Assalamualaikum…
SELAMAT
HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN untuk semua readers daripada
I Chooyaya selaku Tuan Tanah blog ni untuk semuaaaaa yang baca blog ni tak kira
dekat mana korang berada sekarang di seluruh dunia (ajet sangat tau? Hahahah). Google
Analytic kata ada readers dari US, Indonesia, Singapore, Brunei, UK, Japan,
Germany, Australia, Belgium and Russia. So Selamat Hari Raya Aildilfitri, Maaf
Zahir Batin sekiranya ada terdapat tulisan I dalam Blog ni yang mengguris hati
dan perasaan nkorang tanpa I sedari atau tak. I ni kadang-kadang rasa bila
menulis tu dah tapis dah tapi still ada jugak yang mengguris perasaan yang
membaca tanpa I sedar. Sebab tu la ada komen dari haters yang boleh tahan
mengundang penumbuk ku dimukamu. Hahaha. Padahal baru tadi kata mintak maaf, acane?
My nephew and I. Zaman dolu kala. Time raya ni ok?
Kalau beraya tu beringat sikit especially bab
makan. Tak kesian ke kat diri sendiri untuk lose weight 3kg kena ambik masa
sampai sebulan, sekali bila raya selamba je balik ke berat asal dalam masa 2
hari and nak lagi best, seminggu raya berat naik 3 kg, ko ghaser?? If makan
banyak spices tu, balancekan dengan minum air kosong banyak-banyak to flush
out. OK? Bagi yang memandu, memandu dengan berhemah dan berhati-hati and most
important untuk elakkan jem semua, rancang perjalanan anda. Jangan keluar waktu
peak nanti jem korang jugak yang berasap kepala. Mau keluar berkandang babi
time tu. Dah kalau jem je 4 jam tak bergerak, acane? Ye dak? Macam I, musim
perayaan I suka keluar time Subuh Shafie and InsyaAllah jalan smooth je. Sampai
KL boleh lagi nak relax-relax sebelum masuk kerja pulak esoknya.
Dekat kampung tu, jangan la malas-malas sangat. If
ada anak kecik, takkan la nak membontot anak je… Tolong apapa yang patut. Kalau
taknak tolong pon, handle diri masing-masing. Lepas makan, basuh pinggan sendiri. Lepas
tido, kemas tempat tido. Macam tu kan bagus. Bak kata GF I, ‘Ni tempat tido ni kemas sendereyyyyy. Rajin
pulak Mak Tiri ko nak tolong kemaskan’. Bahahahahaha. Menusuk sangat tu
Mak. Bab-bab menolong kat kampung ni I tau perasaan dia macam mana. Sampai angin
pemalas Badak dia, nak mandi pon malas inikan pulak nak menolong kerja rumah
semua memang taaaaak la. Tapi kena ingat, sian pada Mak yang nak setelkan semua
kerja untuk korang. Nak pulak bila semua dah balik KL so siapa yang nak setelkan
rumah yang bersepah kalau bukan Mak kan? Sian dia….
I akan berada di Jengka dari Raya Pertama tengahari. Untuk readers
sekampung Kaksu, meh la singgah rumah. Jangan la malu-malu. Bawak aja makanan
yang sedap-sedap InsyaAllah Kaksu akan happy. Hehe. Jumpa lagi nanti Isnin
depan ye? Semoga semuanya dalam peliharan Allah selalu. Amin…. SELAMAT HARI
RAYA!
-eNd-
2 comments:
Slmt hari raya siti nurhalijah....
Muka suci benor ek :)
i lah salah sorang dari singapore tu kot hehe.btw selamat hari raya
Post a Comment