Monday, April 18, 2016

Spicy Ramen Challange

Assalamualaikum..

Sabtu malam lepas, Sazli ada run dengan John dekat Putrajaya. 6km fun runs. Run start at 8.00pm so petang pukul 6.00pm macam tu dia dah gerak dari Ampang, lepas tu ambik John baru pergi Putrajaya. Malam tu I kawan jer 2 orang dengan Shein. Petang tu, kiter 2 lepak café bawah minum teh ais borak pasal colors and imitate Upin Ipin punya dialogue. Haha.. Lepas mandikan Shein, dalam pukul 8.00pm kitorang pergi ke Max Value nak carik Samyang Spicy Chicken Ramen. I dah tak boleh nak tahan dah. I tengok Sasha Solero makan macam sedap je. Dah la I kaki terliur, so tak boleh nak tahan any longer. Dari I tak dapat tido malam nanti sebab teringat-ringat, baik I cari malam ni jugak. I tengok ramai dah try and siap buat #spicyramenchallange dalam Instagram. As orang yang memang mencintai makanan pedas, I rasa I kena la take part. I sangat-sangat yakin I boleh berjaya.


Merah menyala bak ang. Imagine la kepedasan Samyang Spicy Chicken Ramen ni macam mana.


Masa dekat Max Value, I frust sebab tadek pulak maggie Korea ni. Yang ada jenis soup Kimchi. I don’t want that. Kata Kakyang, dekat Aeon Big ada jual or dekat Jaya Grocer. Jaya Grocer ada satu dekat Jalan Ampang tapi malas pulak nak pergi sampai kesana. Dia punya malas macamkan kena jalan kaki. Padahal bawak kereta. Tetiba teringat yang dekat Ampang ni memang ada Korean Store. Phill Mart nama dia. Last time I ada beli susu pisang kotak dekat sana. Canteeeeek. Dekat je Phillmart ni, depan Ampang Point je. So terus I pergi sana. Sampai-sampai terus nampak maggie tu. Woo Hoo! Ada jual lose pack, tapi I beli 5 pack terus dengan 6 kotak air susu pisang. Total RM43.00. Bapak la mahal. 1 pack Samyang Spicy Chicken Ramen ni RM3.80, 5 pack RM19.00 + susu pisang sekotak RM4.00 x 6 = RM24.00


SAMYANG SPicy Chicken Ramen

Lepas beli and keluar dari Phill Mart, I skipping gembira. Shein pon sama happy. Siap ajak hi-5 yang tak tahan tu. Hahahaha. Sampai rumah, I kasik Shein makan dulu nasik supaya dia tak kacau I nanti masa makan. Masa prepare tu, I look down on this ramen. I tak risau pasal pedas, tapi I risau kalau tak sedap sebab I yakin, I mampu menahan pedas. Yerla, I kan ratu sambal air mata? Setakat ramen macam ni apa ade hal? Tapi tu la kan? Manusia jangan belagak. Masa makan tu, I berjaya makan 4 sudu je lepas tu rasa macam nak terajang je Shein and terbalikkan sofa. Dah la orang pedas ni, dia sebok nak jugak. Padahal tadi nasik dah sepinggan. Satu kerja pulak I nak kena sedut mee bagi hilang pedas and bagi dia. Agaknya sisa-sisa pedas masih ada, Shein pulang balik pada I mee yang sehelai tu. Hahahaha.

4 kali suap, 1 kotak susu pisang setel. Lepas makan, bibir I pijar and rasa macam tebal je. Air liur keluar banyak gila. I tak sangka I tewas. Bapak giler babi punya pedas. Palotak punya pedas wa cakap lu! Tapi ramen ni memamg sedap. Sungguh! Masa taip ni, I rasa macam teringat-ringat and nak makan lagi pulak. Masa I upload dalam FB, ramai yang cakap dorang berjaya habeskan. So tak puas hati, esok paginya I buat lagi 1 pack and kali ni makan slow and steady. I tak sulam dengan air, sebab takot bloated and muntah pulak. Second attempt, I berjaya habeskan. Woo hoo!!!!

