Wednesday, April 6, 2016

Acar Buah Sedap Dari Naily's Kitchen

Assalamualaikum

Haritu I dapat rasa Acar Buah yang this one reader yang baik hati kirimkan. Sedap sangat! Cukup pedas, cukup manis, jeruk buah yang digunakan semua yang sedap and berkualiti. Takde lah limau kasturi sampai 80%. Untuk tekak I, cukup sedap sangat dah. Bila makan, macam tak boleh nak berenti. Makin makan, makin layan. Sebab pedas + masam + manis purrrfect! Dia ada kirim 2 jenis, satu yang biasa, satu yang pedas. Kalau I mestilah suka makan yang pedas. Tak pedas buasir bunga, tak Suraya namanya. Macam acar buah ni, ada orang buat makan dengan Nasi Minyak kan? Tapi kalau I, I suka makan ratah je. Kalau dapat door gift kenduri acar buah pon best sebab kerepek and chocolate is too mainstream. Kasik acar buah la baru gerek! Nanti semua orang pon happy.

Si Zaida ni punya risau nak bagi I rasa. Kan sekarang ni I tengah sebok berdiet, so dia rasa macam serba salah la nak bg I makanan. I cakap, kalau makanan takpe. I terima. Hahahaha. Lepas makan boleh exercise. Takde masalah. Lagipon sekali makan sikit je, habes-habes pon sebotol kecik tu. Jangan la korang makan sekali hadap sekuali. Tu tebiat namanya. Kot ye pon sedap kan?

Kata Zaida, acar yang dia buat ni istimewa sebab dia menggunakan resepi turun temurun. Cececece. Sendiri mengaku istimewa eh Zaida? Zaida pon jawab opkos la Kaksu! Hahaha. Acar buah ni boleh dimakan tanpa was-was sebab made 100% dekat rumah. Menggunakan tulang empat kerat Zaida. Takde guna machine pon masa menggaul dalam kuali. Yerla kan? Kalau guna machine tu bukan homemade dah namanya. Halalan Toyyiban lagi. Yang pasti dari dia start potong buah-buahan sampai le siap masak, dimulai dengan Bismillah dan disudahi dengan Al-hamdulillah walaupon kena lenting dengan minyak panas tapi Zaida masak dengan penuh sabar dan kasih sayang.

Oooo patut la masa Kaksu makan rasa macam sejuk hati je. Tu kalau I kena minyak panas or terpercik kuah, memang sekandang dah babi keluar. Hahahaha



Acar buah homemade dari Naily's Kitchen. Tengok gambar dah tau sedap.



Bekas 200 gram dan 500 gram

If korang nak acar ni untuk buat Door Gift for wedding or Aqiqah pon boleh. Cuba bagi kelainan. Asyik bagi gula-gula dengan baulu ikan pon boring jugak eh? Untuk doorgift harga sebekas is RM8.00 dan berat termasuk bekas ialah 400 gram. Tu untuk bekas kaca, but kata la tadek bajet boleh guna bekas plastic. Harga boleh dibawak bincang. Masalah acar je pon. Bukan masalah songlap duit rakyat sampai 20 billion. Ye dak? Botol punya ukuran dalam 5cm x 9cm macam tu la. Pergi carik pembaris ukur sendiri macam mana.


Doorgift bekas kaca. Nak bajet boleh guna bekas plastik

Tempahan minima takde. Nak order satu pon takpe. Takde hal. Kos dia macam biasa, bawah 500 gram RM7.00 and 501 – 1kg RM10.00, kira berbaloi lagi tu nak bayar kos pos dari sesusah nak cari bahan, masak beria lepas tu tangan kena minyak panas dengan sambal panas. Kan? Kata Zaida, 5 pembeli awal akan dapat FREE postage and 10 pembeli awal akan dapat special price. Amboi kemain. Harga dia jual untuk 500 gram ialah 200 gram ialah RM8.00 and 500 gram ialah RM17.00 (exclude postage) Nak COD pon boleh, terus hubungi Zaida. Kalau beli banyak opkos ada discount. Tapi beragak la kalau nak suruh COD sampai ke Bangi tapi beli sebekas 200 gram je. Haha.

Sebarang pertanyaan kalau ada any restriction macam nak tambah or kurangkan bahan or any special request boleh direct Call/Whatsapp Zaida (012-7688616). Dia buatkan special untuk korang. Korang akan suka deal dengan Zaida ni sebab berbudi bahasa orangnya. So, apa tunggu lagi. Pergi order dengan Zaida sekarang. Try la dulu rasa. I yang dah rasa ni memang puas hati la. Makan tak boleh nak berenti. Sedap sangat! OK?

Instagram Naily's Kitchen

-eNd-

3 comments:

Suriaamanda said...

merecik air liur tengok ha...dapnya

sechantek sofea said...

Haha suriaamanda..ape lagi g la order..jgn tunggu lama2 nanti air liur dok bejejes je.. hihii

Vicky Virginia said...

Hahahaha kaksu..kenapala lucu Sgt ni..masalah acar bukan masalah songlap tu paling win..really made my day LA kaksu loveee uuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...