Thursday, June 16, 2016

Ramadhan Buffet Murah dan Sedap Woooooo di 9 Kedondong, Ampang

Assalamualaikum..

Hari Khamis lepas, I pergi bukak puasa dengan Intan and kawan-kawan Blogger dekat 9Kedondong. Orang bukak puasa dengan air sedap-sedap, I dengan Intan kongsi drinking water D’Saji yang botol pendek tu. I baru seteguk minum, Intan buat rampasan kuasa. Dalam pada minum air jimat-jimat Intan jumpa pulak sebotol lagi air dekat seat belakang tapi kitorang nampak pulak ada sorang Abang ni, motor dia rosak. Sian dia heret motor dalam hujan entah berapa KM lagi nak sampai ke Stesyen Minyak. Entahkan dah berbuka entahkan tak. Masa I cakap pada Intan, ‘Intan bukak tingkap, air tu hulur pada Abang tu’. Intan seaakan tak redha sebab dia peluk air erat-erat tapi dia bagi jugak pada Abang tu. Hahaha. I cakap pada Intan, mana tau Abang tu prospek bakal BF ke? Terus Intan setuju bagi air, laju je bukak tingkap. Sekali hulur, Abang tu cakap macam ni. ‘Makasih Kak’. Sekali Indooooon daaaa. Failed! Intan pandang I terus buat muka nanges. Ngek Intan. Jem memang hazab dekat Duke nak masuk ke Ampang sebab I fetch Intan dulu dekat LRT Melawati.  Intan pon kesian jugak pada beliau sebab tunggu I almost 2 jam kat sana tapi upah Intan I bagi agak lumayan. So dia jangan banyak bunyik.

Kata Intan masa kat LRT dia terserempak dengan Fog kawan Abang Yut. Intan cakap, mesti Fog menyesal tak mengorat dia dulu sebab dia dah cantik sekarang. Confident je. Tapi Intan memang makin cantik sekarang semenjak makan Zenia Collagen, Transgluta and Transbella. TQ Zenia sebab transform Intan dari Ugly Duckling menjadik Beautiful Swan. Sekarang ada promo tau? Klik sini untuk tengok Promo Raya kitorang **Sesambil Iklan. Masa dalam kereta, Abang naik lori tayang-tayang kuih dia, I rasa macam nak sepak je. Lepas tu bebudak ni dalam group hantar gambar makanan semua menyirap jer, terus sebak. I memang kalau dengan makanan selalu beremosi macam ni. Hahahaha. Dalam kepala, sampai je sana I nak serbu kambeeeeengggggg!! Dekat pukul 8.00pm baru la sampai. Menggelupur tak tau nak makan apa sebab semua nampak sedap.


Hi Kambeng Golekku sayang. Siap ko aku kerjakan.

Kambing Golek dia memang puas la makan sebab 9 Kedondong ni tak la terlalu ramai untuk Iftar at one time. Muat dalam lebih kurang 200pax macam tu jer, so puas makan. Queue pon tak panjang. I sampai jer terus pergi ke Stall Mee Soup. Nampak ada Sambal Kicap mana boleh tahan. Lepas makan Mee Soup, I makan pulak nasik sebab Sambal Ikan Kembong dia nampak sebiji macam yang Mak masak dekat rumah. Lepas tu Intan ambik pulak Rojak Buah dengan Cucur Udang yang digoreng panas perrrrrrghhhh sedap giler! I suka la konsep 9 Kedondong ni. Masa bukak puasa memang feel just like home. Macam berbuka dekat rumah jer. Masakan sedap dengan pilihan yang pelbagai, ada aircond so tak la menanges ketiak lepas tu ada tempat solat yang selesa siap ada Imam untuk Jemaah Maghrib, Isyak and Trawikh. Antara nak taknak je la kan? So korang boleh la lepak dekat sini lama-lama and lepas solat boleh la sambung makan sampai bloated takde sapa kesah. Tempat pon convenience sebab takde tangga-tangga ke apa so amat la child friendly. Dari segi safety pon bagus sebab gated area. Harga pon affordable and tak mahal. I sukaaaaa. Jom tengok gambar makanan pulak ye? Jangan la nak jilat screen ke apa. Bawak bertenang. Pagi lagi ni. Haha


