Assalamualaikum..
Hari Jumaat tu I cakap pada Intan, kita makan dekat
area office jer. Either BLVD, Brolly
atau Doppio sebab I bizi menyelamatkan dunia and nak cepat naik office. Maklumlah
Power Rangers Kuning, mana ada masa nak makan sampai 2 jam. Kaklong and Dyba
pulak cuti, so lagi senang cerita sebab boleh makan dekat bawah je. I believe
semua restaurant ni NAZA yang punya. Kalau BLVD tu I tau dah memang semua
sedap. Dekat Doppio tu tak banyak sangat choices sebab situ more on coffee je.
Brolly ada a few times I try tapi more on starter je. Sedap! Ada sekali makan
pizza dengan Kaklong and Intan, time tu pukul 11.30am. Awal lagi. Tak plan pon
tapi sebab Si Intan nampak ada peetzah terus dia meroyan. I pulak memang suka
flatbread pizza. Memang menyampah kalau Pizza yang crust tebal macam Pizza Hut
tu. Rasa macam makan tepung je. Teringat dulu masa dekat Itali, pizza dia semua
sedap! Simple je kekadang I tengok. Crust nipis, letak tomato lepas tu ada la
seafood sikit and ada cheese on top. Simple tapi sedap. I ni sebetulnya kurang
suka Italian Foods yang original recipe takde infuse dengan Asian punya flavor
sebab rasa macam tasteless. Kita ni orang Melayu kan suka letak macam-macam
dalam makanan? Padahal kalau ikut resepi asal Itali, semua simple je. Bolognese
pon guna tomato je. Kita segala mala nak letak. Tak cukup sos segera, campur
dengan mincemeat, hot dog, cendawan, nenas, capsicum and semua lah nak letak
selagi muat. Kan? Eh. Ke sebenarnya I sorang je yang buat macam tu? Hahahaha.
Sirloin
Steak, Medium Rare with Mushrooom Sauce. RM65.00
OMG sedap giler ok Sirloin Steak dekat Brolly ni.
Menyesal I tak makan dari dulu padahal dekat bawah office je. Walaupon size dia
a bit kecik I rasa tapi sebenarnya cukup kalau makan dengan salad and fries. I
rasa steak I ni macam Medium sebenarnya tapi takperla, still boleh diterima. My
steak only medium rare. If medium or medium well or well-done I memang tak
suka. Yang buat steak ni sedap sebenarnya is dia punya combination. Fries dah
la sedap. Goreng pakai sependa ke apa entah. Hahaha. Lepas tu salad dia tu, dia
guna baby spinach lepas tu ada rasa manis-manis. I tak sure apa. Macam honey
mustard pon ada. Probably ada honey mustard and olive oil. Letak pulak almond
flakes memang brilliant. Sedap! Paling win is dia punya mushroom sauce. Memang
tak menyesal pilih. Sos dia boleh pilih macam black pepper sauce, mushroom
dengan butter kot? I pon tak sure. Macam kentang tu pon boleh kalau nak fries
or mash potato tak silap I. Kita mesti la ambik yang paling unhealthy. Lepas tu
ada jugak side dish lain macam wild sautéed mushroom tapi tu kena charge
separately la. If korang datang sini, make sure pilih mushroom sauce eh? I masa
makan diam je, sebab sedap sangat. Risau Intan mintak. Hahahahah. Tapi I bagi
la jugak. Kesian tengok mata dia jeling je steak I. Dia tu tak habes-habes
dengan peetzah. Makan la ko sedulang pizza tu sorang sampai habes. Hahaha.
Kasik
close up skek steak ni. I rasa dia cuma letak salt and pepper je kot? Tak sure.
Bila potong, nampak isi dia juicy. OMG telan ailio bila tingat.
Salad
simple. Yet sangat sedap. Bila makan tumbuh-tumbuhan macam ni ingat pada Sarah.
