Assalamualaikum..
Lama dah kan tak cerita pasal Shein? Ada ke yang
rindu? Kemain now kalau dah lama tak cerita pasal Shein, tak cukup dalam IG and
FB, dah ada yang comment entry yang takde kena mengena dengan Shein. ‘Kaksu, dah lama tak dengar cerita Shein.
Rindu’. Haritu I tanya Shein, ‘Shein,
do you want me to put your photo at blog?’ Lepas tu dia jawab. ‘No’. HAHAHAHAH. Shein ni memang, semua
soalan pon jawapan dia No. Tapi No tu ada banyak version. Ada yang bunyi
No?? ada yang No mendatar or kalau dah tanya banyak-banyak kali No!!! Yang menjerit terus. Hahaha. Nanti
I try record and lepas tu boleh la share dalam Instagram I. So far takde la
percubaan untuk rakam lagi. But kalau I Facetime dengan Shein, I suka la tanya
dia soalan. Saja nak dengar dia jawab No
banyak-banyak kali. Lama-lama dia pon tau agaknya I suka dengar dia jawab,
nanti baru ‘Shein….’ Dah dijawabnya No. Hahahahahha. Ngek la Shein! Dia
berat ok? Dah 22kg. Imagine masa last time ada event dekat Aquaria KLCC,
kitorang park dekat KL Convec, lepas tu Sazli ajak makan kat Madam Kwan KLCC.
Blakang, masa makan Shein dah tertido. Ha, jenuh la nak mendukung Shein dari
KLCC ke KL Convec. Bapak la berat. Tapi Sazli la lebih banyak dukong dari I.
Sebab I kan wanita yang lemah, mana la daya nak mendukong Shein. Dia best la,
dengan blanket, hisap jari. Mana nak sedar apa.
Time
ni Sazli babysit Shein sampai tengahari. Dia cuti sem now, so tak pergi
sekolah. Maktok and Baba pulak busy pagi tu, so Sazli jaga half day – dekat rumah
Maktok and Baba half day.
Shein pon bila tak sekolah ni, I bagi la chance dia
tido lewat sikit. I notice, Shein kalau whole day dia tak tido, dia akan tido
awal. Pukul 9.00pm dah selamat. Tapi berdebar-debar jugak sebab takot dia
terjaga tetengah malam ajak main. Sebab pernah jadi, petang tu dia swimming and
tido pukul 7.00pm. Tetiba pukul 9.00pm jaga and terus ‘hidup’. Tak perlu banyak
masa pon nak cergas balik. Lepas tu hazab la pukul 1.30am baru nak tido. Dia
ingat dia bujang ke yang nak tido pukul 1.30am? Lepas tu Mama ni takyah kerja
esok pagi kan? Layan je dia main shadow or nyanyi kwike-kwike likew kaaaa (twinkle twinkle little star). Hahahaha.
Now member memang suka menyanyi. Perkataan tu ada la mengena 20% but rhythm
InsyaAllah dia boleh follow semua. Tapi nyanyi macam malu-malu la. Kalau I
nyanyi ‘Johny Johny Yes Papa’ tu siap
la kena cubit dengan Shein. Cubit yang kecik tu. Punya la sakit. Now, dia cubit
I, I balas je balik. Banyak punya cantik. Haritu dia gigit kepala I, I gigit
kepala dia balik. Lepas tu dia cakap, ‘Adoi’.
Hahahaha. Omel.
Ni Rabu sampai Jumaat, kitorang nak pergi ke Tanah
Aina. Shein mesti happy sebab boleh masuk hutan and Jungle Tracking. At first,
Sazli cakap taknak la bagi Shein join activity tu. Takot Shein penat. I cakap
pada Sazli, this is the right time untuk expose pada Shein the nature. Dia pon
suka and enjoy. Tengok la kat kampung, kalau I sapu sampah keliling rumah Mak,
dia takde masalah pon nak ikut. Dia memang suka berjalan/berlari main-main. If
dekat track pon, 400 meters dia boleh selamba pusing 2 pusingan dah almost 1km
dah tu. Yang tak laratnya I la. Shein ok je. Kat sana pon takde water heater.
All natural. Tapi Sazli kata bawak je la Electric Kettle, takot air sejuk
sangat. Kesian pulak dekat Shein takot dia nanges mandi sebab sejuk. I pon
kalau kat kampung suka dengki Shein, I siram dia dengan air kolah. Menjerit
member. Kesian dekat I jugak sebab I pon
tak berapa boleh mandi air sejuk. Nanti I jirus badan depan je. Belakang
kering. HAHAHAHAHA.
Next week Shein dah masuk semester baru. So minggu
ni la last bangun lewat. Lepas tu NO MORE. Shein punya attendance setakat ni
memang Top 5 selalu datang lambat. Haha. Shein tak pandai stressed lagi if
sampai lewat sekolah. Yang stressed Abah Shein la. Haha. Sazli pernah sekali masa
nak tido tetiba tekup muka dengan bantal and cakap, ‘Aperhal I pulak stressed pasal Shein punya sekolah ni????
Arrghhhhh!!!’ Hahahaha. Gate tutup at 9.00am, dalam sebulan memang 2 kali
je yang Shein sampai on time.Yang lain memang 9.30am keatas la. Shein punya mood
ni susah nak predict. Kekadang mau mandi, kekadang puas la nak berdukong baru
la nak mandi. Kekadang drama mandi dengan baju and seluar sekali pon ada. Shein
pon suka nak test Mama and Abah. Dah masing-masing tension, dia pon dah basah
badan dengan baju seluar masih tak bukak, mata dah bengkak nanges. I pon dah
tengok TV tapi takde perasaaan baru la dia datang, pegang tangan and cakap. ‘Shower!’ Eeeeeeeeeee geram je. Shein
nanti kalau dah besar, if ada girlfriend jangan la buat drama macam ni eh
Shein? Sian la kat GF ko nanti. Kalau Mama tau, Mama tunjal je. Paham?
-eNd-
No comments:
Post a Comment