Assalamualaikum..
Huaaaaaarggghhh harini memang takde mood habes nak
buat apapa. Dengan hari yang gloomy macam ni, lepas tu dekat office pulak ada
buat makan-makan dari pagi jejak ke tengahari sempena menyambut Ramadhan so I
banyak melepak kat tempat Intan je. Melayan dia study sesambil I tengok gambar
lama-lama dalam laptop dia. Dulu masa zaman Dyba, Sarah, Fizul and Wan tadek
lagi, I berdua je dengan Intan yang muda. Tak lama tu Mas masuk. Makin lama
makin ramai geng muda sampai la kitorang boleh buat team menari dekat office. Suraya Dancer nama kumpulan tu. Intan cakap
dia tak puas hati nama kumpulan tu and terus Dato’ suruh ubah jadik FRI Dancer.
Menyam! Dengki je Intan ni. Tengok balik gambar-gambar lama rasa macam OMG
sampai hati giler Kak Nira (choreographer)
bagi kita pakai macam ni. Hahahah. Dengan rambut palsu kembang, baju liplap,
seluar yenki, dengan gemok hitam segala sabar jer la. Tapi time tu rasa dah
terpaling cantik dalam dunia dah. Tadi tengah duduk, Si Syira and Atiqah datang
bagi kek. Kata dorang Liner Shipping yang bagi. Now semua orang panggil ‘Kak
Intan, Kak Su’. Kata Intan, ‘Kaksu, kita
dah senior sangat kat office ni’. Pastu I jawab, ‘Takper Intan, tua tapi berkuasa. Kita power’. Hahahahaha.
Selepas 3 tahun menanti nak pakai baju cantik masa menari, finally tahun 2011 impian Intan tercapai. Haha.
2010 masa Intan jadik Kajol. I sepatutnya pakai sama macam Intan, tapi I taknak. So Kak Nira bagi pakai baju ni. Intan punya tak puas hati dengan I. Sampai sekarang.
Apeni pakai tengkorak ke? Tahun 2010.
Reminiscing back memories I dengan Intan, 7 years
dah I kenal dia. Our friendship ups and downs. Baik – Renggang – Baik –
Renggang – Baik. Dari I berdua je dengan Intan, sampai la hadir Gen Y lain
lepas tu sorang-sorang resign and pindah company. Mas resign, Kak Tonah
meninggal, Ros, Gee and Siti pindah company. Tinggallah I, Intan, Dyba, Ira,
Sarah, Fiezul, Wan and Nape. Lepas tu Fiezul resign, Ira resign, Sarah resign.
Hadir pulak si Izzah (Tapi dia ni ada ke takde sama je hahaha). Sama macam Izzy
la Izzah punya konsep ni. Rasa macam geng tapi kekadang dorang MIA and kiter
pon tak cari. Now that Dyba dah start Maternity Leave for 2 months, tinggallah
I dengan Intan je. Bila Fiezul resign, kitorang dengan Wan and Nape pon tetiba
tak berapa geng.
Actually bila check balik dalam masa 7 tahun ni, people
come and go yang sentiasa ada is I dengan Intan je la.
I pon taktau berapa lama I dengan Intan akan ada
for each other. I pon taktau berapa lama I akan kerja dekat sini but yang buat
I stay, happy semua ni sebab kawan-kawan jugak sebenarnya. They are truly
sweetheart. Now rasa rindu sangat pada Fiezul and Sarah. Rasa missing, rasa
incomplete semua pon ada. Teringat balik macam-macam memory masa sama-sama
dulu. Asyik gelak jer. Hari-hari pon happy datang office. Mana nak dapat dah
manusia yang baik macam Fiezul dan Sarah. Takkan dapat agaknya. Naseb la ada
Intan and Dyba, at least I ada dorang berdua. Kaklong pon dah ada kat Menara
tapi dia company lain. Tingat dulu masa main futsal sama-sama pempuan lawan
lelaki. Fiezul and Sarah ada, Ross jadik pompom girl. Ira pon ada time tu… Bila
ada sukan, family day, dinner company pon happy sebab ada practice/training
sukan, dance and sing sama-sama. Kekadang ketawa sampai terkepit-kepit nak bagi
tak kencing dalam seluar.
Time tu pon company make money, tak macam sekarang.
So semua activity dah takde.
Dari kejauhan. Kaksu doakan supaya Fiezul dan Sarah
dalam lindungan Allah selalu. Kaksu Rindu….. Hope korang berdua jangan lupakan
Kaksu. OK? Kita dulu 3 orang pon takpe dah. Intan selalu kena tinggal sebab dia
masa tu geng lain. Haha. Seronok buat macam-macam activity. Kalau ada team kat
office pon, Boss kasik kita sama kumpulan. Tu yang Intan and Dyba berbulu tu
sebab dorang punya geng TV semua tak best. Hahaha. Rindu la nak gaduh pasal
kumpulan. Nanti geng kita mesti menang. Persembahan menang, futsal menang, English
Day menang. Kaksu pulak jenis tak boleh kalah. Nanti nanges. Ikutkan paling tua
antara mereka tapi paling manja. Redha je semua bila Kaksu diam, tak bercakap, nanges,
moody sehari kekadang makan hari bila kalah apapa. Semua pon dah masak dengan
perangai Kaksu. Intan tu lagi la.. Dia paling paham Kaksu. Tak pernah melawan,
tak pernah cakap apa pon bila Kaksu meroyan apapa.
Thank you sebab korang semua always usaha nak bagi
Kaksu happy. Semua pon macam tu. Kaksu appreciate sangat. Semua dah tau Kaksu
tak suka panas, tak suka lambat and tak boleh lapar so semua akan put Kaksu as
a priority just to avoid dari Kaksu tarik muka. Sampai macam tu sekali korang
jaga perasaan Kaksu. Huwaaaaaaa sedihnya…. Thank you Allah sebab pinjamkan
mereka untuk membahagiakan dan menceriakan hidupku walaupon sekejap. Untuk
semua kegembiraan yang pernah diberikan oleh budak-budak ni, Aku mohon Kau balaslah
dengan kebaikan dan bahagiakan mereka sebagaimana mereka pernah bahagiakan aku
dulu. Amin….
Sebak. Okbye
-eNd-
4 comments:
hahaha.... so funnei.... so sad... so touching. I MISS YOU GUYS..
thanks kak su doankan kami.. Amin..
ok nak sambung buat saimen .. tajuk saimen ni mmg mengundang kemarahan.. " Fat Eddy"
Intan sebenarnya takde la sedih mana kan?
tacing pagi2 1st romadhan ni taww..
Tapi mmg btul su..kita kdg2 terlepas pandang peranan dan jasa orng yg selalu ada disekeliling kita..kita lebih appreciate pada org yg jauh, yg jarang2 jmpe..sekali bila diorang pergi.. haa amekk...baru terasa sangat2 baru rasa mcm ada lompang2 kosong2..sbb hari2 sepatunya nampak diorang... now dah gone... itulah adat..people comes and go.. but friendship will remain forever..insyaallah.
Tersentuh hati baca post Kaksu ni..(nape panggil Kaksu, biasa BB je kan. Haha) terasa betul kosong takde kawan2 sesengal FRI dancer. Kdg2 drama gaduh2 manja tu la yang mengubat balik and strengthen fwenship kita. Meh belanja I makan sedap2.
Post a Comment