Wednesday, May 4, 2016

Mini Bundt Combo yang sedap nak mampos dari Huda Glory

Assalamualaikum..

Semalam Huda hantar I product baru keluaran Huda Glory. Nama beliau didalam surat beranak ialah Mini Bundt Cake. To make it korang paham, bundt ni ialah kek yang ada lubang dekat tengah dia. Ada jenis besar, ada jenis kecik. Yang Huda buat ni jenis kecik. So Mini Bundt la. Resepi dia pon lain dari buat kek biasa. Rasa macam kek, tapi lebih padat and rich and lebih sedap. Ingredient yang Huda guna pon semua yang high quality dengan butter, pistachio, fresh blueberry etc. No wonder la semalam masa makan memang sedap sangat. Kitorang share 4 orang. I, Dyba, Intan and Kaklong. Dapat jamah sorang sikit. Sebab sedap sangat, kitorang tak pelawa orang lain pon. Hahaha. Semalam makan, harini dah rindu. Tak sabar nak makan untuk second trip. This time, I taknak share. Intan tu kalau dia taknak beli, dia takyah makan. Dia tengok je. Kali ni Kaksu takkan kesian kat Intan.



Deep Chocolate Bundt with Ganache and Caramel Drizzle

OMG sedapnya. Macam mana manusia boleh cipta makanan sesedap ni? Chocolate dia memang rich. Not too sweet but yet so nice. Pandai Huda balance rasa chocolate dengan manis bundt ni. Dyba makan diam je. Tak berbunyi langsung. Hahaha. Drizzle pulak dengan ganache and caramel. Perrrrghhhhhh. Pakkal la tengah nak kuruskan badan, kalau tak memang I boleh makan ni 4 ketul terus. Sebab seeeedap!


Pandan Bundt with Swiss Meringue Buttercream and Gula Melaka

Favorite Kaklong. Favorite I jugak. Intan pon suka. Kata dia, ‘Ni kuih yang Intan suka makan tu. Seri Ayu kan Kaksu?’ Wakluuuu. Haha. Kata Intan, kuih ni nak menipu dia. Dia ingat bila letak cream dekat atas tukar kelapa orang taktau la dia kuih Seri Ayu sebenarnya. Hahahahaha. Memandai je Intan. Pandan + swiss meringue and drizzle dengan gula Melaka. Perrghhhhh. Korang tengok gambar pon dah tau sedap kan? Jawapan dia : MEMANG SEDAP NAK MAMPOS. 


Marble Green Tea Bundt with White Chocolate and Pistachio

This bundt is brilliant. Sebab combination green tea dengan with chocolate and pistachio memang marvelous! I pulak memang suka green tea. Rasa macam tak cukup makan semalam. Bagi penggemar green tea, I seriously recommend untuk korang rasa bundt ni. Bundt Green Tea alone pon dah sedap dah. Takyah drizzle apapa pon dah memang sedap tapi tambah pulak white chocolate dengan pistachio memang pengsan la.


Lemon Blueberry Bundt with Lemon Glazed

Memula Dyba cakap dia taknak yang ni. Kaklong insist suruh dia rasa. Lepas dia rasa, dia cakap dia ‘Dyba paling suka yang ni la’. Haaaaaa baru ko tau? Blueberry dalam bundt ni ialah fresh. Bukan jem. So bila tergigit rasa macam bom dalam mulut (exaggerate lebih hahahah). Sedap la combination lemon dengan blueberry. Memang kena je. Yang ni rasa dia tak heavy tapi macam comel and sweet. Kalau Nora Danish sejenis bundt, maka beliau ialah Lemon Blueberry Bundt with Lemon Glazed. Paham?


Mini Bundt Combo dari Huda Glory

If korang berminat nak order, boleh order sekarang. Sementara item tengah hot ni, kita kena la cuba. Nanti kalau korang masuk dalam Instagram mesti ramai yang melopong sebab taktau apa menda ni. Lepas tu korang boleh la berlagak. Ye Dak? Nanti boleh cakap macam ni. ‘Ni la mini bundt. Sedap! Korang tak pernah makan kan? Aku pernah. Bundt tau tak apa dia?’ Haaaa. Terus belagak. Hahahaha. Semalam masa I masukkan dalam Instagram and FB pon ramai yang dah terliur and mula order dengan Huda. So lepas I publish entry ni, Huda is now officially open order for Mini Bundt Combo ni. Ada delivery sekitar Lembah Kelang. Harga untuk 1 set mini Bundt Combo ni ialah RM30.00. 

At first harga dia lagi tinggi tapi I dah buat surat rayuan pada Huda mintak dia reduce price. Kata Huda, Bundt ni guna Anchor and Sour Cream yang high quality so memang mahal harga bahan mentah. Bundt ni pon size dia lebih besar dari cupcake and lebih complex pembuatannya.Bagi I memang worth to buy. Sepadan dengan rasa dan untuk kepuasan bila makan. I tak kisah bayar lebih untuk makan makanan yang sedap. Pada yang pernah makan hasil kerja tangan Huda memang tau kek-kek dia semua world class and sedap serta kemas buatannya. Dia tak guna margarine timbang kati sebab nak cut coast. Macam dalam bundt ni pon dia guna fresh blueberry and pistachio. Boleh je nak guna jem dalam botol and kacang lain yang murah tapi mana exclusivenya kan?

Pada yang nak order, boleh WhatsApp Huda 019-7165687. Kata la kalau korang nak bagi sebagai hadiah pon boleh je. Bagi GF ke, BF ke, BFF yang tengah merajuk ke, Emak ke semua boleh. I bet, sesiapa yang terima Mini Bundt Combo ni akan happy giler. Tapi paling happy mestilah beli and bagi pada diri sendiri. Makan dalam bilik diam-diam supaya takde orang nampak lepas tu takyah share. Dikuathiri kalau share nanti tak cukup pulak. Hahahaha. So, kalau rasa tak cukup baik orde sorang lapan terus. Boleh makan puas-puas. Nak lagi puas, makan dengan kotak-kotak sekali. Okbye.

Call/WhatsApp : 0197165687 (Nurhuda Samsudin)

-eNd-

3 comments:

Mommy Cici said...

Choc tu ya Rabbi. menggoda betoi. ala kak su takyah diet diet, ngap je 5 ketul pun takpe =p hhehehe

Haris Zuhaina said...

As Salam Sueeeeee
Terlioq aih
klu gn mentega Tortura mst lg mahai
tp puaih ati la makannya
nikmat makan sblm di ambil-DIA

hani a.bakar said...

Hallaahhh...melampau Su ni! Pagi2 dah mcm ni...😢. Pakkal le Sabak Bernam ni jauh..ke Su boleh drive deliver ke sini 😆

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...