Wednesday, June 1, 2016

Dinner with Nadia's Bridesmaid at BLVD House

Assalamualaikum..

Boss I ni, I cakap BLVD sedap dia taknak percaya. Kata dia, semalam dia dah masuk lepas tu tengok menu of the day terus keluar balik. Kata dia amenda la spaghetti je. Mana sedap. Dah tu takkan tetiba Nasi Kapitan pulak? Grrrrr. Lain kali tengok la menu dulu. Tapi dekat BLVD ni dia punya menu takde gambar, so terpulang la pada imagination korang sendiri nak tau macam mana rupa makanan tu. Hahahaha. Yang makan for this time is I punya second time here. First time boleh baca dekat sini. Bagi I, tempat ni exclusive la. Takde semak-semak dengan restaurant lain sebab dia dalam office building. Artis pon ramai datang sini. I rasa, BLVD ni Naza punya kot sebab dia dalam Naza Building. Dekat Platinum Park ni ada 3 restaurant, BLVD, Brolly dengan Doppio. Semua I dah makan. Semua pon I suka (ko memang). Dkt Brolly I suka flatbread pizza. Dekat Doppio pulak dia lebih santai coffee coffee je. Portion makanan kecik tapi Banoffee Pie dia BAPAK PUNYA SEDAP. Dah jom tengok gambar, kita mulakan dengan dessert sebab dessert paling wajaq punya sedap.



Ni paling sedap and paling korang kena try if come here. Nama beliau ialah Oozing Ovomaltine Beignet. RM20.00. Dia sejenis donut kot? Dalam dia macam ada cheese kenyal-kenyal lepas tu on top ada chocolate. Makan dengan caramel ice-cream = pengsan.

Kitorang makan sharing and order different dish macam ni. I suka konsep macam ni so semua orang dapat rasa different foods. Tapi hanya sesuai dengan clan yang tak berkira la. Kena yang berkira nanti dia cakap ‘I don’t want appetizer and my foods is cheap. I drink plain water so why should I pay more?’ Haaaaa. Dapat kawan jenis macam ni mampos. Kawan-kawan I tadek berkira macam ni. Ni I citer ni kawan orang lain la. Hahaha. Kitorang order appetizer and main course lepas tu dessert. Air pulak since semua jenis tak suka air manis, so minum still water jer. Bagus la sebab jimat. I pon sekarang ni cuba elak air manis sehabes boleh. Try to cut sugar. Dessert tu sesekali boleh la makan. Ye dak? Kang orang makan dessert sesedap, ko gigit alas meja pon tak ok jugak.


Nachos (L). RM30.00

Dip dia ada sour cream, salsa, Bolognese sauce (kot?) dengan guacamole.



Ko tengok? Dia letak shredded cheese pulak.


Yang ni nampak bodoh je tapi sedap. Truffleicious Fries (S)

RM35.00 harga dia. Atas tu ada cheese and truffle. Truffle ni ialah sejenis cendawan yang terpaling mahal. Baru last time I tengok dekat AFC tetiba ni dapat rasa. Dip dia I agak mayonnaise dengan truffle kot? Sedap giler. Takde pulak gambar I snap. Tu nampak sipi-sipi je. Layan giler makan.




Orang cakap, kalau datang BLVD wajib try dia punya Truffled Mac and Cheese. RM50.00 harga dia. Good for sharing. Takkan der korang berjaya makan habes sekuali macam ni unless tak makan 2 hari. Haha.


The best Salmon masak yang I pernah makan is Norwegian Salmon En Papillo dekat BLVD la. Dia masak perfect giler. Salmon ni mana boleh over cooked nanti dia too dry. Yang ni memang sedap. RM45.00 harga dia. Wrap dalam kertas sekali cream sauce, clam and telur ikan. Tu bukan caviar kan? 




Smoked Duck and Peach Pizza. RM35.00

Flatbread pizza. I suka sebab thin crust lepas tu dia lain dari pizza yang I pernah makan.



Dessert pulak kita amek 2 jenis. Yang ni ialah Passion Fruit Tofu Cheese Cake. RM20.00
Pon sedap tapi masih tak boleh la lawan Oozing Ovomaltine Beignet yang kat atas tadi.

Dinner this time, plan asal nak kumpul balik Bridesmaid Nadia. Unfortunately ni je yang dapat get together. Takper la, kita pon syok sebab ada geng baru. Asha Vera Mathews nama dia. Comel debab-debab 5 months old. Besar ni mesti cantik sebab mix blood. Mommy Chinese, Daddy Indian. Tapi Asha tak geng I, probably tak biasa tengok orang pakai tudung. Hui memang kelek Asha ni kemana-mana je sebab Asha fully breastfeed and only nak direct feed je. Tu yang dia hiking mana pon, still kena bawak Asha. Hui ni memang dia aktif. Founder of Ashbenimble. Korang kalau nak tengok sports attire yang cantik boleh tengok dekat Ashbenimble Instagram. Semua below RM100.00





Asha, Hui, Nadia and Azrina




Asha eyes just like Mommy



Kecik-kecik dah suka selfie. Senang je nak pujuk. Ambik phone, pasang front camera. Settle.


Five + 1 of us. Azrina, Hui and Asha, Nadialyna, Fytra and Siti Nurhaliza

Masa dorang decide nak makan dekat BLVD ni I la paling happy sebab dekat sebelah office je. Hehe. Tapi sebelum datang sini, I ambik kereta and park dekat basement BLVD. Sebab dekat Level 3 office I ni ada kereta mayat. I takot.  Kang nanti lalu dekat depan tu tetiba ada yang tahan nak tumpang, mampos. Haha. Selamat la parking ramai-ramai dekat BLVD. Parking free je, takyah bayar. So korang kalau nak datang sini, parking basement ok? Nak datang Brolly pon parking kat sini jugak. Sebab kalau Visitor Parking Menara Felda dekat Tingkat 3 ada kereta mayat. Tak takot ker? Masa I cakap I takot nak parking kat sana sebab ada kereta mayat, semua rolling eyes. Ni semua jenis hati kering ni. I ingat lagi flight dari Langkawi ke KL yang turbulence tu, I je yang beria bising takot la apa la. Yang lain takde discuss apapa macam nothing happen. Menyam!

BLVD House 
NAZA Tower, Platinum Park, 11, Persiaran KLCC, 
Kuala Lumpur City Center, Kuala Lumpur 50888
03 26309999

-eNd-

2 comments:

orked violet @ SYA said...

ok, telan air liur. next week nak pose dah.
hehehehe

schazaza said...

KAK SU,

kita nak cakap yang kita rsnye jumpa husband kt su kt milo breakfast day kt putrajaya last sunday.

ok bye :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...