Assalamualaikum…
Woo Hooooo!! Harini dah siap postage 30 Trial pack
for ANNESURAYA Skincare yang digembar-gemburkan 8 tahun lepas. 30 pack je
harini. Tak tau la sapa yang bertuah tu. Lagi 80 juta pack tunggu esok/lusa
tulat lah. Harini semua orang bizi bizi bizi sampai ada yang tak sempat nak
makan pon (semestilah bukan aku wahahahaha). Untuk yang tanya dorang punya nama
dapat ke tak FREE Trial Pack ni, Sorry I dah tak pegang database. Bukan I yang
key in, I cuma collect data je jadiknya memang tak boleh nak trace
sorang-sorang kalau ada yang tanya. Boleh sebenarnya nak check tapi mati laaaa
nak, I ni dah macam sotong dah buat kerja. Kekadang rasa 24 hours yang Allah
bagi tak cukup. Ishk malas la nak bebel banyak-banyak, bak kata Anny ‘Jangan merungut pada rezeki Suraya’.
Baiklaaaaaaaaah! Konsep dia senang je, sapa yang WhatsApp I and email I lepas
tu I ada reply yang ‘Thank you sebab
sudi untuk cuba skincare ANNESURAYA. Bila pakai nanti, tolong bagi feedback and
testimonial OK?’ Kalau dapat reply cenggini InsyaAllah tersenarai la
korang dalam senarai penerima (Dah macam ayat BR1M pulak kah kah kah). Mana
yang komen dekat FB menyirap macam ‘Su,
aku punya takde ke?’ Jawapan : Memang takde sebab I dah cakap banyak kali,
jangan tulis panjang-panjang, bagitau je nak cuba and bagi Nama, Alamat, HP
Number. Dah. Kakak tiri kau ni mana boleh bizi sikit, nanti dia mula la
serabut. Anny tu pakkal la sabar je dengan angin puting beliung I ni, kalau la
I dengan dia laki bini memang dia dah kena cerai dengan I 18 kali kot? Hahahaha.
ANNESURAYA Skincare. 5 in 1 ok? Ada Facial Cleanser, Toner, Day Cream, Treatment Cream and Night Cream.
Taaaapi untuk Trial pack ni sabun kita bagi dalam bentuk ketul sebab sabun tu tak sempat nak mencair. Hahaha. Lawak ke tak ni? Nanti untuk pack sebenar dia dalam bentuk liquid tapi isi kandungan sama 100%. Toner pon takde. Kalau nak tunggu toner siap kena tunggu lagi 80 tahun, sanggup ke? So konsep dia sekarang kena bersyukur dengan apa yang ada. Ok? Mintak mahap banyak-banyak sebab boleh bagi yang ni je. Sabun dia tu bapak la best ok? Bila pakai rasa muka sebersih-bersih alam and langsung tak buat muka kering. Lepas tu Treatment Cream and Night Cream tu perrrrghhhhhh. Ko pakai dulu Cik Jah, baru kau tahu.
Untuk yang nak tau detail apa keistimewaan
ANNESURAYA Skincare ni, boleh Follow kitorang dekat Instagram. Dekat sini
selalu update. Harini I tak boleh nak share lagi secara detail. Nanti tunggu I
ada masa yang cukup untuk bernafas, then only I share. Sekarang ni memang
melekat je depan PC. Kalau Intan and Dyba datang bertanya kabar pon, I cakap
pon tak pandang muka, goyang je tetep tanda dengar. Gitu dia punya cara respon.
Punya bizi. Keyboard ni macam dah nak pecah I ketuk. Hahahahahhaha. Ngek! But
yang PALING best, Untuk yang tersenarai mencuba kitorang punya Trial pack akan
berpeluang memenangi HADIAH WANG
TUNAI BERNILAI RM1,000 sekiranya anda terpilih sebagai pemenang.
Caranya mudah je. Ambik gambar atau video
anda bersama product, lepas tu letak caption, ‘Saya nak ANNESURAYA Skincare
kerana…..’ Lepas tu follow IG kitorang and letak hashtag #annesurayaskincare
#ansbeauty. IG kena public, kalau tak macam mana kitorang nak check.
Weeeeeeeeeeeeeeeeeeeei, esok esok esok la sambung ok? Jangan risau. Tak lari
gunung dikejar sebab tarikh tutup bulan Doblas. Semua orang ada chance menang,
asalkan testimonial best. Okbye!
-eNd-
2 comments:
Wow!! Excited suda
woow menarik..
Post a Comment