Tuesday, July 17, 2018

Chow Kit Yo!

Assalamualaikum..

Sapa pernah pergi Chow Kit? I pernah! Masa bulan puasa baru-baru ni dapat chance menjelajah ke Chow Kit dengan Kaklong and Intan, rasa macam a different side of KL. Tetiba rasa macam tak sangka la KL ada tempat macam ni. Biasa kan kita pusing-pusing Ampang/KLCC je hahahaha. I ada la rasa macam takot sikit sebab sini dia punya society macam lain sikit la. Jenis semua kerja yang kerja keras angkat-angkat barang so bila buat kerja muka macam serious je, mak takot. Lepas tu maybe ramai pekerja Indonesia dekat sini semua muka garang hiuhiu. Betul la wei sini semua ada. Ikan/Sayur/Ikan Bilis/Bunga/Perkakas hardware and many more. Mak Bapak je takde. Actually I pergi tu sebab nak beli lampu lip lap untuk office. Dari tepi-tepi jalan kitorang masuk sampai kedalam. Tu yang tetiba terbeli Ikan Bilis, Cendawan Kukur segala hahahaha. Pakkal la tak cukup tangan nak jinjit kalau tak dengan tong air pon I nak beli. Sebelum balik, tapau pulau Murtabak and beli Cucur Udang sebab Kaklong cakap sedap. Dah la puasa time tu Ya Allaaaaahhhh rasa macam nak nanges. Air Milo yang jual tu pulak nampak berpeluh-peluh. Kuatkan lah imanku. Dah la panas. But al-hamdulillah I tak tergoda dengan Mc Donald yang dua orang tu. HAHAHAHAHA. I sangat appreciate I punya experience dekat Chow Kit ni. Tak reti nak put into words macam mana but sesekali datang tempat macam ni, I sedar yang tak semua orang kerja senang mengadap PC pakai handsome dan wangi tapi orang cari rezeki dengan macam-macam cara dan I rasa dorang happy je dengan apa yang dorang buat. Sebab tu Allah jadikkan manusia pelbagai peringkat dan golongan. Dah kalau semua kaya, sapa yang nak jual ikan. Kan? I tengok je bebudak baya Shein lari-lari area sini pakai baju macam kotor je… Haih… Anak… One day, Mama bawak Shein datang sini so that you can learn it’s not easy to earn money and macam mana orang lain hidup Ok?


I datang sini dengan Kaklong and Intan. Lepas tu macam biasa kita berangan and play tourist. Kitorang parking dekat Plaza Safuan lepas tu jalan kaki la. Tak jauh pon.



Ni Ikan Patin Salai tak silap I. Sini kan, ada jugak jual lauk-pauk. Nampak semua pon sedap. Harga pon murah cuma I tak sempat nak snap gambar je. Plan nak beli bila patah balik but sekian, balik ikut jalan lain.


Nampak tak tu ada jual kerepek. Sini macam franchise pon ye jugak. Semua kedai memang jual menda yang sama ke?


Kerepek, bahulu, dodol…


Bunga pon ada. Sirih pon ada la wei. Limau purut pon ada. Alamak, macam mistik pulak. 


See ada terung pipit and petai. Kata Intan, anggur. Banyak la ko anggur.


Intan with terung pipit. Sedap ni buat sambal air mata berdarah.


Jering and Cendawan Kukur pon ada jugak. Sapa kata KL takde menda-menda macam ni. Adaaaaaa. Cuma kena pandai carik je.


Ko tengok, Tikar Getah pon ada jual kat Chow Kit. I pon sempat beli ramekin 10 bijik. Taktau la nak buat apa. Saja beli buat pemangkin semangat nanti konon-konon kat rumah baru nak baking. Cecece.


Sebelum balik beli Murtabak. Sini sedap tau Murtabak dia. RM3.50 sekeping debab.


Ada ayam and ada daging. No no tel dia. 018-2703483 Hafiz. Kalau korang nak order boleh, nanti dorang delivery. But maybe area KL je la kot?


Tak cukup dengan Murtabak, kita tapau pulak Cucur Udang. Kata Kaklong kat sini sedap Cucur Udang dia and memang sedap pon. Paling special is dia punya kuah. BTW, That's my sister, apesal you nak manja-manja dengan kakak I? 


Gerai ni dekat depan Plaza Safuan tu. Sebelah tu ada jual buah-buah. Pepandai la korang carik.

 

Laksa pon ada la wei. Tapi Laksa I tak beli.



Siap beli makanan, kitorang patah balik kat jalan menuju ke Plaza Safuan tu untuk beli lampu lip-lap. Puas meneroka Chow Kit, tak jumpa pon lampu-lampu. Sudahnya banyak beli makanan je.

Actually sebelum masuk Chow Kit tu kitorang dah jumpa dah lampu-lampu semua ni, tapi kata Intan kat dalam ada jual lagi tu yang kitorang nak carik tu. Tapi sudahnya takde pon but it’s Ok, dapat jugak tengok-tengok apa yang ada kat dalam Chow Kit tu. I actually suka jugak kat sini sebab banyak jual sayur but tempat jual sayur dia a bit spooky. If korang nak datang sini bawak la kawan and jangan datang sorang sebab macam bahaya jugak. Bak kata Intan, nak pergi sini kena check Etika Berpakaian. Takyah pakai cecantik. Pakai baju basahan and selipar je, senang nak lari kot kena kejar dengan anjing. BTW kat sini memang ada anjing pon. Tapi anjing dia tak kacau I pon. I dah jeling dia, lepas tu dia takot (or maybe malas nak layan pempuan giler ni so dia tido balik). Hahahahaha. TQ Chow Kit, Intan and Kaklong for my beautiful experience at Chow Kit. InsyaAllah one day I will come back here. I dah pergi Chow Kit. Ko pernah? Wooooot woooot!

-eNd-

3 comments:

Amanda Suria said...

best la Sue, new experience kan..SA x pernah pi Cho Kit..lalu pernah la..asal i nak pi jer orang sebelah bagi jelingan meninggal..stress

Mimy Hamid said...

Hahaha megat site chow kit ...aku tanya apa best dia kata takde apa ..nampak sgt tkaut wife perabis duit

Chooyaya! said...

SA : Kena pergi sekali tau? Best!

Mimy Hamid : Yerla, haritu jumpa Pak Megat dekat sana. Hahahaha. Eh, ko kena pergi. kutip experience. Best!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...