Wednesday, April 6, 2016

Villaku Residence Holiday - Part I

Assalamualaikum

Welcome back KL! So the Villaku Holidays habes semalam. Harini dalam group semua meroyan send gambar cubicle office. Mana yang tak kerja sebab kerja sendiri tu untunglaaaaa still got time to rest dekat rumah. I sampai KL around 5.30pm macam tu. I dengan Shein selamat la tido dalam kereta  dari Kuantan and tak sedar apa. Masa nampak dunia, I baru keluar dari Tol Jabor. Bila bukak mata, tengok dah sampai Tol Karak. Sazli cenggitu la eh? Dia kalau I tido dengan Shein, memang cepat je dah sampai destinasi. Bila tanya bawak laju ke, kata dia ‘Biasa-biasa je Bubu’. Lepas tu pegang-pegang kaki kite. Hahaha. Sebab kalau I jaga nanti pesan banyak kali, ‘Papa berapa tu bawak’. Tensen je member. Sebab tu dia suka I tido kalau dia drive.

Sampai semalam, I basuh kain 1 trip je. Basuh baju yang basah-basah sebab takot rosak sebab chlorine. Shein pulak, lepas mandi and suap nasik, still widely awake and ajak main walaupon dah pukul 11.00pm. I cakap pada Sazli jangan layan dia nanti kita tak dapat tido. Shein paksa I dengan Sazli both mengadap dia. Jangan pandang lain. Manjaaaa sangat. Dia memang macam tu. Asal jaga tengah-tengah malam kalau tak peluk dia, dia jengahnya kita kat muka panggil Maaa? Paaaa? Suruh peluk dia. So kena la peluk. Kekadang pagi I tengok dia ada celah kangkang Sazli. Kekadang kepala dia landing kat katil, badan kat bawah. Asal boleh je ko ni kan Shein?

Pasal entry Villaku Holiday ni nanti later I share ok? Banyak sangat gambar nak kena chose. Tempat ni memang best gilaaaaa ok? Sazli pon suka sangat-sangat and I pun terus request Sazli, nanti dah tua kita buat la rumah macam ni senang anak-anak nak lepak. Setingkat, bilik ada 6 lepas tu ruang tamu, dapur at one place. Ada tempat rehat, balcony tempat BBQ and ada Pool. Kata Sazli ok. Bak RM3 juta. Hahaha. Saja je potong stim. Tapi seriously tempat ni memang best la wei. Bukak pintu bilik, terus terjun masuk kolam.

Anyway, since semalam tak dapat nak share pasal makan sebab with iphone problem untuk blog out, harini I share la gambar makanan. Gambar BBQ lupa nak ambik. Hopefully ada la dalam camera Nirwana. Ikan bakar malam semalam prepared by Mr. Lee (Brighton Daddy) and Mr. David sedap giler. Ikan tu masukkan chop garlic and onion slice, wrap dalam aluminum foil. That’ it. No salt, no nothing. Bakar dalam open fire and lepas 5 minutes dah boleh makan. Cicah dengan sambal kicap. Perrrghhhh sedap dan manis. Menyesal makan 4 ekor. Patut makan 18 ekor. Hahahah.



Ikan Pekasam + Petai



Asam Pedas Ikan Tenggiri


Ikan Tenggiri Goreng


Bendi goreng


Sambal Lada Kecik Terung Pipit


Sambal Ketok


Gulai Ayam Kampung


Lemang Kak Miza bagi. Makan dengan Kari Ayam. Perrghhh macam raya!


My plate

Lauk macam Kari Ayam, Asam Pedas Tenggiri and Gulai Ayam, paste dia I sediakan dari rumah. So kat sana just panaskan balik and masukkan la apapa haiwan yang nak makan. Sayur prepared by Shariffah. Aina kerja dia buat omelets sebab dia and anak dia Safiya tak makan masakan melayu (U will be sorry babe). Kak Azian and bakal menantu Syira pulak kerjanya mengemas je sampai bersih dapur. Semua ada tugasan. Macam Wana, kita kena maafkan dia sebab dia kata masak dia tak pandai, mengemas dia taktau, jaga anak kurus semua, tanam pokok mati, beli yang siap tanam kalau tak siram tahan 10 hari, kalau sirap 2 hari dah mampos. So dia duduk diam tepi-tepi layan ambik gambar je. Tu pon camera je RM7,000 tapi gambar semua auto setting. Hahahaha. Apa pon tak boleh!

