Assalamualaikum…
Habis dah birthday I harini. Rasa sedih pulak and
susah nak letgo je rasanya. Naseb baik la birthday setahun sekali je. Kalau
tetiap hari birthday mampos I kena heart-attack. Hahaha. Ongtue macam ni la.
Asal terkejut je kena sakit jantung. Teringat semalam waktu lunch hour between
12.30pm – 2.30pm memang tak boleh I nak lupa. Dapat surprise tak henti-henti
bermula dari Aien by Event4U, ke surprise lunch dekat Brolly by Intan and the
Geng bersekongkol dengan Sazli and Anny serta ANNESURAYA SKINCARE team. Tengah
makan, dapat pulak delivery bunga dari Ellis. Selang 5 minutes, Event4U datang
lagi bawak balloons, bunga and cupcake dari Sazli. SO ok la. Dah boleh makan
dengan tenang. Ingatkan dah habes, tup-tup Event4U datang lagi cakap kena tutup
mata pulak sebab ada permintaan nak bawak surprise yang lebih besar.
I punya la
gigil ingat dapat dah Merc ke (hahahaha), rupanya surprise lagi best! Sazli ada
datang… Huwaaaaaaa ape ni? Mengigil badan toksah nak cakap la. Semua dah
bergenang air mata. Kaklong tu lagi la dari mula surprise air mata tak
henti-henti mengalir. Hahaha. Hati tissue sungguh. Dah siap dekat Brolly, naik
office ada lagi delivery bunga dari Manager I, Michelle dari Nuffnang OMG. Tak
sangka sangat. Tak sangka la birthday kalini dapat as big as this one. Memang I
ada mintak bunga dari Aien, Anny and Ellis, tapi ni siap ada belon, bunga, kek,
coklat semua APENI? Teringat kata-kata Dyba, ‘Untung Kaksu, semua orang sayang Kaksu’. Lien dari Event4U pon
cakap, ‘Lega bila selesai amanah untuk
surprisekan Suraya Sulatin kesayangan ramai ni’. Sebak pulak rasa. Bukan
apa, sebab I tau diri I yang tak perfect, banyak cacat here and there as a
friend. Bila besar macam ni yang I dapat on my birthday, syukur dia tu tak
mampu I nak ucapkan dengan kata-kata.
Semalam pakai terus baju kemeja yang Sazli hadiahkan masa petang sebelum birthday. TQ Papa. Fit je dengan badan. Tak kecik, tak besar. Kata dia kesian Bubu. Pergi kerja pakai baju 20 ringgit jer. (Dia selama ni ingat baju dekat H and M tu I beli harga RM20.00 hahahahaha)
Untuk harini, I share dulu apa yang I dapat masa
hari semalam. Nanti esok lusa, baru kita citer detail macam mana cerita behind
the scene and all the drama’s ok? Special thanks to Lin and Kerol dari ANS
Beauty sebab gigih setting meja, carik bunga ikut tema yang INTAN pilih. Hitam and Merah. Also pada Anny sebab contribute belanja makan. Pada Sazli yang
entah dari mana dapat idea nak collaborate semua ni dengan bebudak ni also pada
Intan, Dyba, Kaklong and Izzah yang gelabah takot plan tak jadik and pada Izzy
yang tak boleh join tapi contribute kek dari Huda Glory. Bapak sedap Bundt Cake
Chocolate tu. Special thanx also pada Event4U yang atur surprise sampai macam
ni. Bagi I, nak deliver bunga tu sesapa pon boleh buat. Tapi untuk atur
surprise, come out with an idea tengah makan tetiba kena tutup mata lepas tu
suami datang peluk tu is beyond my imagination. Kekadang service ni kita bukan
bayar on material jer, tapi on idea as well. Kan?
Semua
semalam setting cantik baeeeeek punya sebab I sikit pon tak dapat detect ada
surprise untuk I. Dengan kecik hati Dyba tetiba nak puasa straight dari
Isnin-Jumaat, dengan Kaklong dan-dan nak belajar mengaji semalam and Izzah
pulak ada appointment dengan husband dia. Semua macam takde. Sedih ok? But di
sebalik tu rupanya ada surprise untuk I. The company is great, foods is good,
gambar cantik and semua perfect. Weather also sangat nice. Perfecto! Semalam
ialah birthday paling bermakna untuk I sepanjang 35 tahun hidup dalam dunia ni.
Alhamdulillah.
Thank you Papa! I suka sangat... Nanti nak lagi 14 ok?
Kemain happy siap dapat pakai crawn. Intan bengkak je hati tengok. Semalam ada 2 jenis yang boleh pakai dekat kepala. Dia bagi I yang macam con tu, dia nak pakai crown. Banyak cantik?