Dia suka la salad macam ni. Dari dulu dia nak makan dekat Brolly tapi sampai
kesudah dia resign kitorang tak layan permintaan dia. Ni kalau ada Sarah ni, memang
harini I ajak repeat lagi.
The
hero of a day. Mushroom Sauce. Kenapa ko sedap sangat ha????
Sebab
sedap, I letak lagi satu gambar. Hahaha. Saiko.
Masa nak decide mana nak makan, memang bergaduh la
I dengan Intan. I cakap pada dia sudah-sudahla dengan pizza. Intan kan dia hari-hari
makan pizza pon takpe? Pizza tu buat mandi kalau boleh sebab dia kan bercinta
dengan pizza? I nak makan dekat BLVD tapi Intan macam nak Brolly (Sebab dia tau
pizza kat sini sedap). Masa duduk tu, Intan memula cakap nak order Grilled Chicken.
Bila I cakap nak makan Japanese Bento, dia nak Bento jugak lepas tu I offer jer
dia Pizza, terus dia nak Pepperoni Pizza sebab masa tu I dah nak makan Steak.
Bila dia tanya I, ‘Nak order dua ke Kaksu?’
Nak terkeluar bijik mata I jeling dia sebab geram dekat Intan. Agak-agak la
sampai nak 2 pizza. Kita dua orang je makan. Tu pon memula dia nak makan
seafood platter. Satu set boleh makan 3-4 orang and harga dah RM250.00 kot? Kata
dia ala takper, Intan habes… Eeee menyesal cakap nak belanja tadi tau Intan ni.
Hahaha. I cakap pada Intan, ‘Kan nanti Izzy punya Bachelorate Lunch kita
nak makan Seafood Platter tu, harini tak payah la’. Membazir jer nanti.
Intan tu I tau la dia macam mana. Masa nak order makan semua rasa tak cukup
tapi mana habes. Pizza ni sudahnya tapau bawak balik sebab tak habes. TU YANG
DIA CAKAP NAK ORDER SAMPAI DUA? Kalau Sarah lain, sebab dia ada bela jin. Letak
sebesen nasik goreng pon InsyaAllah habes.
So
ni Intan punya ‘Revenge of Pepperoni’ Pizza.
RM30.00. Ada pepperoni and mincemeat. Sedap! Lagipon dia flatbread pizza, mana
mungkin tak sedap.
Dish
fo r 2. Intan tak habes, I punya semua habes kecuali plate hitam dengan mangkok
mushroom sauce je. Hahaha.
Thank
you Intan teman Kaksu makan.
Dyba bengkak je hati sebab dia cuti tak dapat makan
sama. Lepas ni bolehla repeat makan dekat Brolly. Sedap ok? Yang Seafood
platter tu, dia ala-ala Shell Out. Tu nanti kitorang try next time masa Izzy
punya Bachelorate Lunch. Buat kat bawah office je. Senang tak payah nak habes
masa atas jalan. Lagipon nak deal dengan bini-bini orang ni (except Intan)
susah nak dapat free time. Tapi Brolly pon ok apa? Nanti kita letak la balloons
kasik nampak meriah. Most important, now I tau yang Steak dekat Brolly ni S E D
A P so lepas ni tak payah la asyik nak pergi ke VS je. I ni bab steak memang
poyo. Nak yang kena dengan tekak je. Macam la bagus sangat dia punya taste tapi
biarlaaaaaaaaaaaaa. Macam nak makan lagi la steak dekat Brolly ni. Ke nak turun
je sekarang? Kah kah kah. Korang check website Brolly dekat sini. Semuaaaaa mouth watering dia punya menu. Disini menyesal sebab check. Daaaaah rasa macam nak Tiramisu jam jam ni jugak. Dengan Lobster and Chicken wing, oyster and semua-semua la. Kalau gemok, harap Anny tak bising kbye.
Brolly
G-01, Menara Felda, Platinum Park
No. 11 Persiaran KLCC
58200 KL
03-21814022
Operation Hours : Open Daily (11.00am – 11.00pm)
-eNd-
No comments:
Post a Comment