Thursday, September 8, 2016

Memory Zaman Sekolah Dengan Projek Sayur Hydroponic

Assalamualaikum..

Korang pernah tengok tak The Successful Story of A Bright Girl? Cerita Korea yang Jang Nara berlakon tu. Dia budak sekolah, Mak Ayah jenis tak berapa cerdik tapi confident. Memang sakit hati. Lepas tu dia sayang Nenek dia and dia bercinta dengan anak orang kaya yang dah takde Mak Bapak. Tu pon kenal sebab kerja jadik tukang gaji dekat situ. So irony. Tapi anak orang kaya belagak and poyo la. Biasa la typical cerita Korea. Hero mesti belagak. Jenis nak dekat heroin, tapi belagak lepas tu GF miskin. Hahaha. Dalam cerita tu I suka tengok Jang Nara ni sekejap. Tapi dalam cerita tu je la. Bila dalam My Love Patzzy pon berlakon bodoh-bodoh alang jugak terus menyampah. Malas dah nak tengok. Orang yang pandai tapi suka buat-buat bodoh sebab bajet kalau lurus bodoh ni nampak comel memang annoying. Yang suka act dumb for attention ni eeee rimas ok? Orang suka nampak pandai, dah ko yang nak jadik bodoh sangat kenapa? Dulu ada sorang I kenal, now dah takde dah. Dah resign. Jenis tanya, ‘Intan, beli lipstick kat mana eh? Yang pakai kat mata tu apa eh? Eye shadow tu apa? Macam mana nak pakai?’ OMG tu pon taktau. Lepas tu dia penah cakap tak bagi husband dia datang company dinner sebab nanti nampak Kaksu, lepas tu suka kat Kaksu macam mana T___T Mati la nak. Hahahhaha.


Dalam cerita tu, I suka tengok part Jang Nara makan BBQ lepas tu dia balut BBQ tu dalam salad. Salad tu dia petik sendiri dalam pasu. Lepas tu dia marah la BF dia sebab ambik salad sampai akar. Bila ambik sampai akar nanti macam mana daun nak tumbuh kan? Nampak dia makan tu sedaaaap je. Alhamdulillah merasa dapat makan macam tu masa pergi Korea last year yang entry sampai sekarang tak siap. HAHAHA. Entry Itali, Barcelona pon tak siap. Takyah la tanya bila entry Korea nak sambung. Yang entry Tanah Aina ni pon entahkan bila nak buat. Wahahahahaha. Masa I tengok Jang Nara tu petik salad, ada la rasa teringin nak tanam sayur sendiri dekat rumah tapi fikir balik, I ni jenis beremosi so baik tak payah la. Ingat kalau tak bercucuk tanam, I nak tanam Sawi Kerinting sebab reminiscing back memory masa sekolah dulu.



Beginilah rupa Sawi Kerinting. Gambar ambik dari sini. 
Click read more for continue reading

Dulu kan masa zaman sekolah menengah ada subject pertanian? I ingat lagi nama cikgu I tu, Cikgu Ibrahim. Dia yang ajar subject tu. So ada part yang semua student kena tanam sayur hydroponic. Seronok sangat la masa ni dapat tanam sayur. I ambik sawi kerinting. Kawan I masa tu Kasmawarni, Julelawati, Linda Hayat, Idayani, Hanim, Zamroszita and Zuraslinda.  Semua ambik sayur lain-lain. Tu satu geng la, satu kelas. Tak sure Form 1 or Form 2. Kitorang pon semai la benih and lepas tu letak la dalam rumah khas untuk bebudak tanam sayur hydroponic ni. Masa tunas naik dalam 2 minggu tu, tetiba bebudak ni bagitau yang I punya terbalik sebab kena langgar dengan biawak. I punya nanges teruk giler. Hahahaha. Jenuh cikgu Ibrahim nak pujuk OMGGGGGG. Nanges teruk giler sampai baring dekat lantai. Dah nak salahkan siapa? Takkan nak cari biawak bawak bicara masuk court? Tabah je la kawan-kawan I masa tu melayan I nanges and teman tanam balik biji benih from scratch. Cikgu pon sampai taktau dah nak buat macam mana nak pujuk I. Lepas dah semai biji benih, finally I punya bertunas and membesar. So bila rasa dah selamat and membesar, kitorang pon dah jarang tengok. Tiba masa nak tuai, Cikgu pon suruh la ambik masing-masing punya sayur and bawak balik bagi kat Mak suruh masak. Lagi sekali drama.