Ramen ni seriously memang sedap. Cuma pedas nak mampos. Tapi takper, sebab dia sedap so hal pedas kita tolak tepi. I ada 3 more packs dekat rumah so balik karang boleh buat sebungkus lagi. Woo Hoo! Pasal Samyang Spicy Chicken Ramen ni ada issue halal and tak halal. Korang pepandai la Google sendiri and carik mana satu yang halal ok? Nasihat I, jangan look down on this ramen and please prepare 1 jug air sebab seriously pedassssss giler! Jangan lupa cuba ok? Sapa berjaya habeskan, kita boleh geng. Okbye!


-eNd-

23 comments:

Cici said...

halamak selama ni tak teringin. baca Kak Su punya review tetiba teringin, boleh -__- ahhaha. bagusnya kedai tu jual loose pack. ni yang area condo condo tu ek?

Chooyaya! said...

Mommy Cici : ha a, area situ la. phill mart

Nazima said...

kak su..area ampang point belah mana exact location? nak cari susu pisang..bkn ramen pedas tu..haha

Dunia Mommy Comel said...

dah makan, memandangkan saya seorang yang memang kuat pedas cili macam ulam (nampak x bongkak nya statement) hahahah, pedas bagi saya utk ramen ni adalah masih boleh tahan. hihi.

Pretty Sweets said...

Salam sis,tips utk hilangkn pedas in instant makan madu.. hehe.. goodluck hbskn lg 3more pack :)

A.L.I.N.A said...

Hahaahha...smlm baru mkn utk 2nd time..sedap punya psl pedas gilababi tu letak belakang..pastu abih sepinggan meleleh air mata..hahahaha...nnt nk pi cari lagi hahahaha...

Chooyaya! said...

nazima : phill mart tu dekat depan ampang point yg dekat apartment tu. waze la.

Chooyaya! said...

wong meimot : gila bapak teror

pretty sweets : nak kena beli madu pulak. ini semua cost! hahaha

alina : ok. good luck!

Kamilah Kassim said...

Kak su, sy mkn petang, tgh malam bgn 5 6 kali cirit. kak su xsakit perot ke???

Unknown said...

menarik nye...tp tk brani nk try coz kurang skit mkn pedas walaupun duk nismilan...nak suh asben hasut lar cabaran neyh.. :D

Mimy Hamid said...

sorry say no to pedas....ahahah mampos tak nak makan

Chooyaya! said...

kamila : kaksu tak berak dari khamis sampai harini. hahahahahha

lea kamsani : ala jom la tryyyyy

mimy : ko bukan menang masa nuffnang punya yang cabaran makan pedas tu ke?

Unknown said...

Aeon big kat wangsa maju tu ada ke ? Alamak terliur nya baca statement ni .

Unknown said...

Aeon big kat wangsa maju tu ada ke ? Alamak terliur nya baca statement ni .

nuruljannah md nasir said...

ada halal chop tak? susah betul nak cari skrg ni semua yg takde halal chop je

Fiqa Raffi said...

banyak Tak stock ramen tu?

Unknown said...

Sayang sekali... mie samyang di indonesia tak ada halal chop je..

Unknown said...

hi ... 2nd batch restock 0165207702

zairishabudin said...

Kalau ada yang minat nk beli... bleh contact sy 016-5207702

Unknown said...

Sy da beli kak
3 bungkus sy beli
Kt phill market ampang
Murah sgt2
Balik sy masak
Smpi 3 bungkus sy mkn
Pedas biasa je
Sy xminum air pun
Mmg sy suka pedas dari kecik lagi
Best sgt2
Xpedas mana pun
Mee ramen ni sedap n lazat

Unknown said...

tambah cheese sedap!

Miss N.A.M said...

Saya ada jual mee ramen samyang area alor star - jitra

Wassap 0125787599 utk cod

Jualan Online said...

Assalam ramen yang RM3.80 tu ade jual kat mane ye?