Wednesday, September 28, 2016

Kisah Budak Tonsil

Assalamualaikum..

Sian pulak tengok Sazli merana kena tonsil ni. Rokok dah berapa lama tak sentuh (bagus sebenarnya), makan and minum pon tak enjoy macam dulu. Bila malam pukul 8.30pm macam tu dia dah start dah sakit and perit tekak. Badan pun dedar je. Tengok dalam tekak dia ada 2 3 spot yang putih ulcer tu. I tak boleh nak imagine macam mana rasa sakit tonsil ni tapi De dulu sebulan sakit, ex-housemate dulu lose 14kg and duduk ward 2 weeks sebab tonsil and terus bedah. Driver dekat office ni pon ada yang kena tonsil sampai susut la badan tak boleh nak makan. Macam Sazli ni. It’s all started masa Isnin minggu lepas. Demam tak kebah-kebah sampai la Khamis tu, I suruh dia pergi Gleneagles and terus kena admitted sebab suhu badan dah reach 40. Duduk la hospital sehari, lepas tu doktor bagi ubat and rehat dekat rumah, dapat MC sampai Jumaat ni. I tengok dia pon macam kesian. Tapi taknak la tunjuk I kesian pada dia sangat nanti dia lebih weak. Orang lelaki ni akan jadik tersangat manja bila dorang sakit. So, kena la nampak tough depan dia supaya dia tak lemah semangat sangat. At the same time, I banyak jugak baca pasal tonsil ni, prognosis and diagnosis. Baca experience orang lain and carik petua-petua untuk hilangkan tonsil ni secara natural sebab Sazli ni, doktor suggest dia buat operation untuk buang tonsil tu je terus. Kalau tak, dia akan suffer la sebab tonsil ni akan datang balik. Kalau boleh, nak elak la dari operation. Tengah hari karang nak carik lemon and honey. Malam karang boleh buatkan Sazli juice ni kasik dia minum. Kesian ok? Macam mana la nak minum lemon. Sedang air biasa pon dia dah pejam-pejam mata sakit tekak. Sabar ok Papa?


Ni masa Jumaat minggu lepas, nampak la ok sikit sebab dah masuk drip. So ada energy. Tapi mata tu kuyu je.


Memula I ingat dia kena Denggi sebab kata dia badan semua sakit. Pergi Klinik Dr Nazli and Dr Nazli cakap after 3 days kalau tak ok baru dia bg antibiotic and check darah tapi since Isnin lagi I tengok Sazli tak ok, walaupon makan ubat so better la masuk je hospital. Tak boleh makan apa pon, mana nak dapat energy? I pon tak sangka Sazli demam sebab tonsil. Masa April pon dia ada demam macam ni, tapi tak la seteruk ni. Yang I perasan dia akan demam and dapat tonsil ni bila dia terlalu banyak buat activity. Macam masa April, 3 minggu straight kitorang pack schedule. Dari Villaku, pastu balik kampung lepas tu ke Kuantan lagi untuk Wakdan game. Yang this time, on Saturday dia swimming, Ahad bola. In between dia pergi massage beria dekat Majakaki, tu yang Isnin terus demam. Bila temperature badan terlalu panas tu yang jadik tonsil tu. Sazli ni rambut panjang, rock star nampak ganas, tapi kalau demam melepek. Kesian sangat tengok. Shein pulak time tu nak ajak Abah dia berkuntau. I pulak naik seriau Shein himpap-himpap Sazli. Tapi lepas admitted and drip, dia ok banyak. Dah boleh berborak dengan orang katil sebelah. Masa admitted tu, dia dapat sharing bed. Orang katil sebelah kena bedah sebab batu karang kalau tak silap. I turun bawah sekejap beli Sushi, masuk bilik tengok member tengah borak. Dah ada kawan… Siap pasangkan tv, tutupkan curtain. Dah dia pulak yang jadik nurse.

