Assalamualaikum..
Hoi, banyak giler wei gambar makanan dalam folder
ni ha. Bila la nak share semua ni? Dengan gambar dekat Armenian Street Penang
pon tak share lagi. Beria Mimi ambik gambar sampai baring-baring untuk dapat
shot terbaik. Gigih kitorang kayuh basikal mahgrib-maghrib sebab I naaaaak
jugak ambik gambar dekat buai macam budak umur namblas tahun punya spirit nak
amek gambar lawa-lawa. Tengah kayuh basikal yang naik 4 orang tu, kena sound
dengan Pakcik mana entah, ‘Balik laaa. Dah maghrib ni’. ‘Pakcik, saya dah 35 tahun ok??? Suruh balik
time maghrib ni dah tak relevant ok?’. Menjawab menjawab? Gambar tu semua
kena check balik tu. Entah bila nak share. I punya konsep, safe the best
for last usually akan safe forever. Sebab tu entry Milan, Barcelona segala
sampai sekarang masih terkubur dalam draft. Hehe. Cakap pasal kena tegur
walaupon dah tua bangka ni, haritu I ada tegur Kakyang bila dia baru siap mandi. ‘Kakyang, dah gosok gigi?’ Lepas tu
Ayang jawab. ‘Dah Makcik. Gigi dah gosok,
dah sabun, dah gosok kaki, dah syempu wangi. Nak bau? Ayang dah besar
laaaaaaaaaaaa’. Lepas tu kata Sazli, ‘Sabar
je la Ayang, Pakcik ni pon dia selalu tanya dah gosok gigi ke tak’. T____T
Sorry laaaa. Itu habit tak boleh buat apa. Hahaha. Anyway, jom tengok gambar
Char Kway Teow paling sedap selepas Madam Kwan.
Char
Kway Teow dekat Melting Pot, Concorde KL. Sedap woi! Setarap dengan Madam Kwan.
I sangat memilih nak makan CKT. Color dia kena gelap-gelap macam ni, lepas tu
tak boleh masin, udang kena fresh, taugeh kena krup-krap. Baru I suka. This one
is among the best. Dalam RM34++ harga dia. Nanti korang try.
Hi,
saya Siti Nurhaliza. Haha.
Su,
do you have curfew? I answer: Yes.
Shariffah. I am Cinderella, I need to be at home before midnite (^_^)
Masa
ni, dorang tengah layan lagu Goyang Inul. Ke Goyang Bali? Jawapan : Goyang Duma
(Intan yang bagitau). Apeni bagi ai lagu ongtuweeeee? Please ok?
Shariffah cakap, sini kekadang kalau nak masuk if
tak ambik buffet dorang tak kasik. Naseb baik dia ada kenal orang. So kitorang
dapat la masuk walaupon tak ambik buffet. Depends la dapat ke tak table. If
full house dorang tak bagi la untuk order ala-carte. Eksyen betul la Concorde ni.
Kata Shariffah sambil makan boleh dengar music. Sini dorang suka datang dari
satu meja ke satu meja untuk nyanyi. Dah tuwe-tuwe ni dengar music kuat sikit
pon I dah nak muntah. Rasa serabut kepala. Kecuali lagu Hindustan, itu lain.
Itu memang boleh joget sekali. Hahaha. Sapa naik kereta dengan I, memang redha
la tadek entertainment sebab I tak suka pasang radio. I suka diam je mendengar
kicauan burung. Tu Ellis berbulu tu kalau naik kereta dengan I. Senyap je.
Haha. Unless main nyanyi-nyanyi lagu lama dengan Sazli guna App KKBOX dekat
henpon. Tu pon semua lagu Fauziah Latif dengan Aisyah. Aje mampos lagi bini
suka lagu retro.
Seminggu sekali, atau at least twice a month, I akan
ada girls night out. Sebenarnya takde la girl’s night out sangat pon. More to
lepak makan or coffee dengan kawan-kawan or movie. Familiar faces each time.
Usually Friday petang since 13 tahun dulu, I akan spend time untuk cuci rambut
dekat salon. Ada event atau tak, that’s my routine. Unless kalau tadek dekat KL
or ada hal lain baru la tak pergi salon. Seronok buat macam ni sebab nanti kita
akan ada something to look forward setiap minggu. Macam Sazli, dia akan
tertunggu-tunggu bola dengan kawan-kawan + now dia suka jogging seminggu at
least sekali and join mana-mana run macam Milo etc. I nak jugak try run tu tapi
hari minggu I lebih suka bergolek-golek atas katil. Itu je masalahnya. Haha.
Korang pon kena cari satu activity yang korang suka
buat as a routine. OK? Kalau suka belajar mengaji, boleh join kelas mengaji.
Kalau suka bowling, boleh main bowling. Buat la as a routine. Bagi I, macam tu
hidup lebih seronok. Sentiasa ada menda yang korang sentiasa looking forward
every week. Unless ada menda lain nak kena buat yang lebih urgent, tu lain
cerita. Dulu I ada futsal dengan kawan-kawan or badminton dengan Kaklong tapi
bila dah terbehenti rasa macam susah pulak nak start balik. I suka badminton.
Ingat nak buat family badminton la bebila. Tapi taknak geng Sazli, nanti kalah.
Hahahahahaha.
Activity macam ni kalau dapat partner yang
supportive actually boleh je buat. Jangan la jadikkan alasan takda orang nak
jaga anak ke apa. Kerja jaga anak tu tugas bersama suami/isteri. Kena buat
sama-sama. Jangan la pulak suami boleh keluar suka-suki setiap masa bebila
mereka nak, isteri pulak kena bagi full commitment untuk anak-anak. Sampai
seminggu sekali pon tak dibagi buat aktiviti yang mereka suka. Jangan la jadik conservative
sangat. Hargai isteri dengan cara bagi mereka pelepasan sekali-sekala untuk
keluar would be nice. Nanti masing-masing lebih appreciate each other sebab
dapat partner yang understanding. Jangan la compare minat isteri korang dengan
isteri yang tak pernah keluar rumah. Kalau macam tu memang la nampak bini ko
jahat. Ye dak?
So, kesimpulannya untuk malam ni, I choose to
makan-makan dengan Shariffah. Ingat nanti nak tengok movie pulak dengan Ellis.
Me before You. Dah janji nak tengok sama. Lepas tu minggu depan dah start
puasa. Sazli akan busy trawikh sebulan and dia akan pergi kiamullai pulak waktu
pagi sebelum sahur. Usually sebulan activity Sazli akan padat di bulan
Ramadhan. Hopefully dapat la one day untuk I bukak puasa dengan Ellis and Anny
dekat luar. Takpon sahur sama pon ok sebab Sazli nak trawikh Jemaah dekat surau
bawah ni and taknak miss langsung. Kalau miss nanti dia macam tak happy. Pejam
celik dah setahun. Macam baru je puasa last year, ni dah puasa balik. Untuk
semua, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak!
-eNd-
1 comment:
Hi Kaksu,
Kalau dalam kete Ida suka dengar LiteFM. Lagu2 dia mostly love song tahun 80' and 90'... Tak bising sangat. layanz je~~
Post a Comment