Sambal Ikan Kembong. Paling win! Makan dengan Nasi dengan jujuran air mata terkenang kampung halaman. Sayuuuuuuu hati ini makin sayuuuuuuuuuu, piluuuuuuuu terkenangkan desa permai. Eh ternyanyi pulak lagu raya Siti Nurhalijah.


Ayam Opor


Daging Masak Lemak Minang


Ikan Masak Asam Pedas dengan Lobak Asin


Siput Sedut Masak Lemak Campur Keladi. Nasik baik bukan Nasi Malukut, Sayur Kaladi. Timbullah Ibu Ku Kaloi Tunjukkan Diri. *Cerita bawang putih bawang merah. Haha.


Sup Sayur dia pon sedap. Banyak sampah sarap macam ayam, fish ball, chicken ball segala. 


Soo hoon dengan fucuk and kobes


Sambal Telur Puyuh

Ni gambar sebahagian je dari lauk-pauk yang ada. Kalau ambik semua entry boleh mencecah ke lantai la jawabnya. Semua amatlah sedap and mouthwatering. I paling suka masakan yang masak dalam volume yang banyak tapi rasa dia tak lari dari masakan dekat rumah. 9 Kedondong ada provide 9 Stall kesemuanya. Dari Lauk Pauk, Pilihan Nasi, Sup, Masakan Panas macam Mee Goreng and Kway Teow, Kambing Golek, Stall Cucur (My most favorite sebab goreng pisang and cucur udang is made freshly makan panas-panas pedepooooow!), Aneka Rojak Buah, Air macam-macam jenis and Dessert. Ha, ambek ko! Semua ada dekat sini. Mak Bapak je yang takde. Takyah risau tak cukup makan sebab I nampak staff dekat sini dah pukul 9.30pm pon still top up makanan. InsyaAllah semua korang boleh jamah. OK? 


Ni ulam ulaman. Sambal Belacan semua ada. Sesuai la pada mereka yang suka bukak puasa dengan Masakan Melayu dan spesis tekak kambeng sebab suka makan sayur je (Macam Sarah)


Sambal Belacan dia pon sedap. Pilih la nak sambal apa SEMUANYA ADA DISINI. 


Ni air panas and air sejuk. Dia punya Teh Tarik memang power!


Stall Kuih Muih, Bubur dan Kurma


Bang, ABC Sato! 


Kuah Rojak Buah ni pon sedap macam Kuah Rojak Mak Bee. Ada buah pelam fresh. Cis! Kecur pulak air liur bila teringat. Makcik, kenapa tu tak senyum. Penat eh? Alololo.


NI KORANG KENA TRY. Tu kalau dah Caps-lock tu maknanya apa? Maknanya memang kena makan. I sukaaaaa giler sebab ada Sambal Kicap. Sedap ok?


Ni la suasana dalam dia. 1 meja muat 10 orang. Ada yang tanya, lantai dia tanah ke? Ko giler apa tanah? Ingat kenduri dekat kampung ke? Sini pasang carpet so takde la kotor selut apa. Dari entrance pon jalan tar. Takde masalah kasut kotor or whatever. Don't worry ok?



Ruang solat dalam rumah pon besar. Lelaki Perempuan both ada. Solat Jemaat Maghrib, Isyak and sekali Trawikh. So korang boleh lepak lama-lama dekat sini. Takde hal.


Ni senarai penuh Menu dekat 9 Kedondong untuk Ramadhan Buffet. Terliur lettewwwww.

