Assalamualaikum..
Semalam Shariffah hantar gambar butterfly dekat dalam
group WhatsApp Tanah Aina. Hazel Mak si Bryton hantar dari Kalumpang Resort,
Berang. Sapa pernah pergi angkat tangan! Rindunya dekat Tanah Aina. Seriously…
Rindu nak dengar bunyi air sungai yang bersih dan sejuk, Ikan Kelah and nak
buat aktiviti macam trekking and morning walk. Pulak tu semalam dalam Nona ada
kisah pasal team dorang masuk hutan dekat Taman Negara, naik bot lepas tu makan
Ikan Patin Masak Tempoyak dekat tepi sungai and melawat kampung orang asli
terus Sazli cakap rindu dekat sungai and hutan. I rasa I memang orang yang suka
nature la. I love jungle. (Poyo je tetiba
nak I love jungle, padahal masuk hutan pon nak yang 5 star je macam pwincess hahahahaha).
Eh tapi betul laaaa. I suka jungle. Dulu masa sekolah I pengakap ok? Selalu
la ikut camping sekolah and take part bahagian kebudayaan. Pastu kalau masuk
yang pertandingan Buku Log nak menang je. Kalau kalah macam biasa la, nanges. Naseb
la dedua kali masuk, dedua kali menang tapi dia punya drama sebelum announce
winner you don’t want to know. Hahaha. I sukaaaa camping so much. Best! Tapi
now bila dah dewasa, camping yang tido dalam khemah takde tilam I tak berapa
suka. I suka chalet yang ada langsir and heater lepas tu nak mandi toilet dia
mesti best ada shower jenis hujan and makan kena sedap. Makan tu pulak yang
tinggal makan je, taknak masak. Tapi kalau masak guna periuk yang api buat
sendiri pon best jugak asalkan jangan ada pacat lepas tu tak payah basuh
pinggan. Banyak nau ko punya syarat eh? I love jungle la sangat. Hahaha.
Anyway, entry ni I nak share pasal activity Fyling Fox yang kitorang buat dekat
Tanah Aina masa morning second day dekat sana after Morning Walk.
Ni
je yang berani buat Flying Fox. Yang berani tu either kena paksa macam ni, ‘Takper taknak buat, pakai je dulu equipment.
Lepas tu kalau taknak takpe’. Dari kiri : Sazli, Shein, Haiya, Mr Mohammad
dukong si Haiya, Reham dekat belakang yang pakai harness sesiap lepas tu half
way dah lucut sebab taknak buat. Hahaha. Mr David why are you so happy? Rayyan
and Adrial, Siti Nurhaliza and Kyra McAfee. Belakang tu Abang dia Muhammad
Cornelius McAfee. (Baru tau nama betul sebab dah friend dalam FB)
