Tuesday, August 23, 2016

Resepi Home Made Shell Out Confirm Sedap

Assalamualaikum..

Korang pernah makan Shell Out tak? Kat area KL je rasanya ada. Kalau kat Kulai, I tak sure. Tapi untuk orang Kulai kalau teringin nak makan Shell Out, lepas ni masak sendiri je la ok? Tak payah nak kutuk kata Jengka takde Shell Out, sebab kat Kulai pon I agak takde jugak. Haha. Eh, ke ada sebenarnya Shell Out dekat Kulai? Kbye.

Ni I share resepi yang rasa dia confirm sedap. Korang boleh ikut sebijik macam ni. Jangan memandai kurangkan and tambah apapa. Except for yang allergic dengan belacan tak boleh buat apa la kan? Memang rasa sama sebijik dekat Shell Out tapi macam lagi sedap je sebenarnya. Sebab bila buat sendiri dekat rumah, kita tak kedekut kuah so every seafood’s tu salut puas haaaati punya. Kalau kat kedai macam kedeks sikit kan? Cost dalam RM300.00 boleh makan puas 10-15 orang. Puas giler sampai tak habes la. If makan 10-15 orang dekat Shell Out tak dapat der RM300.00 ni so baik korang buat sendiri. Kata Abang Long next time buat la 3 jenis perasa pulak. Kicap pedas and cream. Tapi haritu kitorang buat sejenis je. Tu pon makan memula bersila, lepas tu naik syeh kaki naik atas satu macam orang main daun. Besilang-silang tangan padahal masing-masing dah ada portion depan mata sebok tangan nak menyeberang jiran sebelah punya.


Home-made Shell Out by The Sulatin's


Resepi I dapat dari sini tapi kitorang improvise sikit. Kaklong dia kalau masak bawang mau banyak. Yang tumis lain, yang blender lain. Sebab tu dulu asal raya je Arwah Ayah beli bawang seguni terus. Hahaha. Masak kuah kena lama so that nanti perut tak sakit sebab cili tak cukup masak. Lepas tu semua seafood’s korang kena rebus dulu, buang air dia. Kalau masak terus dengan kuah dia kang nanti jadik terlalu cair tak syok or takot sakit perut. Bersihkan dulu semua seafood’s and rebus. Buat asing-asing ok? Jangan pemalas sangat pergi lebur sekali jalan. Untuk harini punya session kitorang guna ketam, udang gemok, sotong, lala, kupang, sotong and isi ikan merah. Lala and kupang tu memang hero of the day. Syok makan walaupon isi dia sebesar bijik je. HAHAHAHA.

Bahan-bahan (Untuk 10-15 orang makan)
Seafood’s
Ketam
Udang Gemok
Sotong
Lala
Kupang
Isi Ikan Merah

Kuantiti ni ikut suka korang la. Bersihkan dan rebus semua asing-asing kalau makan untuk 10-15 orang. Kalau makan 4 orang boleh je kalau nak rebus sekali harung tapi presentation tak berapa lawa la. Isi ikan Merah je yang tak perlu rebus. Yang tu goreng manja dengan sedikit minyak kasik isi dia keras je.

Sayur-Sayuran
Jagung Manis
Kentang
Carrot
Bunga Kobes
Broccoli
Semua rebus

Bahan Kisar (A)
Cili kering – 20 tangkai. Buang biji dan rebus
Blender dengar air dan sedikit minyak

Bahan Kisar (B)
2 labu bawang besar
10 – 15 biji bawang merah
2 labu bawang putih
1 inci halia
1 inci belacan
Segenggam udang kering yang direndam
Blender semua ni dengan air

Bahan Tumis
6 ulas bawang putih – dihiris
6 biji bawang merah – dihiris
Seinci halia – dimayang halus
5 tangkai daun kari
10 biji cili padi (Kalau taknak letak or nak tambah kuantit pon boleh)
Minyak
Buttercup

Bahan Perasa
Serbuk kari ikan
Sos Tiram
Sos Ikan
Gula
Black pepper
Kiub pati ayam

Cara Membuatnya
  • Panaskan sedikit minyak and buttercup dalam setengah bar tu. Bila dah panas tumis la semua bahan tumis sampai naik bau and garing-garing manja. Lepas tu masukkan pulak Bahan Kisar B sampai la garing then only masukkan Bahan Kisar A. Tambah air secawan sampai la cili tu pecah minyak (Maksudnya dia dah masak)
  • Lepas tu masukkan la semua bahan perasa. Sos ikan tu kalau takde boleh ganti dengan garam tapi nanti rasa tak berapa kick. Ikut suka korang nak rasa macam mana. Agak-agak jer la. Tambah air kalau nampak kering sangat. Paham? Time ni bau dia punya sedap rasa macam nak tumbuk je muka orang.
  • Dah masak kuah dia, korang angkat and letak dalam bekas lain.
  • Lepas tu masukkan semula kuah ni dalam 3 senduk dalam kuali then masukkan la seafood’s yang dah rebus awal tadi. Buat sejenis-sejenis sampai habes termasuk la sayur-sayuran. Sayur ni boleh je masukkan semua sekaligus. Jagung tu je I tak masukkan kuah ni. 