Surprise dari Aien and Sazli is by Event4u. I ada a
few time jugak share pasal Event4U service ni dekat blog. Sapa yang plan nak
buat surprise untuk love one, guna la khidmat dorang. Sangat la lawa package
yang mereka sediakan dan sesuai dengan harga. Nak surprisekan orang tak boleh
aci boleh je. Kena bagi yang cantik but ikut la pada kemampuan korang? If ada
budget lebih, why not kan? Korang tengok la bunga-bunga dari Event4U yang I
dapat ni. Puas hati sangat! Dengan bungkus cantik, balloons custom made. Bak
kata Sazli, macam mana dalam belon boleh ada belon. Impressed giler dia. I
dapat pon rasa puas hati sangat. Mata tak boleh nak alih dari bunga and
balloons. Kek pon sedap! Memang puas hati sangat-sangat. Boleh check out
Event4u Instagram atau contact dia punya Tauke, Ms Lien dekat 019-6004100
This one by Event4U dari Aien. Dia bagi package cupcakes + balloons + flower bouquet yang ada chocolate ni. Nak bagi aku gemok ke apa? Haha.
Cantik sangat! Tema hitam + merah. Kata Aien tak bincang pon dengan team surprise tapi kebetulan sama pulak tema.
Aein ni is I punya PA olok-olok je. Ko dah kenapa nak ada PA bagai? Ingat Siti Nurhaliza? Aien yang banyak tolong I handle IG and update Blog bila I bizi. Sebab tu I lantik dia jadik PA. Dia pon redha je kena buli. Bagus.
Cantik belon ni. I sukaaaaaaaaaaa!!
Yang ni by Event4U as well dari Sazli. Taktau la dia ke yang decide bunga ni atau Lien. Tapi I tau Sazli suka kaler putih. So dapat la Lily. Lily ni bau wangi! Bunga warna putih usually memang bau wangi. Sebab dia takde color so tak boleh nak attract serangga jadiknya Allah bagi dia ada bau wangi.
Cantik kan?
Happy Birthday Bubu Momot. The Queen of My Heart - Sazdon. Cecece. Malu pulak tetiba bila Sazli sayang I. Tapi I nak pwincesssssssss. Taknak Queen. **Pang nak?
Happy Birthday Bubu! Huwaaaa lawanya balloons ni. Ni la yang Sazli pelik ada belon dalam belon ni. Dia tanya macam mana boleh tulis nama Bubu? Mana la I tau. Haha.
This one from Ellis. I perasan Ellis memang tak akan bagi full Roses. Dia akan bagi bunga campur macam ni and warna light-light je. Sesuai dengan jiwa dia yang lembut. Bunga ni dari Petalle's Florist and Gift - Megan Embassy Ampang (03-21617718)
Tengok la hashtag tu. Hahaha.
I love Ellis. She is my best friend. Yang paaaaling banyak hadap puting beliung dengan I and banyak sabar dengan I is Ellis la. Dia takkan melawan and akan cakap baik-baik and pujuk on the spot. Kalau Anny, I marah dia, dia marah I balik. Melawan. Haha. Tapi tak lama gaduh. Tak tahan pon 1 jam. Lepas tu dah ok balik. Biasa la bab business dia nak lain, I nak lain. Dia nak perah service, lepas tu cut budget, I more on suka appreciate orang yang buat kerja. Sebab I kan Blogger, so memang paling benci orang yang business puluh ribu, bab review nak FREE takpon nak bayar RM50.00 satu entry. Benci giler ok??? Hahaha. Ni Ellis wish dekat Instagram I.
"Happy B'day baby @surayasulatin ... U really are a diamond in the rough .. Kind to everyone even those who hurt you ... Strong as no one will ever know and just downright amazing... People around you should know how lucky they are ... and I know I'm one of the lucky ones... I wish you nothing but happiness and barakah in this life and especially in the hereafter. Enjoy your day !!!!" #plskeepdreamingofgettingflowersfromenanny😝😝😝😘 #babynme #35 #bff#birthdaywish
Cantiknyaaaa roses with guni-guni macam ni! This one from my Manager. Michelle. TQ Mich!
2 October 2016, Wednesday's Bunch: Taj Mahal Rose, Aster Solidago and Muraya
A rose is undoubtedly a sweet treat for the eyes. But the most beautiful of all is a love it brings for the heart, from a heart. Remember to always see beyond, and cherish. Flower bouquet by HappyBunchMY
I love you too Mich. Sayang Mich! My sweet Manager yang always kena prank dengan I. Lepas kena prank 2 juta kali pon blur jugak tak paham-paham I kaki menyakat. Haha. Hope panjang jodoh dengan Michelle dekat Nuffnang.