I punya sawi kerinting, kena lilit dengan Maznah Hassan punya Kangkung. Daaaaaaaaaaaaaah nanges lagi. Dah nak kena pujuk lagi sekali. HAHAHAHHAHAHA. I dulu kerja-kerjanya nanges je masa sekolah. Manja nak mampos! Masa tu lama la I tak tegur Maznah sebab sayur kangkung dia lilit sayur sawi I. Kan kangkung jenis menjalar? Kesian Maznah. Serba salah dia nak pujuk I. I teringat I taknak cakap dengan dia and jeling dia sampai nak terkeluar bijik mata. Masa ni pulak Zuraslinda jenis kaki bakar and menyakat lagi la teruk I merajuk. So, dari I tanam sayur and dalam proses tu ada tragedy baiklah aku beli je salad kat kedai lagi selamat. Kang kerja-kerjanya menanges tak ok jugak. Hahahaha.

Bukan tu je yang I menanges dekat sekolah. Ada lagi. Merajuk dengan Makcik kantin pasal masa I beratur nak beli nasik, by the time sampai turn I, nasik habes. Padahal pagi tu dah pesan pada Makcik tu, tinggalkan I satu. Dia lupa. Ada banyak lagi la, tapi I pon dah ingat-ingat lupa. Untuk sohabat-sohabatku yang redha dengan perangai cembeng zaman sekolah dulu, I mintak maaf banyak-banyak. Korang bernaseb baik sebab melayan I 5 tahun je. Bebudak dekat office ni lagi la tabah. Dah la lagi muda dari I. Ingat tak kes I nanges sebab Kalah Nasyid last year? Tu lagi ramai involve. Bebudak office, CEO, Sazli, Bapak, Abang Sham Kamikaze semua pujuk cakap ‘Tt's ok, you did a great job. Takde luck je’. Dia punya moody makan berapa hari baru nak ok. Macamkan solo, padahal back up singer je. Hahahaha. I ingat I umur berapa yang nak manja macam ni eh? Hahahaha. I agak, ni nature perangai anak bongsu kot? So I tak bersalah. GF la bersalah sebab tak bagi I adik.

So kepada yang ada cita-cita nak tanam sayur dekat rumah sebagai hobi, I ucapkan selamat maju jaya. Kalau rasa jenis tak sabar and hati tak kental, tak yah la buat. Kang nanti dah semai biji benih, lepas tu kena kais dengan ayam ke apa jangan pulak frust. Kalau I, tak kuasaaaaaaaaaaaaaaaa. Baiklah beli je dekat pasar. Tapi kata Boss I, tanam sayur ni macam satu kepuasan. Dari semai, tengok anak benih bercambah, lepas tu membesar and kita tuai sendiri, perasaan tu lain. Sebab tu ramai orang yang dah pencen, dorang suka tanam sayur. Nanti lepas membajak, tengok pokok hijau je so hati rasa happy. Jiwa pon tenang. Hurm…. So kena la think back untuk tanam sayur if nak tenangkan jiwa, tapi sekarang ni rumah pon atas awan, kita simpanlah niat nak tanam sayur sampai ada rumah atas tanah. Kbye.

-eNd-

1 comment:

arron said...

Great article, love your sharing so much, thank you!

arron
http://www.vmotoonline.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...