Assalamualaikum..
Korang pernah minum Power Juice tak? Power Juice ni
yang expert si Sarah je sebab dia sejenis kambeng yang suka makan
sayur-sayuran. Read : Tumbuh-tumbuhan. Segala mala salad selagi tak jadik kebun
sayur, dia tak consider sedap. Ada dulu salad jenis apa entah yang dia makan
dekat Delicious, rasa sebjik makan pokok sebab less dressing, dengan segala
rocket salad and salad yang semua tak sedap ada dalam tu. Si Sarah ni memang.
Tapi I tengok, kulit dia cantik and dia always energetic sebab tu I saspek dia
ni lelaki yang terperangkap dalam badan pempuan. Haha. Kalau masak sayur tu,
bukan la sayur macam biasa-biasa kita makan. Salad dressing ada sekali dia guna
grapefruit. Naik kembang tekak I nak makan. Dulu ada satu time, kitorang suka
minum dekat Boost. I mesti la ambik yang sedap-sedap je. Mango + Passion fruit
smoothies. Konon nak sihat la minum fresh juice, tapi mana yang sihat pon aku
taktau sebab nak yang sedap je. Kalau sarah, dia akan mix buah and sayur macam
celery + carrot + orange lepas tu letak chia seed. Juice. No sugar. Kembang
tekak I bila rasa. Tapi kata Sarah, rasa fresh. I kenot la minum juice ada
sayur. Tak suuukaaaaaa.
Timun + beetroots + celery + orange + green apple.
Now, perangai minum sayur Sarah dah berjangkit pada
Kaklong. Haritu dia teman I pergi Ampang Park. Kata dia, dia takde mood sebab
juice yang dia freshly made pagi tadi tertinggal dekat rumah. Usually dia akan
habeskan 1 serving fruits + veggies juice dari masuk kerja sampai dalam pukul
10.00am. Kata la tak boleh habes sekali minum, dia akan letak dalam peti ais
and minum slowly. So, sebab air dia dah tertinggal dekat rumah, masa dekat
Ampang Park kan ada fresh fruit juice dekat belakang concierge yang near ticket
parking machine tu kan? Dia buat juice dia sendiri. Timun + beetroots + celery
+ orange + green apple. Kata Kaklong patut letak lemon, baru rasa dia sedap
sikit. No sugar no water added. Yang keluar segelas tu semuanya from the fruits
+ veggies itself. Dia letak la ice tapi sikittttttttttttt je. Kaklong offer I
rasa. One sip je I rasa macam nak termuntah. Rasa rumput je. I teringat dulu
masa dekat kampung, kucing Mak kalau sakit, dia suka makan rumput-rumput lepas
tu dia akan muntah. Tu muntah dia yang rumput tu la I imagine rasa dia macam
tu. Bodoh ni! Hahaha
Kata Kaklong, dekat rumah dia guna blender biasa,
bukan yang macam dekat Ampang Park ni. Kaklong cakap, hampas-hampas tu pon dia
minum sekali. Nanti time nak telan, dia kembangkan tekak dia luas-luas so that
boleh masuk dalam tekak. Dia akan mix veggies and fruits. Baru healthy. Kata
Kaklong since dia amalkan minum macam ni, bada dia rasa fresh. Kata dia, dia
dah tuwe so kena la tukar pola pemakanan.Tau pon dah tuwe, tapi kalau tangkap gambar segala style dia suruh kitorang buat. Haha. Haritu I offer dia bungkus Nasik
Goreng yang dekat tepi tangga tingkat 1 Ampang Park yang sedap tu pon dia
taknak. Cecece. Member dah less ambik nasik. Dulu lepas makan, dessert wajib
ok? Air pon nak yang sedap je. Bila berat dia dah 72 kg then only dia insaf.
