Tuesday, September 27, 2016

Kedai Makan Wan Telor Berlada

Assalamualaikum..

Sabtu lepas budak demam tonsil mintak Sambal Telur Berlada sama macam yang dia makan last week dekat Wan Telor Berlada Kampung Kuantan, Klang tu. Kata Sazli, tu la kedai makan yang dia selalu datang masa dia study dekat UiTM Shah Alam dulu. A week before, kitorang pergi rumah De dekat Shah Alam, lepas tu Sazli ajak tapau dekat sana. Dia ingat-ingat lupa jalan nak pergi sebab dah berbelas tahun kan tak datang? So jalan macam dah lain. Masa nak sampai tu, Sazli doa doa doa supaya kedai tu ada lagi. I nak gelak pon ada. Nampak excited sangat-sangat dia. Kata dia, masakan kat situ sedap-sedap and murah pulak tu. Nasik + Telur Berlada pon baru RM4.00 kalau tak silap. I pon wonder macam mana la rupa menda  yang dia suka sangat tu. Kedai tu depan masjid, and bila nampak kedai tu ada lagi, Sazli cakap ‘Ya Allah, syukur Alhamdulillah ada lagi kedai Abang Wan ni. Ni la tempat I makan dulu Bubu… Sini sedap, murah pulak tu. Sebelum datang kitorang call Abang Wan ni dulu. Abang Wan ni pon baik sangat-sangat. Boleh ye Bubu I tapau?’ Halololo sayu benar nampaknya. Yer la kan? Kenangan masa zaman dulu kekadang bila ingat balik, mesti la rasa sedih. Masa parking, ramai orang dekat kedai makan ni. Sazli terus carik Abang Wan, tapi kata pekerja dia Abang Wan pergi surau :)


Ni la set Nasi Telur Berlada. Ada Nasik, sambal telur, timun and sup kosong



Tak pernah terfikir pulak lauk macam ni orang boleh buat set makanan. I ada jugak buat Sambal  Telur tapi usually yang telur pecah je. Tak hancur macam ni. Yang ni memang hancur macam telur cheh. Telur cheh tu kalau kat kampung kitorang panggil untuk scramble egg yang letak kicap. Favorite De and Along. Kalau sahur biasa nak selera makan memang buat la telur cheh ni. Dekat kedai Abang Wan ni ada macam-macam masakan panas lain Ala Thai. I ada google and baca review dari orang lain, semua cakap sedap dan murah. Nampak gambar pon macam sedap jugak especially dia punya tomyam and telur bungkus. Yang paaaaaling penting memang murah habes! Makan lauk macam-macam untuk 4 orang pon tak sampai RM50.00 padahal lauk penuh satu meja. Korang mana yang duduk area Shah Alam boleh la datang sini. Gerai biasa-biasa je tapi sedap and murah.


Yang ni set Nasi Telur Berlada dengan Daging.


Ni De datang makan dekat sini dengan husband dia. Saja nak rasa sebab Sazli asyik cakap sedap.


Macam ni la rupa Kedai Makan Wan Telor Berlada. Simple je kedai dia.


Sazli tapau la nak makan dekat rumah De. Dia ambik dua set, telur and telur + ayam


Masa first mouth I nampak air mata dia bergenang lepas tu dia cakap, ‘Ya Allah… Sama’


Hahahaha omel sangat ni! Sama tu maksud dia ialah rasa yang sama. I pon makan, rasa macam sambal telur biasa je. Takde pon extraordinary ke apa. Lepas tuuuuuuuuuuu I rasa yang I buat macam lagi sedap je? Kah kah kah. I offer pada Sazli, nanti I boleh masakkan dia macam ni and lebih sedap dari ni. Confident jeeeeeeeeeeeeeee. Hahahaha. Tu yang masa Sabtu lepas I masakkan dia. I rasa dah sedap habes dah tapi Sazli kata rasa lain, tak sama macam Abang Wan punya. Maksudnya apa? I masak tak sedap ke? Berani dia cakap tak sedap? Hahaha. Kata Sazli ‘Sedap Bubu, tapi rasa dia je lain. Agaknya Abang Wan ada secret ingredient kot?’ Menyirap pulak I dengar. Secret Ingredient apanya? Sambal telur hancur je kot? Cis! Acane boleh tertewas dengan Abang Wan ni? Kah kah kah. Tapi lantak la. I tetap rasa I punya lagi sedap sebab I punya lagi merah cinta membara dan dimasak lama sambal tu penuh dengan kasih sayang. Ko ada?


Sambal Telur Hancur by Siti Nurhaliza.

Resepi sama je macam yang I buat Sambal Telur Pecah tapi yang ni telur dia tu masuk je dalam sambal telur hancurkan. Tips : Korang masukkan telur sebijik-sebijik sebab takot nanti telur terlebih dah tak sedap pulak. Untuk sekuali sambal I rasa cukup 3 biji telur sahaja. Jangan korang bedal masuk 5 bijik sekaligus kot ye pon excited. Ok? Resepi boleh ambik dekat sini. Makan dengan nasik + kicap manis. Dah tu je. Takyah lauk lain. Memang layan habes. Perrrggghhhhhhh!! Tengok gambar dah tau sambal telur hancur I sedap. HAHAHAHHAHAHA. Masuk bakul angkat sendiri. Eh biarlaaaaaaaaaaaaaaaah! Ko apa tau?

Wan Telor Berlada
Lokasi : Berdekatan dengan Royal Club Klang, 
New Colombo Restaurant dan SJK(C) Taman Rashna
Bersebelahan dengan Masjid Kampung Kuantan

-eNd-

5 comments:

Unknown said...

kita pun memang pernah makan kat sini time lunch.. memang ramai orang..

Naily's Kitchen said...

Saz nampak macam garang/rock.. tapi lemah lembut dan santun orgnya. kaksu nampak cam lembut tapiiiiii garang..hihii..tapi kaksu baik hati yang penting cantik cam siti nurhalijah..kahkah
kaksu ni.. tu kan makanan kenangan zaman dulu2 dia, mesti spesel sikit.. bukan kaksu masak x sedap, tapi rasa kenangan tu..tu yg buat lain tu..hehe..mandai je kan..

Emy Tak Kecik said...

masa study dulu pernah makan sini. ada lagi kedai ni. bila baca entry kak su baru terimbas balik. rasa dia mmg lain dan win kat tekak :D

Unknown said...

Masa study kt uitm dulu (2004-2006) selalu pergi mkn kt cni. Memang terbaik.

adynoor said...

sdp kan