Friday, September 9, 2016

Tanah Aina Farrah Soraya - Morning Walk

Assalamualaikum…

Shariffah pagi tadi dah carik pasal. Send gambar sungai yang jernih di Tanah Aina dekat dalam group. Terus teringat air dia yang jernih tu. Fresh sangat bila bangun pagi tu keluar dari balcony hirup udara dekat sana. Oxygen banyak kot sebab banyak pokok so bila bernafas best je. Boleh guna ke term ni? Hahaha. Ada readers whatsApp untuk try free testimonial trial pack Skincare ANNESURAYA remind pasal entry Tanah Aina. Kata dia, ‘Jangan la jadik macam entry Korea dengan entry Europe ye Kaksu?’ Amboi. Melawan kan masing-masing korang ni sekarang? Sesambil je remind I. I mintak maaf sebab now seriously I busy menyelamatkan dunia. ANNESURAYA akan release soon. I dah nak muntah meeting dengan Marketing Team untuk buat yang terbaik. Susah woooo nak compete dengan jenama yang popular dekat luar sana but InsyaAllah kita akan buat yang terbaik dan harga memang sangat mampu milik. Tak lebih dari RM100.00 untuk 1 set. Ko tengok? Tadi padahal nak cerita pasal Tanah Aina kona-kona cakap pasal business jugak. Hehe. So, demi untuk tidak mengecewakan korang, I share pagi ni pasal Morning Walk Activity. Ok? Mana yang nak tau harga package nanti I share at the end of this entry.


Ni group photo kitorang masa second day Morning Walk. Mr Mohammad and Haiya takde dalam gambar sebab masih beradu. Yang belakang tinggi tu is Muhammad dari Terengganu. Dia datang dengan Mak and adik dia, Kayra (Tak sure macam mana nak spell) Mix Malaysia + Scotland. Say Hi to Intan ye Muhammad? Hehe. Click read more to continue reading.

Morning Walk ni start at 6.45am and paling lewat pukul 7.00am. Berkumpul dekat Hall sebelum Guide bawak panjat bukit. Tak la tinggi sangat.. Shein pon boleh panjat selamba. Dia bukan macam trekking nak pergi Leap of Faith yang agak mencabar dengan keadaan tanah yang tak rata semua sebab akar kayu. No. Ni biasa je. Macam panjat bukit belakang rumah. I tak sure berapa jauh. Tapi rasanya tak sampai 1km pon cuma masa panjat tu bontot kebelakang la tertinggal. Hahahaha. Dari bawah nak ke atas dalam 15 minute’s walk. Sekejap je. Tak sedar pon berjalan sebab seronok tengok pokok-pokok. Dah la fresh sangat-sangat rasa pagi sebab ada kabus. Kekadang boleh dengar orang tembak guna senapang patah. Probably orang memburu. Sampai dekat atas best sebab reception handphone bagus! Lupa pulak nak buat live dalam FB. Hehehe. Tapi I sempat rakam video, nanti korang boleh tengok.


Anak bear pon sebok nak morning walk. Sejuk jugak time ni. Shein pakai selipar je pon. Takde hal. Kalau trekking masuk hutan, kena pakai kasut proper ok? Yang macam Sazli pakai tu is the best for trekking. Rubber Tapper Shoes nama dia. Boleh beli dekat Tanah Aina. RM12.00 sepasang.


Family Muhammad. Depan tu adik dia Kyra and Mak dia. Belakang is Mr David.


Shein and Abah paling belakang. Sazli pesan pada I, ‘Mama jalan depan, enjoy your view and ambik gambar ok? Papa handle Shein’. Yay!




Pokok Durian. Incase ada yang tak kenal.


Ulat Gonggok gergasi. Tapi yang ni baby dia tau? Kalau yang Mak dia, lebih gelap warna and lebih panjang. Shein selamba nak pegang.


Half way.


Yay, dah sampai atas!



Matahari baru naik. Cantik sangat.. Ni baru bukit, kalau la gunung, macam mana punya cantik la kan?


Shein happy sangat buat activity macam ni. Takde hal nak berjalan and bangun pagi. Dia pon happy lompat-lompat. Good boy Shein. Mulut riuh panggil bird.


Mr David and Rayyan enjoy the scenery


Tengok tu kabus…. Effect bunyik Ooooooo - bunyik tarzan. Hahaha bongok.



Ni masa first day. Shein tak bangun tido lagi so I tinggal dekat dorm dengan Reham and the kids. Morning Walk setempat atas katil. Hahaha.


Ni view dari restaurant. I dengan Sazli suka makan bersila dekat tangga. Best je makan dekat sini. Sambil suap layan sungai. Tetiba rasa macam M. Nasir. Hahaha. Motip M Nasir?


Cantik kan?

If korang stay sini, for Morning Walk takde charge. Bagitau je dekat staff yang korang nak buat Morning Walk, nanti dia akan bawak. Actually Night Walk pon ada, panjat bukit ni jugak tapi sebab 2 malam kat sana, dedua hari hujan so kita Night Walk dekat café layan free flow coffee je. Yang jenis cepat mengantuk sebab kekonon penat macam I, Night Walk atas katil pon ok. Hahahahaha. Untuk info pasal harga bilik semua, korang boleh tengok dekat sini. Ada macam-macam package and macam-macam jenis bilik. Yang group kitorang, kitorang ambik package include makan and activities semua. Senang macam tu. Makan dekat sini 6 kali sehari. So, memang tak boleh nak diet. Dah la hari-hari ada durian. Perrrrggghhhhh!!


Package kitorang 3D2N is RM719.40/person for Adult and RM588.76/person for Children. Ni package untuk duduk dorm include makan and activities except for Flying Fox, yang tu kena bayar asing. Untuk pacake 3D2N dinner day 2 dekat Tanah Aina restaurant, makan sedap-sedap woooo. Tapi kena keluar dari hutan la sebab restaurant tu bukan dekat dalam ni. Untuk activity lain, nanti I share dalam next entry (yang taktau bila tu) Hahahahaha.

-eNd-

1 comment:

cikel said...

Salam kaksu..saya pernah pergi restoran tanah aina dekat batu tiga shah alam..cookies dia sangat sedap..tak ingat nama ape..tak silap dia jual dalam tin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...