Malam tu I tak tido dengan Sazli dekat hospital sebab tak dapat single room so duduk dengan Shein la berdua dekat rumah. Kata Baba, Jumaat tu Shein takyah school la, so malam tu Shein teman I lipat kain, basuh kain 3 trip sampai dia sendiri tarik tangan I lepas tu cakap, ‘Bb, sheep!’ (Baby, Sleep). Romantic ok anak I? Panggil I baby. Hahahahahah. Thank you Shein teman Mama siapkan kerja rumah. Malam tu jugak rumah I bau waaaaangi. Malam tu Sazli dapat Single Room. Alhamdulillah selesa la sikit dia. I tengok bilik dekat Gleneagles ni kalau yang sharing boleh tahan buruk jugak. Malam tu Shein Facetime dengan Sazli. Lepas tu Shein kiss screen handphone. Rindu Abah dia kot? Masa nak parking kereta petang tu, Shein nampak white car pon dia cakap ‘Abah.. Abah’.. For the first time bila I berdua dengan Shein dekat rumah, rasa missing sangat. Rasa macam tak complete. Malam tu Shein nak tido berpelukan je dengan I. Kalau lepas je pelukan nanti dia bangun and pegang pipi I cakap, ‘Mama?’ Yerlaaaaaaaaaaaaa Mama peluk la ni. Hahaha.

Pagi tu, I kena handle Shein. Bangun tido dia ok tapi nak ajak main. I dah kemas bag Sazli, dia pergi keluarkan baju and hulur dekat I. Plannya pagi tu hantar Shein dekat rumah Bapak and I hantar barang Sazli macam baju and toiletries dekat hospital and masuk office sebab ada kerja. Tengahari Baba and Maktok pulak datang. Tapi nak menyetelkan dekat rumah pon berpeluh ketiak ok? Shein dah la huru-hara lepas tu elok nak keluar rumah dia pegang bontot and cakap, ‘Pupu’. Dah beeeerak pulak! I ajak dia basuh, dia boleh lari keliling sofa, masuk bilik latam tilam. I dah lawa-lawa ni pakai baju office. Ajak basuh berak pon dia cakap ‘Nooooooooooooo’. Sudahnya I duduk dekat sofa, tengok TV and nanges. Shein datang balik cakap, ‘BB, Shower!’. Ooo Mama dah nanges, baru nak ok.Siap ajak shower terus. Tapi dia nak bawak masuk mini scooter mandi sekali. OMG SHEIN!

Dah la masa mandi dia nak berenang atas lantai, bancuh shower gel dalam gayung. Dah siap mandi, kena kejar pulak nak pakaikan baju. Dah la senyum notty. Saja je nak test Mama. Kalau macam ni la Shein punya perangai, sebulan memang kurus la I. Tak boleh imagine macam mana Sazli everyday siapkan Shein pergi school. Nak mandikan, pakaikan baju semua. I baru sehari dah Tarzan. Hahahahahaha. Thank you Papa! Now I know bila morning routine Sazli call I lepas hantar Shein, suara dia kekadang moody. Shein buat dia rupanya. Hahahaha. Lepas hantar Shein rumah Baba, baru la I pergi hospital. Susun-susun baju semua, tunggu Sazli mandi bersiap baru I pergi kerja. Siap potongkan kuku, sikatkan rambut. Anje anje sangat ni! Kata Sazli, tangan dia tak boleh bengkok sebab sengal jarum drip tu. Sian dia. Masa dia dah siap mandi, tetiba Sazli nak keluar. I tanya nak pergi mana? Dia cakap nak tengok nurse. Hahahahahhahahahhahahahahha. Ngek! Sempat lagi buat lawak. I gerak dari hospital dalam 10.30am macam tu. Lepas tu Sazli cakap, ‘Lunch ni kalau Mama datang, Papa bagi duit allowance insurance’. Ko tengok? Dia cuba merasuah I dengan duit.


Suka kau eh? Kenapa suka buli Mama?


Ok dah sampai rumah Baba. 'Shein, Mama leave you with Baba ok? See you later'. Shein jawab 'No'. Dia ni memang semua No. Hahaha


Atiq and Zaha je yang sempat visit. Sapa yang plan nak visit petang or malam dah tak sempat sebab member dah discharge. Haha.

