Tuesday, August 30, 2016

10 Years of Living Social with Netccentric

Assalamualaikum..

Tenkiu Linda sebab always mencantikkan Kaksu each time ada event. I pon boleh tahan mengada. I ingat I Rozita Che Wan ke yang asyik nak bercantik-cantik setiap kali keluar? Hahaha. Tapi lantak laaaaaa. Lagipon Linda mekap tak lama. I pon memang akan pesan banyak kali, ‘Linda, jangan cantik-cantik sangat. Biasa-biasa je’. Tapi dalam pada dia mekap sekejap and jangan cantik-cantik sangat tu, turn out selalu jadik pwincess jugak pon. I suka make up Linda ni and dia pon tau apa yang ok dekat muka I and dia accept apa yang I nak. Contoh macam I taknak blusher terang sangat, nanti dia pudarkan. Lipstick I nak dark sikit pon dia ikut jugak. Bulus mata I taknak yang beria pon dia ikutkan ajer. Tabah je dengan apa yang I nak and tak melawan, tu I suuuuuka. Hahahah. Dia boleh terima pendapat I and takde la nak ikut je apa yang dia suka sebab kekadang MUA ni kalau kita request macam apa yang kita nak, dia betahkan aje. Geram nak tunjal. Walaupon I bila kerja and keluar mekap jugak, tapi Linda still boleh bagi nampak muka I lain dari hari biasa. Tu I suka. One day, I nak mintak Linda mekapkan I and change muka I jadik Siti Nurhaliza, tengok berjaya ke idok. Haha. Untuk yang latest ni, Linda mekapkan I for Netccentric 10 years of Living Social. Talent kena pakai baju putih, so terus I mintak dekat Linda, nak jadik pwincess. 


Ni la result dia. Berjaya la jadik pwincess. Kah kah kah. Tapi Pwincess tuweeee la. Takpe, kita kena kasik chance ok?


One thing best pasal Linda is dia boleh buat hairdo as well. Lepas tu, make up dia with hairdo together, takde extra charge. Ada MUA yang mekap and hairdo charge separately. So akan jadik mahal. Kalau taknak charge hairdo, kena la pakai tudung. *kilat sabung menyabung. This time I mintak makeup pink-pink and sweet. Lipstick I tak boleh pakai nude sangat and tak boleh pakai shimmer, so inilah dia ghupernyaaaa.  Untuk rambut, Linda dah tau muka I boleh buat macam mana and kalau 100% bun, nanti muka I jadik dulang so rambut kena bawak kedepan sikit. Lepas tu pakai cekak pearl macam tu. I sukaaaaa. Tenkiu Linda. Actually baju yang I pakai tu evening dress, tapi sebab taknak beria sangat nampak, so I pakai dengan blazer opis. Pon boleh je kau ni Jebat. Hahaha. Linda guna make up semua yang berjenama macam MAC, NARS, Estee Lauder, Bobby Brown and many more. Linda tak mengamalkan concept double standard. Yang nak mekap tu artis atau client biasa ke, semua dia akan guna barang mekap yang sama. If korang nak guna khidmat Linda boleh Call/WhatsApp dia sendiri dekat 010-2206293. Mekap dinner/bridesmaid macam I ni RM150.00 je dia charge. Budak ni job mekap melambak dapat tapi ada penyakit malas nak promote diri and malas nak update Instagram and FB. Geram nak tunjal. Klik sini untuk tengok Instagram Linda yang mengamalkan konsep, letak gambar ikut mood T___T

So back to cerita Netcccentric event. Event ni dorang buat dekat Make Space di Quill City Mall. Actually bukan la dinner yang duduk kepit-kepit buat muka cantik dekat meja elok-elok and formal, tapi cocktail party. Makan light je, dengar orang nyanyi, ambik gambar dekat booth and bersosial sesama sendiri. Yang join event ni ialah Power users Dayre, client dari agencies and Sosial Media Influencer under Nuffnang and Churpchrup. Ada jugak la I nampak familiar faces. Sebab talent melayu Nuffnang ni tak ramai. So nanti mesti akan jumpa muka yang sama je each time. Thank you Nuffnang sebab bagi chance pada I yang tak seberapa ni untuk be a part of them. Banyak kenangan suka-duka selama jadik blogger ni. Ada yang suka, ada yang tak. Itu lumrah… Hopefully semua yang sudi berkawan dengan I, rajin komen semua tu, biarlah ikhlas. Jangan acah-acah suka bak kata Anny. Hahaha. Dah jom tengok gambar. 


Ni Samantha. I punya former Manager. Sam yang bawak I join Nuffnang as a talent and I ialah dia punya first talent. Thank you Sam! Love you.


Sam, Siti Nurhaliza and Syahira Zakaria


Cantik Syahira ni. Muka macam Haniz Zalikha. Very down to earth person and takyah work hard to look pretty. Muda lagi dah kawen. I masa umur macam Sya tak fikir nak kawen pon. Haha.


Sya, Jack gemok, Michelle and Dato' Sri Vida. Hahahaha


Sam yang comel


My garang Manager - Michelle. Tapi dalam pada garang selalu kena prank dengan I. Hahaha.


Usually kalau any event, Sya akan bawak Nadil husband dia yang become her photographer tapi malam ni, DSLR camera buat prop je. Nak harap si Jack ambik gambar tak boleh. Jauh la, tak focus la. Hahahaha.


Host for 10 Years Netccentric.


The Crowd


Chinese Talent semuaaaa cantik and kurus. SEMUA. 


Stage


Make Space ni location dia dekat sebelah H&M Quill City Mall. Kena turun bawah sikit. Macam tempat clubbing pon ye I tengok.


Wefie among talent and Netccentric family

Lepas group photo, event pon habes. Ada yang balik, ada yang stay untuk tangkap gambar puas-puas dekat photo booth. Photo booth ni jenis boleh ambik video pulak. I ambik 3 kali, 3 3 kali pon muka buruk. Malas aku nak share. Dah tau dah kalau buat flying kiss muka jadik Mak Jemah nak jugak buat. Haha. Sian sangat dekat I. Dalam 10.30pm macam tu, I pon gerak balik. Tak sabar nak sampai rumah nak jumpa Shein. Rinduuuuuu. Sampai rumah, Sazli cakap, ‘Awonya Mama!’ Lepas tu I pon malu-malu. Pang nak? Haha. Shein tengok je I, lepas tu cakap ‘waaaaaa’. Bila I tanya Shein, ‘Shein, Mama look like princess right?’ Shein pon jawab, ‘No?’. Hahahahahahhahahah potong je kau ni Shein. Dah taktau nak puji Mama dah la. Jangan la cakap No. Potong je tau? Sayangnya nak buang mekap sebab suka sangat this look. Tapi kita kena back to reality. Mana boleh cantik-cantik all the time. Bak kata Kaklong, ‘Siti Nurhaliza time berak pon buruk jugak Dik’. Boleh je bagi contoh macam tu. Busuk giler perangai. Hahaha. Dapat cuci muka dengan Transcare lepas tu pakai night cream. Terus muka rasa fresh. Korang kalau nak beli, boleh lagi. RM55.00 untuk promo pack. Baik beli sekarang sebelum kitorang tukar ke premium pack. Nanti menyesal sebab dah tak dapat harga lama. (Sesambil iklan) Hahaha.

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...