Macam ni la rupa kuah Shell Out in the making


Isi Ikan Merah



Ketam. (Broccoli tu letak sekali sebab tetinggal) Tapi masa angkat tu, ambik ketam je. Broccoli tinggal dalam kuali and masukkan sayur-sayuran lain except jagung

Cara Menghidang

Letak la shell out ni atas plastic or any alas. I guna plastic sampah transparent size XL je. Hahahahah. Potong la kasik lebar. I letak sotong, pastu udang, ketam and seterusnya. Sayur letak keliling. Lemon dengan jagung letak dekat tepi. Nanti nak makan jangan lupa perah lemon baru sedap! Makan dengan nasik putih biasa. Dah siap Home-Made Shell Out! Enjoyyyyyyyy!!


So macam ni la cara nak hidang. Longgokkan ajer macam ni. Letak by type ok?



 OMG Sedapnyaaa


Yang ni Along anak buah I punya. Dia suka sotong so dekat dia sotong extra, Udang dia tak makan sebab dia cakap macam lipan. Ngek.


Dapat 4 longgok macam ni. Puas makan.



Kakyang and bakal suami. Si Eddy. Impian jadik kenyataan nak panggil I Makcik and Shein panggil dia Abang Eddy. Menyam. Haha.



Nasik tu nak kasik lawa, masukkan la dalam mangkuk. Penyet-penyet lepas tu taraaaaaa. Cup A. HAHAHAHA

Mak/GF beria la susun pinggan. Bila nampak kitorang buat macam ni muka tak puas hati je. Dia cakap dia tak berkenan. Hahahaha. Yer la Maaaaak. Ni kan Shell Out? Dia cakap ni macam Orang Jawa punya style. Tapi makan dalam dulang. Yang ni kenapa makan atas plastic sampah? Kata De, senang la sebab nanti tak payah dah basuh pinggan. Basuh cawan je. Tapi memang betul, sekejap je dah siap kemas. Sayur-sayur tu banyak yang tak habes sebab portion kitorang ni sebenarnya makan lagi ramai pon boleh. Banyak mana pon nak makan kan? Kata Sazli nanti kat kampung kita buat macam ni jugak. Nasik buat macam tembok, lepas tu dalam dia letak Ikan Patin Masak Tempoyak. Hahahaha. Tak pernah dibuat orang. Tapi boleh je nak try. Tak lama lepas tu trending la. Malaysian ni kalau bab merapu macam ni cepat je trending.



Best makan macam ni. Makan rebut-rebut walaupon obviously cukup je untuk semua orang. Kaklong boleh baling dia punya ketam dekat De. Bebudak ni memang banyak main. Haha.



Tu tengok Guru Besar muka tak puas hati.



Ni selonggok ni, Sazli makan 3/4 dia sorang. Hebat.



Along and Atin makan half way letas tu Auliyya mengamuk nak tido. Haha. Kesian, Gitu la kalau dah ada anak.



Tengok, ada je lagi yang tak habes. Tu alu lesung tu buat ketuk ketam.

Thank you Kaklong menjadik tulang belakang untuk Shell Out Project ni. Tenkiu Abang Amir and De jadik host and sponsor semua bahan mentah. Kitorang masak ni gotong royong sekejap je siap. Yang jadik lambat sebab kuali De kecik. Kata Kaklong kalau nak cepat siap, masak dekat rumah Mak dekat Jengka. Sana dia punya kuali, nak masak orang pon boleh. Hahahaha. Kalau korang taknak renyah, kuah dia buat la awal and masukkan dalam Freezer. Esok time orang datang, tinggal setelkan kuah dengan Seafood’s je. Tak la besepah sangat dapur and kurang la penat. Boleh put ni dalam menu if nak jamu sedara-mara. Beli la bahan dekat Pasar Borong lebih murah. Make sure segar and udang mesti gemok. Ketam tu kalau nak puas hati guna ketam nipah. Hidang dengan cocktail sejuk, Perrrrrrghhhh! Selamat Ber Shell Out semua!


-eNd-

8 comments:

aisha said...

terima kasih.. panjang umur share resepi sedap.. soklan.. kalau cili kering tu lebih dr 20 tangkai boleh? ke kena 20 tangkai gak?

Amanda Suria said...

Bestnyaaaa....makan ramai2 mmg best nak plak rebut2 meriah

Mimy Hamid said...

sue aku gelak tgk mak girlfren muka tak puas hati..memang bengang habis dia ketua..comell

Rodiah Amir said...

as salam..kak sue.. tumpang comment sini.. psl roti jala tu yg kak su kasik comment tu.. mehla order dgn saya.. contact sy ok 017 - 9270848 [rodie]

asma el Kareem said...

Syabas....tak tahu menahu tentang shell out ni.. hehehe..alang-alang dah share resipi tu minta halal ye...tq so much for the entry

hainom OKje said...

Menariklah....ingat nak try buat jugaklah. Senang je buatnya pun. Sebab sejak viral shell out ni mmg belum pernah merasa....
Tq ye Su...

Faizah Syakira said...

bestnya makan ramai2 macamni. mesti macam2 peel. hahaha

Yatie Owner said...

seronok tengok reramai makan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...