Petang tu Sazli call cakap dah boleh discharge. Tengah nak setelkan insurance je. So petang tu balik kerja, I ambik Sazli and makan dekat Green House terus. Kata Sazli, tengahari dah tak dapat makanan. Sebab tu dia lapar. Shiaaaaan Papa. So yang I packing tadi pagi siap macam nak pindah hospital sesia je la. Tapi bagus jugak sebab malam ni kitorang boleh la tido anak-beranak dekat rumah. Shein pon memula macam malu-malu dengan Abah. Rindu Abah dia la tu kot? More than 24 hours tak jumpa. It is good to have Sazli back at home. Baru la rasa complete. Anyway, sesiapa yang pernah ada tonsil and nak share experience, korang boleh share dengan I and bagitau la macam mana nak recover tonsil and avoid dari dapat tonsil lagi and macam mana nak kurangkan sakit. Ok? Thank you! Kemain panjang entry ni. Gigih sangat I ni. Hahahahha.


-eNd-

9 comments:

Mimiey.. (^-^) said...

Hi Kak Su,
Share experinece, sy ade tonsil since umo kecik n masa umo 9 tahun, pernah doktor nk operate buang tonsil,tapi takut punya pasal lari nyorok bawah pokok bunga smpai petang..kecoh 1 wad cari. Last-last xjadi operate, tapi doktor kata xnak operate kena jaga makan..n if demam, cecepat g klinik.

Doktor yg rawat sy dari kecik advice kalau rasa tonsil dh stat perit, bengkak, stop mknn berminyak n pedas. Minum air suam banyak2, makan yg sup-sup je, n part paling best makan aiskrim utk sejukkan tonsil..sbb bila kena tonsil, kwsn tekak tu rasa membahang je.. tp doktor kata make sure vanilla je..jgn ngengada mkn flavour lain. pastu xnak yg rege cikai2, up skit sebab aiskrim murah kuman xtakut (doktor kata)..aiskrim mahal kuman segan skit.

Just share pengalaman yg dah lebih 20 tahun ada tonsil. In fact, 2 lagi adik sy pon ada tonsil gak. Kitorg just jaga dari melarat je. Anyway, i'm your silent reader. Malu nk btego tapi nk share gak pengalaman. Hope it helps.

Chooyaya! said...

Mimiey : Tu la, abg saz memang makan ice -cream vanilla. each time lepas makan tu dia rasa la lega. tapi kesian la sebab dia mcm limit nak makan apapa. semalam tgk shein makan mcd pon dia boleh nak merajuk.

Mimiey.. (^-^) said...

Hhahaha,....tp bila time kena tu,mmg btabah tgk pape mknn pon. sebab sume xleh nk makan... 1 lagi, sy suka letakkan tuala yg basah ngan ais kt leher supaya xberbahang sgt kwsn tonsil tu. Tp mmg kadang tonsil ni lambat nau nk baiknye.

Unknown said...

Kak sy pon si penderita tonsil.. every year kena... hampir kena operate... but betol apa yang doktor mimiey advice tu... since sy berdiet menjaga pemakanan dh almost 10 bulan x pernah kene... air kosong 3 liter n green tea 1 liter perday... betol2 menjadi... harap2 jgn dtg lagu smpi bebila... Tgk abang Saz mcm dh susut lah... okay kak su take care family ya... love u so much kak su.. cium untuk shein 😘😘😘

aisha said...

Suuuueeeee... buang je tonsil tu lepas tu aman hidup..
kita (buang aug 2015) and anak kita (buang masa umur dia 3 tahun (2013) dah takde tonsil.. lepas buang, alhamdulillah no more demam takat ni.. no more sakit tekak.. kalau tidak, dulu, tiap2 bulan mesti demam sebab tonsil..

ni cerita kita masa operate tonsil (amik dari FB)
https://www.facebook.com/noraisha.khalidin/posts/10152591504767168

aisha said...

Part 1 -
Yesterday experience? As my pain tolerance is very2 bad, from 1-10, with 10 very painful, I rate the after process is 28!! Even for cser operation was only 15... Sakit wooo buang tonsil...

