling dok terkejut terkejut sbb perkembangan agak slow sikit compare dgn anak dorang. tapi i buat tak kisah, kalau tak I stress kang. now dh nampak lah dia improve sikit. kena banyak layan dia bebel. 123,abc semua dia belum kenal lagi.pernah ajar, pastu dia lupa -__- baru nak belajar pasal warna. adik dia pun abit slow, 1 year 5 month belum boleh jalan betul. tapi doc kata normal dgn factor berat badan.

Jan@Afzan said...

Anak Jan dah lama stop speech therapy kat hospital..sbb banyak aral yang melintang tahun lepas... So, this month baru Jan refer kat private speech therapist..Memang ada ciri autism skit tapi cikgu tu kata dia kena buat banyak aktivti lagi utk confirm kan..

So dia memang no vocab pun..babbling pun takde, jerit je...So arahan pun dia tak banyak faham yg sepatutnya dari umur mcm sebaya Shein. ABC, colours, shapes, semua tak kenal...

So confirm memang lah speech delay sgt. So dia suggest masuk kelas, jan decide tak ambil full day, sebab dia dengan pengasuh rapat..susah nak cari org yg jaga anak kita mcm anak sendiri...baik sgt.

So jan decide ambil 2 kali seminggu half day.. So, nanti makan dan tidur kat rumah pengasuh. Lagipun, kami kira2 jugak ongkos bila nak gi pre-school utk dia...Tapi sebagai parents of coz kita nak buat yg terbaik utk anak kita...Biarlah mak bapak kurang duit..hehe

sechantek sofea said...

Kaksu..shein tu normal je,cuma dia malas nak layan kaksu..hihii
Mungkin shein cuma lambat bercakap/malas nak bercakap..tapiiii bukan dia tak paham pon ape yg org lain ckp kt dia..dia paham..kan dia manja..jadi dia nak org layan dia..anak sulung mmg slalu cmni kaksu..anak saya pon sama,kalau tantrum dia sampai fuhhhhh..biokan aje apak dia layan..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...