Tuesday, May 31, 2016

Girls Just Wanna Have Fun. Fun = Makan

Assalamualaikum..

Hoi, banyak giler wei gambar makanan dalam folder ni ha. Bila la nak share semua ni? Dengan gambar dekat Armenian Street Penang pon tak share lagi. Beria Mimi ambik gambar sampai baring-baring untuk dapat shot terbaik. Gigih kitorang kayuh basikal mahgrib-maghrib sebab I naaaaak jugak ambik gambar dekat buai macam budak umur namblas tahun punya spirit nak amek gambar lawa-lawa. Tengah kayuh basikal yang naik 4 orang tu, kena sound dengan Pakcik  mana entah, ‘Balik laaa. Dah maghrib ni’. ‘Pakcik, saya dah 35 tahun ok??? Suruh balik time maghrib ni dah tak relevant ok?’. Menjawab menjawab? Gambar tu  semua  kena check balik tu. Entah bila nak share. I punya konsep, safe the best for last usually akan safe forever. Sebab tu entry Milan, Barcelona segala sampai sekarang masih terkubur dalam draft. Hehe. Cakap pasal kena tegur walaupon dah tua bangka ni, haritu I ada tegur Kakyang bila dia baru siap mandi. ‘Kakyang, dah gosok gigi?’ Lepas tu Ayang jawab. ‘Dah Makcik. Gigi dah gosok, dah sabun, dah gosok kaki, dah syempu wangi. Nak bau? Ayang dah besar laaaaaaaaaaaa’. Lepas tu kata Sazli, ‘Sabar je la Ayang, Pakcik ni pon dia selalu tanya dah gosok gigi ke tak’. T____T Sorry laaaa. Itu habit tak boleh buat apa. Hahaha. Anyway, jom tengok gambar Char Kway Teow paling sedap selepas Madam Kwan.



Char Kway Teow dekat Melting Pot, Concorde KL. Sedap woi! Setarap dengan Madam Kwan. I sangat memilih nak makan CKT. Color dia kena gelap-gelap macam ni, lepas tu tak boleh masin, udang kena fresh, taugeh kena krup-krap. Baru I suka. This one is among the best. Dalam RM34++ harga dia. Nanti korang try.



Hi, saya Siti Nurhaliza. Haha.


Su, do you have curfew? I answer:  Yes. Shariffah. I am Cinderella, I need to be at home before midnite (^_^)


Masa ni, dorang tengah layan lagu Goyang Inul. Ke Goyang Bali? Jawapan : Goyang Duma (Intan yang bagitau). Apeni bagi ai lagu ongtuweeeee? Please ok?

Shariffah cakap, sini kekadang kalau nak masuk if tak ambik buffet dorang tak kasik. Naseb baik dia ada kenal orang. So kitorang dapat la masuk walaupon tak ambik buffet. Depends la dapat ke tak table. If full house dorang tak bagi la untuk order ala-carte. Eksyen betul la Concorde ni. Kata Shariffah sambil makan boleh dengar music. Sini dorang suka datang dari satu meja ke satu meja untuk nyanyi. Dah tuwe-tuwe ni dengar music kuat sikit pon I dah nak muntah. Rasa serabut kepala. Kecuali lagu Hindustan, itu lain. Itu memang boleh joget sekali. Hahaha. Sapa naik kereta dengan I, memang redha la tadek entertainment sebab I tak suka pasang radio. I suka diam je mendengar kicauan burung. Tu Ellis berbulu tu kalau naik kereta dengan I. Senyap je. Haha. Unless main nyanyi-nyanyi lagu lama dengan Sazli guna App KKBOX dekat henpon. Tu pon semua lagu Fauziah Latif dengan Aisyah. Aje mampos lagi bini suka lagu retro.

Seminggu sekali, atau at least twice a month, I akan ada girls night out. Sebenarnya takde la girl’s night out sangat pon. More to lepak makan or coffee dengan kawan-kawan or movie. Familiar faces each time. Usually Friday petang since 13 tahun dulu, I akan spend time untuk cuci rambut dekat salon. Ada event atau tak, that’s my routine. Unless kalau tadek dekat KL or ada hal lain baru la tak pergi salon. Seronok buat macam ni sebab nanti kita akan ada something to look forward setiap minggu. Macam Sazli, dia akan tertunggu-tunggu bola dengan kawan-kawan + now dia suka jogging seminggu at least sekali and join mana-mana run macam Milo etc. I nak jugak try run tu tapi hari minggu I lebih suka bergolek-golek atas katil. Itu je masalahnya. Haha.

Korang pon kena cari satu activity yang korang suka buat as a routine. OK? Kalau suka belajar mengaji, boleh join kelas mengaji. Kalau suka bowling, boleh main bowling. Buat la as a routine. Bagi I, macam tu hidup lebih seronok. Sentiasa ada menda yang korang sentiasa looking forward every week. Unless ada menda lain nak kena buat yang lebih urgent, tu lain cerita. Dulu I ada futsal dengan kawan-kawan or badminton dengan Kaklong tapi bila dah terbehenti rasa macam susah pulak nak start balik. I suka badminton. Ingat nak buat family badminton la bebila. Tapi taknak geng Sazli, nanti kalah. Hahahahahaha.

Activity macam ni kalau dapat partner yang supportive actually boleh je buat. Jangan la jadikkan alasan takda orang nak jaga anak ke apa. Kerja jaga anak tu tugas bersama suami/isteri. Kena buat sama-sama. Jangan la pulak suami boleh keluar suka-suki setiap masa bebila mereka nak, isteri pulak kena bagi full commitment untuk anak-anak. Sampai seminggu sekali pon tak dibagi buat aktiviti yang mereka suka. Jangan la jadik conservative sangat. Hargai isteri dengan cara bagi mereka pelepasan sekali-sekala untuk keluar would be nice. Nanti masing-masing lebih appreciate each other sebab dapat partner yang understanding. Jangan la compare minat isteri korang dengan isteri yang tak pernah keluar rumah. Kalau macam tu memang la nampak bini ko jahat. Ye dak?

So, kesimpulannya untuk malam ni, I choose to makan-makan dengan Shariffah. Ingat nanti nak tengok movie pulak dengan Ellis. Me before You. Dah janji nak tengok sama. Lepas tu minggu depan dah start puasa. Sazli akan busy trawikh sebulan and dia akan pergi kiamullai pulak waktu pagi sebelum sahur. Usually sebulan activity Sazli akan padat di bulan Ramadhan. Hopefully dapat la one day untuk I bukak puasa dengan Ellis and Anny dekat luar. Takpon sahur sama pon ok sebab Sazli nak trawikh Jemaah dekat surau bawah ni and taknak miss langsung. Kalau miss nanti dia macam tak happy. Pejam celik dah setahun. Macam baru je puasa last year, ni dah puasa balik. Untuk semua, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak!

-eNd-

1 comment:

ieda iedana said...

Hi Kaksu,

Kalau dalam kete Ida suka dengar LiteFM. Lagu2 dia mostly love song tahun 80' and 90'... Tak bising sangat. layanz je~~