Harga dekat sini macam I cakap sangat la affordable. Dengan tempat yang selesa, pelbagai pilihan makanan so rasa nak bayar pon tak ralat. Compared dengan hotel yang kekadang beratur nak ambik makanan pon dah 8km dah bilanya dapat makan, ye dak? Buffet Ramadhan disini punya harga ialah RM55.00 net untuk dewasa dan RM28.00 nett untuk kanak-kanak berusia 7-12 tahun. Below 7 is FOC. Kalau korang nak pergi satu keluarga 10 orang, dapat FREE 1 seat. Untuk Booking boleh hubungi number ni. 017-2250705 atau 016-8868311. Booking dulu eh? Jangan main terjah je. Kang nanti Full House baru ko tau. Orang berbuka makan nasik, ko berbuka makan daun pulak. 


Ni la bangunan 9 Kedondong. Lawa kan? I suka konsep dia. Nanti ingat adik Shein lahir (Yang entah bila) nak buat dekat sini je la Majlis Akikah.


Walk way dari entrance nak ke bahagian Buffet pon lawa. I sukaaaaaaa. Kifli pinjam gambar eh? 


Ni semua info ada. Kang kalau ada yang WhatsApp I lagi tanya kat mana, berapa, macam mana nak book segala, memang aku tunjal je kepala. Haritu ada readers tanya, 'Kaksu, 9 Kedondong tu Shein punya ke?' I pun tak boleh nak relate. Rupa-rpanya Si Intan kan panggil Shein, 'Sheindong Kedondong'. Bahahaha. Korang ni ada-ada je taw?

Bagi I, tempat ni paling convenience kalau korang nak bawak family especially yang bawak stroller anak sebab sini jalan dia rata je. Takde tangga-tangga ke apa. Bebudak pon bebas nak kesana kesini and selamat sebab gated area. Bebudak pon takde la nak memanjat-manjat ke apa and kawasan ni kita senang nak pantau bebudak. Lepas tu tak panas. Kata la kalau hujan ke apa, takde pon becak lumpur semua. Sini pon bersih, pelayan pon semua ok and always top up foods. I sangat rekemen untuk korang datang sini. 9 Kedondong ni dekat area Ampang lagi la I suka. I LOVE AMPANG! **Tetiba. Seronok jumpa dekat bebudak blogger memuda ni. Semua Kaksu Kaksu Kaksu macam anak ayam. Haha. Intan pon tumpang sekaki. Malu-malu la dia bila ada yang kenal dia. Kemain popular. Dia ingat dia Neelofa? Masa I cakap kat Intan, 'Intan, ni Kifly Mally. Popular dia ni. Follower IG ada 30k ok?' Lepas tu Intan jawab, 'So?' OMG INTANNNNN kenapa eksyen sangat? Hahahahaha. Kena tunjal terus dengan I. 


Suka I menyakat Kifli ni. Dia pon sekepala dengan I. Duduk pulak dengan Intan, so boleh bayang tak dia punya kecoh macam mana.


Siapa yang paling? Haha.


Siti Nurhaliza bersama-sama dengan Syafiqah Hashim, Diya (Pinky Mama), Suria Amanda dan Ida Baharum. Dengan Ayu Rafikah tak sempat nak ambik gambar. Dia bawak hero-hero dia. Tak boleh nak stay lama. Amboi yang tengah tu taknak kalah.


Shazwani Hamid and Syahira Zakaria pon ada (^_^)

9 Kedondong Ramadhan Buffet
9 Jalan Kedondong of Jalan Ampang
55000 Kuala Lumpur
H/p : 017-2250705 atau 016-8868311

Notakaki : Photo Courtesy from Diya Nadia (Pinky Mommy), Kifli Mally,  Suria Amanda dan Syahira Zakaria.

-eNd-

1 comment:

Kifli Mally said...

kau memang kak su, kau memang nak kena hahahaah ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...