Thursday, September 8, 2016

Intan, Gold Investment, MLM, Insurance dan Tolls (Semua cerita ada)

Assalamualaikum..

Semalam Intan sleepover dekat rumah I. Dah lama dah dia tak datang rumah sebab dia bizi dengan study dia. Ni pon muka dah macam sotong sebab class dia dah nak start bulan 10 ni tapi sempat lagi dia plan nak pergi Sydney minggu depan dengan cousin dia. Intan ni berjalan jer kerja. Tiap-tiap tahun oversea wajib. Local pon kalau berjalan, dia nak naik flight je. Nanti bulan 10 dia nak pergi Kelantan sebab nak beli emas. Hahaha. Ongtue sangat perangai. Intan memang suka barang kemas. Main kutu pon sebab nak beli emas. Ingat tak dulu ada skim emas ke apa entah, beria join lepas tu dia punya  gold investment telah mendatangkan kerugian pada Intan almost RM4,000.00. Kata Dyba, ‘Tu la akak, kedekut sangat nak beli handbag. Last-last duit burn jugak. Kalau tak dah dapat beli handbag’. Nak terkeluar bijik mata Intan jeling Dyba. Hahaha. Tu laaaaaa konon nak kaya sorang-sorang, diam-diam budak berdua tu masuk gold investment. Taknak bagitau Kaksu, nanti Kaksu bising masuk menda-menda macam tu. Sekali bahagia la 2 bulan dapat RM180.00 kot? Masuk bulan ketiga habes semua duit burn. Dyba dapat balik duit dia sebab pakai suami sebagai back up. Intan nak guna sapa? Sian Intan. Puas dia mintak kat budak tu nak duit dia balik. Bayar bulan-bulan pon takper la. Tapi whatsApp blue tick and tak respon sampai sekarang. Sangat tak bertanggungjawab. I pon taktau la nak cakap apa. Pada yang aniaya orang macam tu, menjawab la dekat akhirat nanti.


Balik dari ambik Shein from school, bawak Intan and Shein dinner terus dekat Green House


I memang dari dulu tak berkenan dengan Gold Investment, MLM semua ni. Tapi dalam pada tak berkenan, langsai jugak la RM3,000 masa dengan Yatie dalam tahun 2005 dulu kot? Lupa dah. Ingat tak Lamberger? Eeeeee menyampah giler ok kalau pergi talk dia tu (kalau ingat balik). Apa kabar semua???? Luar biasa baik…!! Jawab dia. Atau kalau dalam English, ‘How are you today?’ Jawabnya macam ni. ‘Good very good YES!’. Hahahaha. Masa tu I dengan Yatie nak masuk yang level berapa entah. Dalam 14k kot? Nak share dua orang. Yang paling murah RM3,000. Lepas tu 14k, lepas tu 30k tak silap. Duke la, Marquis la. Kentut betul. Naseb la RM3,000.00 je sebab I dengan Yatie sanggup nak buat loan Bank Rakyat untuk masuk yang RM14,000 tu tapi tak boleh sebab loan Bank Rakyat masa tu dibekukan ke apa entah. Kalau tak selamat gone semua RM14,000k. Padahal gaji masa 2005 tu entah berapa sen je. Tu kalau dengar dia punya talk, semangat naik mencanak. Ada yang sampai nanges-nanges. Ko tengok punya pandai dia punya speaker ajar kita supaya join. Siap ada syarat. Lepas transfer duit, kena diam. Jangan bagitau sapa-sapa. Lepas seminggu baru start kerja.

Now pon ada yang approach suruh buat Insurance, beli simcard semua. Semua ni sebenarnya besangkut  dengan MLM jugak. Suruh support kawan-kawan. Support punya pasal la simcard tak guna ada 3 dekat rumah. Lepas tu bila ada kawan lain pulak suruh support, so kena la beli lagi. I paling tak berkenan dengan ayat, ‘Macam ni la kawan-kawan, taknak tolong kawan. Mana la Melayu nak maju’. Urrrrghhhh rasa macam nak hantuk kepala dekat dinding pon ada. I pon buat business jugak tapi takde pulak paksa kawan-kawan jadik Agent. Takde pon hard sell approach sorang-sorang suruh beli apa yang I jual and cakap ‘Tolonglah beli walau tak pakai, support business aku’. I takkan buat something yang I tak suka orang buat pada I. I ada je kawan-kawan rapat yang berjaya buat Insurance. Tapi dorang takde pulak paksa-paksa I untuk join. Betul, Insurance dengan MLM ni kalau buat betul-betul dan kesungguhan akan berjaya, tapi bukan I la. Tak yah la bagi motivasi macam , ‘Buat apa ko nak business, buat pening je nak fikir operation cost, marketing semua. Baik jual insurance, sesenang je buat duit. Pergi office pon tak payah’. Kot yeeeeeeee pon nak suruh orang percaya method ko, takyah la sampai nak kondem apa yang orang lain buat.

