Friday, June 3, 2016

The Good Old Days

Assalamualaikum..

Huaaaaaarggghhh harini memang takde mood habes nak buat apapa. Dengan hari yang gloomy macam ni, lepas tu dekat office pulak ada buat makan-makan dari pagi jejak ke tengahari sempena menyambut Ramadhan so I banyak melepak kat tempat Intan je. Melayan dia study sesambil I tengok gambar lama-lama dalam laptop dia. Dulu masa zaman Dyba, Sarah, Fizul and Wan tadek lagi, I berdua je dengan Intan yang muda. Tak lama tu Mas masuk. Makin lama makin ramai geng muda sampai la kitorang boleh buat team menari dekat office.  Suraya Dancer nama kumpulan tu. Intan cakap dia tak puas hati nama kumpulan tu and terus Dato’ suruh ubah jadik FRI Dancer. Menyam! Dengki je Intan ni. Tengok balik gambar-gambar lama rasa macam OMG sampai hati giler Kak Nira (choreographer) bagi kita pakai macam ni. Hahahah. Dengan rambut palsu kembang, baju liplap, seluar yenki, dengan gemok hitam segala sabar jer la. Tapi time tu rasa dah terpaling cantik dalam dunia dah. Tadi tengah duduk, Si Syira and Atiqah datang bagi kek. Kata dorang Liner Shipping yang bagi. Now semua orang panggil ‘Kak Intan, Kak Su’. Kata Intan, ‘Kaksu, kita dah senior sangat kat office ni’. Pastu I jawab, ‘Takper Intan, tua tapi berkuasa. Kita power’. Hahahahaha.


Selepas 3 tahun menanti nak pakai baju cantik masa menari, finally tahun 2011 impian Intan tercapai. Haha.



2010 masa Intan jadik Kajol. I sepatutnya pakai sama macam Intan, tapi I taknak. So Kak Nira bagi pakai baju ni. Intan punya tak puas hati dengan I. Sampai sekarang.


Apeni pakai tengkorak ke? Tahun 2010.

Reminiscing back memories I dengan Intan, 7 years dah I kenal dia. Our friendship ups and downs. Baik – Renggang – Baik – Renggang – Baik. Dari I berdua je dengan Intan, sampai la hadir Gen Y lain lepas tu sorang-sorang resign and pindah company. Mas resign, Kak Tonah meninggal, Ros, Gee and Siti pindah company. Tinggallah I, Intan, Dyba, Ira, Sarah, Fiezul, Wan and Nape. Lepas tu Fiezul resign, Ira resign, Sarah resign. Hadir pulak si Izzah (Tapi dia ni ada ke takde sama je hahaha). Sama macam Izzy la Izzah punya konsep ni. Rasa macam geng tapi kekadang dorang MIA and kiter pon tak cari. Now that Dyba dah start Maternity Leave for 2 months, tinggallah I dengan Intan je. Bila Fiezul resign, kitorang dengan Wan and Nape pon tetiba tak berapa geng.

Actually bila check balik dalam masa 7 tahun ni, people come and go yang sentiasa ada is I dengan Intan je la.

I pon taktau berapa lama I dengan Intan akan ada for each other. I pon taktau berapa lama I akan kerja dekat sini but yang buat I stay, happy semua ni sebab kawan-kawan jugak sebenarnya. They are truly sweetheart. Now rasa rindu sangat pada Fiezul and Sarah. Rasa missing, rasa incomplete semua pon ada. Teringat balik macam-macam memory masa sama-sama dulu. Asyik gelak jer. Hari-hari pon happy datang office. Mana nak dapat dah manusia yang baik macam Fiezul dan Sarah. Takkan dapat agaknya. Naseb la ada Intan and Dyba, at least I ada dorang berdua. Kaklong pon dah ada kat Menara tapi dia company lain. Tingat dulu masa main futsal sama-sama pempuan lawan lelaki. Fiezul and Sarah ada, Ross jadik pompom girl. Ira pon ada time tu… Bila ada sukan, family day, dinner company pon happy sebab ada practice/training sukan, dance and sing sama-sama. Kekadang ketawa sampai terkepit-kepit nak bagi tak kencing dalam seluar.

Time tu pon company make money, tak macam sekarang. So semua activity dah takde.

Dari kejauhan. Kaksu doakan supaya Fiezul dan Sarah dalam lindungan Allah selalu. Kaksu Rindu….. Hope korang berdua jangan lupakan Kaksu. OK? Kita dulu 3 orang pon takpe dah. Intan selalu kena tinggal sebab dia masa tu geng lain. Haha. Seronok buat macam-macam activity. Kalau ada team kat office pon, Boss kasik kita sama kumpulan. Tu yang Intan and Dyba berbulu tu sebab dorang punya geng TV semua tak best. Hahaha. Rindu la nak gaduh pasal kumpulan. Nanti geng kita mesti menang. Persembahan menang, futsal menang, English Day menang. Kaksu pulak jenis tak boleh kalah. Nanti nanges. Ikutkan paling tua antara mereka tapi paling manja. Redha je semua bila Kaksu diam, tak bercakap, nanges, moody sehari kekadang makan hari bila kalah apapa. Semua pon dah masak dengan perangai Kaksu. Intan tu lagi la.. Dia paling paham Kaksu. Tak pernah melawan, tak pernah cakap apa pon bila Kaksu meroyan apapa.

Thank you sebab korang semua always usaha nak bagi Kaksu happy. Semua pon macam tu. Kaksu appreciate sangat. Semua dah tau Kaksu tak suka panas, tak suka lambat and tak boleh lapar so semua akan put Kaksu as a priority just to avoid dari Kaksu tarik muka. Sampai macam tu sekali korang jaga perasaan Kaksu. Huwaaaaaaa sedihnya…. Thank you Allah sebab pinjamkan mereka untuk membahagiakan dan menceriakan hidupku walaupon sekejap. Untuk semua kegembiraan yang pernah diberikan oleh budak-budak ni, Aku mohon Kau balaslah dengan kebaikan dan bahagiakan mereka sebagaimana mereka pernah bahagiakan aku dulu. Amin….

Sebak. Okbye


-eNd-

4 comments:

Anna Dayana said...

hahaha.... so funnei.... so sad... so touching. I MISS YOU GUYS..

thanks kak su doankan kami.. Amin..

ok nak sambung buat saimen .. tajuk saimen ni mmg mengundang kemarahan.. " Fat Eddy"

Chooyaya! said...

Intan sebenarnya takde la sedih mana kan?

Nur Aishah said...

tacing pagi2 1st romadhan ni taww..
Tapi mmg btul su..kita kdg2 terlepas pandang peranan dan jasa orng yg selalu ada disekeliling kita..kita lebih appreciate pada org yg jauh, yg jarang2 jmpe..sekali bila diorang pergi.. haa amekk...baru terasa sangat2 baru rasa mcm ada lompang2 kosong2..sbb hari2 sepatunya nampak diorang... now dah gone... itulah adat..people comes and go.. but friendship will remain forever..insyaallah.

Sare said...

Tersentuh hati baca post Kaksu ni..(nape panggil Kaksu, biasa BB je kan. Haha) terasa betul kosong takde kawan2 sesengal FRI dancer. Kdg2 drama gaduh2 manja tu la yang mengubat balik and strengthen fwenship kita. Meh belanja I makan sedap2.