Monday, July 16, 2018

Open House Puspa, Kidd and Hani

Assalamualaikum..

Tahun ni open house memang back to back every week. Tu terpaksa jugak decline a few rumah sebab jem boleh tahan best la. I panas bontot dah ni duduk dekat belakang dengan Shein. Naseb Saz yang drive, kalau I yang drive mau bekandang dah babi keluar. Hahahahaha. Macam masa hari kejadian ni dari Ampang – Bukit Antarabangsa ambik masa sejam setengah wei. Giler ke apa??? Merangkak-rangkak perginya Ya Allaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah. I rasa kalau jalan kaki lagi cepat sampai kot?  (Basah la sikit ketiak tapinya kalau jalan kaki). Untuk this week on Saturday kitorang gerak 3 tempat. Rumah Puspa dekat Bukit Antarabangsa – Rumah Kaklong – Rumah Kidd and Hani. Tak balik rumah dah sebab malas nak patah balik ke Ampang nanti nak keluar dengan jem balik lepas tu tambah pulak dosa sebab asyik nak marah-marah je sebab jem baik duduk je dekat Bukit Antarabangsa rumah Kaklong sampai la around 7.00pm mcm tu kitorang gerak ke rumah Kidd and Hani dekat Wangsa Maju. Tu pon eeeeh dia nak jem jugak tu? Biasaaaaa dia. Kata Sazli, duduk sekejap je dekat rumah Kidd sebab dia nak tengok World Cup dah janji dengan Abang-abang rumah. Lagipon Shein ni boleh tahan huru-hara dia kalau dekat rumah orang. Nak pulak ada geng. I agak, mau terbalik rumah dorang ni kang. Hahahaha. Masa I sampai tu ada Miera dengan Eddy lepas tu barulah Asma + Go, Apis + Farah, Acap + Shima and Fruz + Rish sampai. Actually tak ingat pon turutan sapa yang sampai. Ni pon main petik je sebab I dah tuwe la tak ingat. Tak sempat dah nak tunggu bebudak lain datang sebab memang penat giler. Si Shein dengan Anyaa+Aqli dah tag team buat bilik Hani macam taman tema dah. Sebelum ada yang seronok sampai terjun tingkap baik la I beredar dulu. Tak sempat nak borak lama dengan Farah and Asma daaaah kena balik. Masa nak pergi rumah Puspa tu pon actually janji dengan Huda nak jumpa dekat sana, naseb la dia tak tunggu kitorang kalau tak memang mereput la sebab jemmmmm.


Sebelum jadi belacan, amek la gambar ayu sekeping.
 


Bersama Puspa, Tuan Rumah. Asalnya Blog Reader. Lepas tu dia order cake dekat Huda so lagi banyak jumpa Huda dari I. Ex-Stewardess Puspa ni sebab tu cantik. Anak-anak dia, anak buah dia, kawan-kawan dia pon semua cantik-cantik. (Rumah pon)


Luas rumah Puspa. Siap boleh pasang tent dekat tepi ni. TQ for having us. Makan pun semua sedap-sedap! Ada kambeng, ada froyo. Best!


Tengok muka Sazli. Hahahaha. Dia memang dah tak larat sangat dah time ni.


Hani every year mesti ajak kawan-kawan datang rumah dia. TQ Hani. Kat rumah Hani pon ada banyak foods. Ada nasi + lauk, soto, kuih macam-macam jenis tapi I menung je tengok sebab tak larat dah nak makan. Bila sampai rumah, perut dah kosong balik baru menyesal.



Shein. Mana dapat idea ni? Ni Rak buku Hani + Kidd ni. Naseb tak roboh. Muat pulak tu dia masuk.


Naaaaaak jugak Aqli and Anyaa. Boleh pulak duduk berlapis-lapis macam ni. Take turn. Hahahaha.


Kidd nape tu? Perut dah naik ke? Tengok Go kurus giler kan? Dalam masa 4 months turun 20kg over kot? Dia cut sugar 100% + lari 10km sehari. Memang kurus! Eh, tapi Ajan yang handsome pon dah kurus jugak la. Haritu tak sempat nak tengok Ajan. Acap tu kenapa, nak tayang perut jugak ke?


Ambik gambar before balik. Dari Kiri : Shima, Hani, Asma, Farah, Rish, Siti Nohaliza and Miera.



I tak sempat jumpa dengan Aliah, Effa, Syikin, Kawan Shanom and Marsha. Dengan Shanom yang cantik je sempat jumpa sekejap tapi sebab gambar selfie tu mata I macam lari sikit so taknak lah share dekat sini. Hahahaha.

Kata Aliah, dorang balik lewat giler almost 1.00am eh? Hahahaha. Time tu I dah melingkup dah dekat rumah. Masa I dah balik tu dalam 10.30pm++ I tanya Shanom ‘Shanom, kenapa lambat sampai. Dah tak sempat borak. Syikin dah sampai ke?’ Lepas tu Shanom cakap ‘Maksu Rasa?’ HAHAHAHA. Tak sampai lagi la tu.  Syikin memang kalau ada apapa paling lambat sampai. Kalau kenduri pukul 1.00pm nanti Syikin kena siapkan anak-anak dia pukul 9.00am. Takpon nanti kalau dia lambat dia akan cakap ‘Aku dah cepat Maksu, tapi Ucop beraaaaaaaak’. Hehe. Now Ucop dah besar, dah masuk Darjah 2 pon. Lama dah tak jumpa dia. Nanti katanya nak buat Reunion lagi, tapi taktau la kali ni apa alasan. Yang last year cakap sebab Azrul nak kawen, tapi elok je I tengok tak kawen-kawen sampai sekarang. Kena game je dengan Azrul ni. Pui! Dorang mintak I jadik Organizer, iyerlaaaaaaah. Ada yang kena tunggu 10 tahun lagi baru ON. I bizi la menyelamatkan dunia. Mana sempat nak buat kerja lain dah ni. Ni pon kadang-kadang yang Part Time Power Rangers Kuning pon I ambik 4 jam je. Tak sempat la. Bizai.

-eNd-

2 comments:

shedevil said...

Bizai tu sejenis apa..Haha..

Chooyaya! said...

shedevil : bizai tu bizi hahahahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...