Anis husband Aina and Abang Hairi suami Wana really enjoy all the sambal that I made earlier from Jengka. Ada Sambal Tok-tok (Sambal ketok), Sambal Kicap, Sambal Terung Pipit and Sambal Tempoyak. Sampai berpeluh la makan. Ulam pulak segala mala jering, petai semua ada. Semuaaaa ni nampak je urban but traditional at heart. Si Shariffah makan tempoyak with almost everything ok? Pasta pon dia makan dengan tempoyak. Ryan anak dia makan Asam Pedas tambah nasik 4 kali. Kiter semua memang enjoy makan so very much masa 3 hari 2 malam ni. Diet ke apa, semua letak tepi.

Shein pun takde masalah nak makan. Dia ok je sebab makan nasik kan? Kalau lapar tengah swimming, suapkan ajer whole meal bread macam bagi ikan makan. Dia duduk dalam air, kite cangkung tepi kolam to feed him. Sazli pon geng la dengan all boys. Siap dapat lari almost 10 kilometer dengan Abang Hairi masa Isnin pagi tu. Selasa pulak dia sempat Subuh Jemaah dekat surau. Lepas tu dorang fishing dekat market cari ikan with Mr. Lee sebab Mr Lee speak fish and chicken language. Hahaha. Mr Lee sangat hebat dekat dapur. Dia chop garlic like professional ok? I pon naik segan.

Mr. David most of the time, masa dia dekat luar je buat unggun api. Api tu tak padam-padam dari mula kitorang datang sampai la semalam. Ingatkan all boys nak camping tepi laut, tapi takde pon. Dekat tepi pantai tu ada gazebo and ada buai. Memang la Villaku ni is a perfect place to relax. So, that’s it for today. Nanti will continue later cerita pasal Villaku Holiday ok? Bye. But sebelum tu, I nak share gambar group photo sebelum I+Sazli, Anis+Aina balik semalam. Kitorang gerak awal dalam pukul 3.30pm and yang lain balik lambat, siap nak sambung lagi one more night. Tak dapat terima hakikat to leave this beautiful place. Photo taken by Dinh. Ada banyak gambar tapi semua I nampak gemok, siap ada yang cakap nampak macam I pregnant. 

Eeee semua baju ni punya pasal. Lepas tu dah tau gemok, pegi duduk. Tu la busuk hati. I asyik cakap, 'Gambar I letak dalam blog mana yang I kurus je. Yang gemok I tak letak'. Sekali semua gemok. Pahadan muhuker! Hahahaha.


Check out Aina tengah call Anis sebab Anis still busy kemas barang masuk dalam kereta.


Call tak jawab, so Aina go get Anis.


Anis pon sampai. 


Semua macam tak ready lagi. Shein sebok belajar nak buat peace. Kak Azian (pakai tudung paling kanan) also tak ready. Shariffah ko dah kenapa?


Ok. This is the best photo I guest. Walaupon ada yang tak berapa nak ready jugak tapi boleh laaaa. Gambar candid la Best. 



WE ARE HAPPPYYYYY

Baris belakang dari kiri : Sazli, Mr Lee, Shariffah, Mr David, Anis, Aina and Kak Azian.

Baris depan dari kiri (duduk) : Wana, Siti Nurhaliza (Bukan Mengandung), Shein, Shira (Ari fiance), Akilah and Ari (Kak Azian Child)

Baris depan : Safiya (Anis+Aina daughter), Yusuf (Wana + Abang Hairi son), Rayyann (Shariffah + Mr David son), Umar duduk dipangkuan Abang Hairi. Paling depan yang tak focus tu is Bryton (Mr. Lee Son)

Not in the photo : Qaseh (Wana + Abang Hairi daughter) dia tengah tido time ni. So total ada 20 person. 


-eNd-

1 comment:

Nur Aishah said...

tadek hati perut ke apa ni su??
letak pic2 mcmni time2 orang tgh puasa ganti nehhh???
hahhhahaha...janam jahanam btoi napsuuu jilake kita tawww!