Kata dia, nak bawak badan pon kekadang kaki rasa sakit. Sama dengan I la masa
tengah begembira makan dulu. Berat dah 69.7 baru la sebok cut portion makan. Masa
I tengok gambar yang I ambik dengan Atita Haris dulu (tak ingat bulan berapa)
Subhanallah. Gemok macam apa je. Terus I whatsApp Anny and tanya dia, kenapa
dia biarkan I gemok macam tu. Kata Anny, kena selalu tengok gambar tu la. Bila
nak makan sedap-sedap tak sedar diri, boleh tengok gambar tu. Kasik insaf
sikit. Haha.
Naseb baik la cepat sedar and pakai House of
Corset. Amik one size down. Walaupon time tu I patut pakai 3xl tapi I ambik 2xl
. Seminggu pakai rasa macam menyesal and taknak pakai dah sebab semput + susah
nak bernafas and rasa tak selesa sampai nak terajang je orang. Tapi kena la
tekad. Kalau tak macam mana nak kurus? Lama-lama after one week, I dah biasa
and now dah jadik routine pakai 5 days/a week and badan dah ada shape and berat
pon dah turun almost 14kg baru la rasa berbaloi usaha seksa diri pakai korset.
Sebenarnya, usaha nak kuruskan badan by jaga pemakanan + pakai korset ni
terpulang pada keazaman diri sendiri. Pakai la PB yang harga beribu tu kalau
takde kesungguhan, gemok la kau kat situ sampai bila-bila SEBAB tu start je
dengan House of Corset yang RM150.00 ni je. Kata la kalau hangat-hangat taik
ayam pon, at least takde la rugi sampai beribu tapi kalau boleh, biar la ada
kesungguhan and buat betul-betul. Percaya cakap I, bila badan dah turun berat,
korang akan rasa lebih yakin. Masuk fitting room pon dah tak down macam dulu.
Kalau tak, nak tengok badan sendiri pon haih. Kalau fikir nak makan sedap all
the time, sampai bila? Nak start, better start now.
Before and after House of Corset + kawal pemakanan. I lose almost 14 kg. Start early March
Kata la dah berazam nak diet hari ni, start today.
Jangan postpone and jangan sesekali cakap, ‘Harini nak makan dulu puas-puas,
esok start diet’. No. Sebab kalau korang buat macam tu, sampai bila pon takkan
start. Trust me. So, now if dah ada kesedaran start with this.
- Jangan ambik nasi
- If tak boleh, kurangkan kepada half portion of nasik. Ambik more sayur-sayuran.
- Jangan minum air manis
- Minum banyak air kosong
- No dessert AT ALL
- No dinner. If nak makan, before 6.00pm
- Pakai House of Corset
Start with that. Slowly…. Jangan patah semangat. If
dapat buat untuk 2 weeks, lepas tu akan jadik routine and korang akan ok. Nanti
berat akan turun slowly… If ada one time dia static, jangan give up and and panic.
Keep on teruskan diet macam awal-awal tadi. OK? Nak lebih fresh badan, minum power
juice. If tak boleh veggies + fruits start with fruits juice dulu. Tapi jangan
memandai nak sedapkan dia pergi buat smoothies pulak. Pilih buah yang less
sugar. Green Apple paling bagus. Mulakan makan only makanan sihat sahaja mulai
dari SEKARANG. Sugar, cut la sehabes yang korang boleh buat. Cheat day kalau
boleh awal-awal ni jangan amalkan sebab usually cheat day ni akan jadik cheat
week cheat month lepas tu cheat forever. Hahaha. Betul ni! So, good luck
kesayangan. Jom kurus sama-sama. WhatsApp 0129184042 untuk I advice pasal House of Corset ok? Okbye!
-eNd-
2 comments:
lepas bersalin nanti nak orderrrrrr.nangis tengok pic before after tu tau.sobs sobs
Kak Su, harga corset ni fix ke akan naik? Nak beli tapi belum ada bajet..heee
Post a Comment