Monday, October 31, 2016

Resepi Sambal Tumis Udang Gemok + Petai (Cara Membuat Bergambar)

Assalamualaikum..

Macam lama giler dah tak masak kat rumah. Hari Sabtu lepas, geng parents BBI (Sekolah Shein) ajak potluck. Shariffah mintak I buat Sambal Tumis Udang + Petai. So I pon masak la dengan kesungguhan dan iltizam buat semua from the scratch. Konon nak masak dengan penuh kasih sayang la. Kira bila makan tu, terasa cinta didalam hati gittewww. Habes pijau tangan sebab ramas lada kering (I bajet I Power Rangrs Kuning takkan rasa pedas) nak buang bijik dia. Lepas tu ada udang punya torn masuk dalam ibu jari. Aaaaaakit. Plan asal nak mandi kolam dulu la for the kids, lepas tu early dinner dekat rumah Reham dekat Sri Hening belakang GE Mall tu tapi tak jadik swimming sebab hujan. So, kitorang lepak dekat hall je la. Kat sana pon ada decoration for Halloween so cantik la dewan. Siap ada grave, ada pumpkin, ada spider web, ada spider and hantu pon ada. I tak paham pon konsep Halloween ni apa tapi tau la malam semalam is Halloween. Ada Trick or treats semua. Bebudak pakai costume macam-macam jenis. GE Mall pon buat decoration for Halloweeen. Spooky je nampak. I tau rakyat Malaysia tak berapa berkenan dengan menda-menda ni. Kekadang issue sensitive kan? Tapi bagi I, I suka tengok pon. Tak jadikan a part of lifestyle pon. Dah jom tengok macam mana cara nak buat Sambal Udang Petai yang paling sedap dalam universe. Ni I la claim sendiri. Sebab kan I cakap I masak dengan kasih sayang. Kata Rish, ‘Sendiri masak, sendiri claim sedap. Boleh je’. Eh, suka hati la! Hahahaha.


Sambal Tumis Udang Gemok dengan Petai by Yours Truly


Bahan-bahan


Bahan Blender 1 : Bawang besar setengah biji, bawang merah 7 ulas, bawang putih lima ulas, belacan 1 inci – Blender dengan air


Petai – Belah dua (Sebab kot-kot ada ulat ke) Lepas tu rendam dalam air bagi dia jadik besar
Air Asam Jawa 


Udang Gemok – Buang misai, kaki, ekor, hujung kepala, lepas tu belah belakang buang taik dia. 


Goreng dengan sedikit minyak untuk buang air and ketepikan


Bahan Blender 2 : Lada kering 15 tangkai lepas tu belah untuk buang biji and rebus, lada besar merah 2 bijik – bender dengan air

  • Air Asam Jawa
  • Gula/Garam/Serbuk Ikan bilis (Optional)
  • Minyak untuk menumis

Cara Membuatnya


Memula panaskan minyak and tumis bahan blender satu sampai naik bau and garing. Ni petua eh nak bagi sambal sedap. Bawang goreng dulu. Ada yang malas, blender semua dengan cili. Pon boleh, tapi tadi cakap nak sedap kan? So kena usaha lebih skek la.


Dah garing bebawang semua tu, baru masukkan cili blender tu. Tumis sampai la pecah minyak. Tambah air la kasik sambal tu masak, kang nanti sakit perut pulak. Lepas tu masukkan air asam jawa, gula, garam dengan serbuk ikan bilis (optional).


Dah tu, masukkan udang and last sekali masukkan petai. Siap!


Cenggi la rupa penuh satu kuali. Sambal tu kuah dia kalau lebih boleh buat scrub. Haha.

Bawang besar I masukkan kemudian sebab kuali I dah penuh, tak muat. Hahahaha. I suka kuali tu. Walaupon rupa dia hina, tapi dia banyak berjasa. Tu Tok Che Amah belikan masa I memula kawen dulu. Kalau Kuali hitam maksudnya apa? Maksudnya rajin masak (uweeeeek). Hahahahahahahha. Lepas siap masak, Sazli setelkan dapur. Minyak terperecik dekat dinding dengan lantai macam apa je. Dah la masa sambal tu menggelegak kena dekat tangan. Saaaaaaakit! Lepas tu kan? Leceh la nak setelkan udang. Kata Kaklong kalau malas, kopek je kulit and buang kepala terus. Senang. Tapi kepala udang tu la buat sedap sebenarnya. Nanti keluar juice dia.

Sambal tu nak masak dia kena lama ok? Kalau nak kuah dia merah gelap, masukkan gula awal-awal. Udang tu kena goreng dulu sebab nak matikan air. Kalau tak nanti jadik sambal berkuah pulak. Tak best la.. I ada rebus Telur Masin as well. Layan giler makan dalam daun pisang dengan Salmon Head Curry yang Shariffah bawak. Dia bawak je. Makcik dia yang masak. Tak adil sungguh. Hahahaha. Nanti yang Pot Luck tu, I letak dalam entry lain ok? (Kalau rajin la).


Minyak tu, seram! Selamat Mencuba!

-eNd-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...