Nak Nak after the process, I had asthma attack (common thing that will happen for those who is asthmatic).. Procedure started at 8.30 am, and as usual i cry a bucket la.. Dari masuk ke OT sampai la I was put on General Anaesthetic (GA).. According to doctor the process to remove the tonsil should be about 1 hour only.. And suppose lepas jaga they will brought me to my room terus. So, they woke me up and then I have problem in breathing.. Was put on nebulizer and only around 11.30am was sent to the room..
Masa tu still totally mamai.. Sleepy and mata macam kena super glue.. Was removed to my on bed.. And dont know what thing they've done me during that time.. And suddenly I had this kind of jerking/"fit".. It started with my hand shacking uncontrollably and then my head mengangguk menggeleng non stop.. It lasted for almost 30 seconds.. The angguk geleng things happened more than 20 times in 2 hours.. Gila penat.. Siap dalam keadaan jerking tu, kena amik darah untuk test.. Sakit lagi.. Lepas tu pulak, i dont feel anything on my left hand.. Takleh angkat pun.. So all things menambah cuak para doktor..
The thing that they used to put me on sleep was supposed to work for like maximum 2 hours.. But to me sampai pukul 4 pun masih sleepy and drowsy.. The doctor asked to open my eyes.. Cannot cannot you know.. Sampai 4 jenis pakar kot yang datang nak check.. Kenapa tak sedar2 diri lagi, numb on my left hand and why the jerking jadi..
Last doctor bius datang.. Sebab not good if i keep on sleeping.. So the doctor decided to do reversal for the pain killer and the anesthetic that they gave earlier.. Tak sampai 2 minit, terus boleh buka mata and tengok surrounding.. Memang completely sedar.. Apparently, what can be the most accurate diagnosis sebab i knocked off too long is my body very sensitive with the thing (to put me to sleep.. Must ask again for future reference in case i need to go for full GA again).. The dose given to me was lower compared to my weight.. Tapi the effect macam over dose.. Sebab still tak berapa sedar more than 6 hours..

aisha said...

Part 2
Tapi akibatnya, lepas pain killer and anesthetic tu hilang, tambah sakit la tempat operation tu.. Tak selesa.. Tapi doktor paksa untuk menelan to make the healing process faster.. Sebab Bila kita makan, the muscle Akan berkerja and tempat yang dia potong, when the food lalu Kat situ, it will wash away or sapu the selaput and make the recovery faster.. If tak Makan, the selaput Akan menebal and tekak wont heal and will bleed.. Tapi sengsara la.. Dah la mulut rahang lidah semua sakit..
Bila dah boleh start minum, peeghhhh meleleh air mata.. Asal nak telan terkeluar balik.. Sebab dah takde penghalang kan.. Dah la rasa cam terbakar bila minum (air tu rasa cam rasa asap) and bila menelan rasa besi..Macam telan tak lut gitu.. Belum lagi rasa pedih dalam mulut even though just air.. Masa tu pikir camana la nak start telan makanan ni.. Tambah pulak batuk kong keng.. Uiiihhhhhh dari rate 28 terus naik 34..
As of this morning, after all ubats were given (masa masuk antibiotic kat drip tu bapak sakit rasa nak pukul je misi tu..), things get better.. Boleh control the jerking (tau jerking tu nak jadi.. So boleh tahan dari dok terangguk or tergeleng).. Can feel my left hand, boleh genggam boleh angkat.. Tapi sakit dalam mulut and tekak masih di situ..
Lapar la wei, tapi bila try makan (takat ni dah cuba aiskrim, bubur, agar2, roti cecah air), semua macam nk terkeluar balik.. Dapat la dua, tiga suap berjaya telan masuk perut.. macam dia berhenti kat tekak taknak turun.. Nak kena mendongak to force the food or water masuk ke dalam bukan keluar balik..
And penyebab sakit sangat kat tonsil ialah, saya dah tua.. Otot tonsil tu dah liat..

aisha said...

Part 3
Lepas operation ada cara gak nak jaga.. kena paksa makan.. paksa telan supaya otot kat tekak/tonsil area tu cepat recover.. bagi exercise.. masalah bagi orang tua, diorang tahu sakit.. so, diorang akan elak makan.. end up tu yang berjaya kurus tapi lambat baik.. start dengan makan benda soft and sejuk macam aiskrim vanila.. puding.. pastu bubur.. then nasi..

macam masa aufa operate, budak-budak kan.. walaupun dia sakit, tapi sebab lapar dia akan makan... tu cepat baik.. and otot bebudak masih lembut..

Cheta Eita said...

betullah kan orang kata pembedahan tonsil ni seksa juga huhuhu...sebab tu juga ramai yang cari alternatif lain untuk Kecutkan Tonsil Tanpa Pembedahan