I ni kalau tengah down, I akan take time untuk ok balik. Bagi I relax. Takyah la jam-jam tu jugak nak bagi Motivasi ke apa. Lagi menyampah ada. Anny memang dah masak dah dengan perangai I. Manusia paling tahan denga angin I ialah Anny la. Kekadang I tengah takde mood, dia tengah bercakap besungguh ni. I cakap ‘bye’ and letak phone terus. Dah. Dia paham and bagi I time to cool down, sebab lepas tu I akan cari dia balik. Dulu masa tak paham lagi perangai, dia bagi la motivasi Aliff Syukri dah muflis 7 kali  la apa la. Lepas tu I cakap, ‘Lagi ko bagi motivasi lagi aku menyampah. Tak payah. Bagi aku time nanti aku ok’. Time nak bagi motivasi paling bagus bila time relax tak stress. Kalau I nanges, time-time tu jugak bagi kata-kata semangat memang makan kasut la jawabnya. Hahahaha.

Sebenarnya entry ni tadi I nak cakap pasal berapa I spend sebulan untuk isi minyak kereta, parking and tolls. Tetiba tercerita pasal emas, insurance and MLM pulak. Hahaha. Mudah sangat distracted. Kata Intan masa otw dari rumah nak pergi office 10 minutes dah sampai. Sekejap jer. Memang la. Sebab I bayar tol RM15.00 sehari. Akleh RM5.00 (pergi balik) and lalu parking KLCC RM10.00 everyday pergi and balik dari Akleh terus masuk parking KLCC and keluar bebetul depan office I so dapat potong semua jem dekat Jalan Tun Razak. Minyak I isi RM50.00 seminggu. So sebulan RM200.00. Season Parking Office RM100.00. Toll RM15x22 = RM330.00 so total is RM630.00 untuk minyak, parking and toll tak termasuk parking yang bayar kat KLCC waktu lunch. Semenjak kerja Menara Felda since 21 bulan lepas, I dah menyumbang KLCC parking untuk lalu sahaja tu dalam RM4,620.00 dah. Perrrrrrghhhhh! I rasa, KLCC kena bagi I loyalty card la. Kan? Tak pon dah kalau I bayar untuk lalu parking KLCC RM220.00 sebulan baik I ambik dia punya season parking je. Baru RM180.00 sebulan. At least kalau datang tengahari tak payah dah bayar parking. OMG baru terfikir! Sekarang jugak I nak call KLCC management office. Dah jimat dah dekat situ. Okbye!

-eNd-

5 comments:

Unknown said...

Salam Kasu,

Cube kak su try lalu parking klcc tu guna touch n go. Rasanya kalau guna touch n go x kene charge utk 1st few minutes. So idok ler membazir. hihi.

Chooyaya! said...

aizadtul amernurhawa : guna touch n go la tu. kena rm5.00 siap gst jadik 5.30 lagi kalau tak silap. kalau bayar cash kena rm5.00 jer. klcc ni aci masuk je kena charge terus. bukan first 30 minutes free.

42766176 said...

bukan ke season parking dia 1000 waiting list? mcm susah kot kan nak amek season parking

Unknown said...

huwaa! kejamnya klcc ni. last time xde charge pun. ciss sangat! lepas ni kak su mintak jadi duta suria klcc k. hahaha

Anna Dayana said...

shein.. u love mama? NO.....
Shein.. u want ice cream? NO..
Subtitle ada ke x eh abg saz ? NO..
Abg Saz.. cerit ni best x? NO...

omg.. ini keluarga semua say NO la..