Dyba bising nak makan ‘Durian Sedap’ since forever.
Budak kecik tu memang tak pernah cukup dengan durian. Baru makan durian dalam
sehari, esok boleh cakap ‘Dyba tingin nak
makan durian la, haritu makan tak puas’. Hahahaha. I pulak jenis suka
menyebok dengan orang punya craving. So tetiba macam tingin jugak nak makan
durian jugak la. Hari-hari balik dari kerja I lalu dekat area Loji Ehem dekat dengan
Max Value Ampang tu, I jeling je durian yang dorang jual. Nampak dari jauh dah
tau durian elok. I semacam ada serik nak beli durian yang size tak sama besar
sebab pernah la beli durian depan Permai Court, tak keluar dari kereta main
order je. Bila sampai umah Bapak, 3 biji durian tu semua buruk bontot dia level
layak buat tempoyak je. So I mintak tukar balik. I cakap pada Abang tu, ‘Tak baik la you buat macam ni. Tunjuk dekat
I durian elok tapi U bungkuskan I durian lain. Kalau I duduk jauh mesti frust
tak boleh tukar, nasib I duduk dekat’. Brother tu buat dek je. Ambik
parang, sinsing lengan nampak tattoo. Gulp. Lepas dia tukar durian lain, I
terus cap alip bot. Takot I. Tak pepasal esok keluar newspaper. ‘Seorang perempuan ditetak kerana durian’. Choi!
Hahahaha.
Durian Tembaga. Cantik kulit, seenak isinya. Gitchew
Yang gerai jual buah-buahan tropika ni, I nampak
macam elok. Korang tengok gambar pon dah tau elok kan? Memang puas hati giler
ok? Buah durian dia just nice. Isi dia tak benyek. Rasa isi manis sangat.
Durian ni nama dia Durian Tembaga. RM20/kg. Taktau ler mahal ke murah. Hahaha.
I memang suka durian isi kuning. Kalau Chinese dia suka durian isi putih yang
rasa pahit tu. Kan? Ke tak sebenarnya? Memandai je I. Mak I yang cakap macam
tu. So kalau dia tipu I, I tipu korang la. Hahaha. I mintak sebijik palingggg
kecik. Siap standby bawak bekas sebab nak suruh dorang kopekkan sekali. Sebijik
tu tak muat letak dalam bekas, so I terpaksa la makan dengan Dyba mana yang tak
muat tu. Masuk je mulut, perrrrghhhhhh sedapnyaaaaa. Yang I beli tu RM34.00 sebiji
harga dia. I tanya kakak tu, kalau jual durian memang timbang dengan kulit
sekali ke? Kulit bukan nak makan pon. Timbang isi jer tak boleh? Lantas kena
jelingan maut. Hahahahah.
Bergayutan pelbagai jenis pisang
Senyum la budak tu orang belanja makan durian. Kata Dyba, makan 2 ulas pon dah puas sebab sedap sangat.
Kata
Dyba, pisang yang cantik tu nama dia Pisang Montel. Iyer jer
Ini India Mango. RM16 sekilo. Kata Makcik tu, beli sebijik pon takpe. Tapi kalau beli 5 - 6 bijik dia gembira la.
Mangga Oren
Mangga hijau ni jenis lemak manis. Yang isi putih tapi manis tu kan?
I beli sebiji India Mango ni. RM9.00 sebijik ni. Bau wangi sangat! I sedut bau dia sampai dalam otak.
Durian Tembaga dah siap kopek
Banyak jugak dapat sebiji kecik. Sebekas ni lebih lagi. I dengan Dyba makan sorang dua ulas.
Makcik tu cakap pada Dyba, makan seulas je. Orang mengandung tak boleh makan durian banyak sebab panas. Betul ke tak theory tu I tak sure.