Next, jom tengok arrangement dekat Brolly by Lin
and Kerol dari ANS Beauty. Dorang la yang carik alas meja, carik bunga banyak letak
dalam pasu (macam I nak), print gambar I yang lawa-lawa je (good job Lien)
letak dalam frame, carik alas meja. Lawa sangat deco yang Lin buat. Alas meja
tu is velvet. I suka! Belon siap ada nama I. OMG bestnyaaaaaaaaaaaaaaa. Shein
pon takde nama dia kat belon. Nenene. Mama menang! Hahahaha. Belon jambak pon
ada banyak siap ada gantung ‘Happy
Birthday’ dekat belakang. Banyak belon meriah sangat. Kata Anny, ‘Aku nak deco yang lagi meletop dari yang Suraya
arrange untuk kawan dia masa Friday lepas’. So ni lah hasil dia. I tau
Kerol kerja memang bersungguh and Lin pulak kretif orangnya. Memang 2 orang ni,
orang kuat I and Anny dekat ANS. Thank you Lin and Kerol!
Lawa angat ni! Siap ada menda ni. Ni apa ni nak sebut nama beliau yang tulis Happy Birthday ni? Haha.
Kek sponsored by Izzy made by Huda Glory sebab dia tak dapat join. Nama kek ni ialah Chocolate Bundt Cake with Salted Chocolate Ganache and Salted Caramel. Sedap sangat! Tenkiu Huda and Izzy!
Anny cakap, 'Ko nak bunga kan? Nah, aku kasik ko dengan pasu-pasu sekali!' Hahaha.
Lin. Cantik. Sangat. Gambar. Aku. Yang. Nko. Pilih. Tu. Hahahahaha
Happy Birthday Suraya Sulatin! Sukaaaaaaaaaaaaaaa
Bunga pon cantik, alas cantik, pasu cantik, orang pon hurm takpe la taknak cakap.
Crown letak atas dulang, macam nak menang Miss World pulak.
Kata Intan kalau makan ketam macam Shell Out tu nanti tak boleh la buat cantik-cantik macam ni. Takpe. Tak makan ketam pon takpe janji meja cantik.
Padangan sisi
Tu tulisan macam tanglung dekat belakang tu pon I suka
Kalau takde idea, boleh la tiru konsep I ni. Takpe, tiru je. Takyah bayar.
Ada banyak belon. Sukanyaaaaaa!!
Cantik sangat sangat. Thank you Anny, Lien and Kerol. Belon tu semua best and kasik nampak meriah.
So dah cukup untuk First Entry pasal birthday I.
Esok/lusa/tulat I akan share pulak gambar-gambar lain. OK? Seronok
sangat-sangat dapat macam ni. Takyah besar-besar, macam ni pon dah cukup happy.
Syukur dikelilingi oleh manusia-manusia baik macam ni. Suami, kawan-kawan and family.
Hidup tak pernah rasa kosong sebab I have them. They are my routine and among
the closest one dengan I. Kawan-kawan yang menghargai I ialah mereka. Yang tak
pernah judge I, terima baik buruk I seadaanya and tak ambik kesempatan atas
kelemahan I. Bukan kawan yang ingat bila time susah je and yang tak habes-habes
nak sakit hati tak tentu hala. Dulu ada ramai kawan macam ni, tapi I back off
sebab malas la asyik nak layan drama. Kepala pon tak serabut. I sekarang senang
je, keep yang bagi positive aura je. Yang suka carik pasal malas nak deal. Tak
kawan pon tak per la janji tak pening kepala. Sikit takpe, janji berkualiti. Ni
la manusia-manusia yang I nak ada dengan I sampai ke syurga. InsyaAllah…. Eh,
serious benau bunyik entry ni. I pon seram bila baca balik. Ni dia ada ni kecik
hati dengan sesapa ni sebenarnya. Kan? Kah kah kah.
-eNd-
7 comments:
happy birthday kak su. perfect birthday celebration. seronok kan perasaan disayangi orang sekeliling.
semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan tubuh badan. so boleh update blog banyak banyak lagi. ehhehee
iloveusuraya! happy bekeday!!!
Happy birthday kak sue..really great ur celebration.btw,my birthday also 12 oct!
Happy birthday kak sue..really great ur celebration.btw,my birthday also 12 oct!
Assalamulaikum Admin,
Mohon untuk dimasukkan blog saya ke blok tuan/puan. Blog saya:
biarlembuyangjadilembu.blogspot.com
Sekiranya sudah dimasukkan harap maklumkan kat email saya: biarlembuyangjadilembu@gmail.com
Terima kasih.
happy birthday suraya
Hope its not to late to wish u happy belated birthday su.
Post a Comment