Kata Dyba, durian tu makan dekat office la. I cakap
mana boleh sebab bau durian too strong. Masa dalam kereta ni pon I dah tak
tahan bau dia. So I suruh Intan turun parking dengan Izzah. Bawak air dengan
tissue. Lepas tu pisau nak potong mangga. Sebab Intan banyak soal, so makan
mangga kat atas je la nanti. Mana ada masa nak bersoal jawab. I dalam kepala
fikir nak makan durian je sekarang ni. I cakap kat dorang, mangga ni dah la
sebijik nanti makan kt atas mana cukup. Kata Dyba, makan je takyah pandang
orang. So takyah la pelawa. Hahahahah. Sampai parking, tak lama lepas tu dengan
suara Intan dengan Izzah. Bawak air
sampai 4 botol. Kidnap air I la tu!
Intan suka makan durian yang dia takyah beli. Hahaha
Izzah pon suka jugak durian. Memasing cakap durian ni sedap. Well, tengok la sapa yang beli kan?
Si Intan biasa la. Bergaduh dengan Dyba and Izzah sebab berebut last piece. Memula dia malu nak ambik, bila Izzah ambik je terkeluar suara jantan dia ketar-ketar, 'Akak sanggup ambik yang kecik durian tu Izzah. Bak sini!' Lepas tu bertarik-tarik la seulas durian antara Izzah and Intan. Cenggitu la bebudak ni. Gaduh je kerja.
Sampai office, kitorang makan pulak Mangga India tu. Subhanallah manis dan sedapnyaaaaaa.
Alhamdulillah durian dengan mangga dua-dua pon
sedap. Memang puas hati sangat and memang rezeki kitorang dapat makan buah
sedap semalam. Syukur nikmat Allah beri pada kita untuk rasa makan buah-buahan
sedap ni. Amin…… Susah ok nak rasa kepuasan macam ni? Usually yang sikit tu la
yang sedap and yang sikit makan berebut-rebut tu la yang lebih kita hargai kan?
Macam makan durian dan mangga sebijik berempat semalam. Pada korang yang
teringin and terliur, I mintak maaf. Kalau rasa nak cari lori ni, korang pergi ke Max Value
Ampang yang belakang Petronas ada Mc Donald depan International School tu.
Lepas tu, keluar dari Max Value korang boleh nampak dah lori buah ni. Sebelah
Lori Cendol, dekat area Loji Taik. Hhahahahaha. Sangat tak hygienic location
lori buah ni tapi takper sebab buah-buah ni semua sangat la sedap. Nanti
singgah sana eh? Sampai bila ada, I tak sure. Good Luck!
Oh, tak habes cerita pasal durian yang kat paragraph atas tadi. Durian 3 biji yang dapat tukar tu, I bawak balik. Lepas tu masa dalam lift ada bebudak kecik ni dua orang tarik-tarik Mak dia cakap, 'Mak, Nak durian.... Nak durian'. Sedih pulak I tengok muka. Tak kenal pon siapa. Nak keluar lift, I hulur dekat bebudak tu. I cakap, I belanja. Melompat la bebudak tu suka and Mak dia pon senyum cakap terima kasih. Keluar lift, I senyum. Walaupon tak rasa seulas pon durian yang I beli, tapi rasa happy dapat buat orang lain happy. Allah tu dah tulis, memang takde rezeki I nak makan durian. Walaupon lepas tukar, so I redha.
Masuk rumah, Sazli tanya mana durian? I cakap pada dia, I sedekahkan. Sazli senyum... End topic durian I pada hari tu. Hahahahaha.
-eNd-
4 comments:
Murahhhhnye sebijik rm29, kat mont kiara ni aritu i beli sebijik rm63 dahla tak sedap! Arini nk try la pegi beli kat ampang hopefully dpt yg elok kal ni
perenggan akhir tu buat kite terharu. baiknye cik suraya. semoga Allah murahkan rezki selalu :)
ohh tak penah try beli kat situ. tapi yg i tau rojak sotong situ sedap kan. dulu sambil makan I bebel kat husband I,"masa dating bawak makan tepi tasik, dah kahwin bawak makan tepi loji"
sedihnya perenggan last tu. :( I pun selalu tak sampai hati kalau ada bebudak anak anakjiran tegur tegur apa I bawak. so kalau benda tu sikit mcm aiskem/cokelat, I ngap dulu sebelum naik rumah >,< hahaha
Soalan kulit durian tu pernah terlintas Kat fikiran kita..mujur xtertanya..kalau x mst kne jeling gak..ahhaha
Post a Comment