Showing posts with label Wedding Kakyang. Show all posts
Showing posts with label Wedding Kakyang. Show all posts

Friday, December 2, 2016

#ayangeddyassemoga - Part IV (Kenduri Belah Lelaki Lagi)

Assalamualaikum..

Rasa macam harini baru hari Selasa je sebab baru dua hari kerja kan? Hahaha. Dah 2 minggu berturut-turut bizi dengan Kakyang and Eddy punya wedding, minggu ni la relax sikit. Semua dah selesai dah. Harini I share la gambar dari wedding Kakyang belah lelaki dekat Sg. Tekam Getah. Photoghrapher anak buah Eddy. Tak sure dia ambik gambar secara professional ke tak. Yang belah KL korang jangan nak hingaq tanya dekat I sebab memang I tak dapat lagi dari Kakyang. Ni yang share pon I ambik dari WhatsApp Group family je. Biar lah Kakyang pilih gambar mana yang dia suka, kalau I pilih nanti semua gambar I nak masukkan habes sampai kelantai gambar je semua. Tak kena gaya, gambar aku sorang posing je yang tak tahan. Makcik Pengantin over memang macam ni. So semua orang kena la redha ye? Hahahah. Tema kitorang belah lelaki is Light Chocolate + Emerald Green. Kena pakai warna light2 je sebab cuaca panas, tak berapa sesuai nak pakai kaler garang. Pengantin asalnya nak pakai songket hitam tapi due to technical problem pakai songket putih ni. Lawo jugak! Pelamin, Make up and baju by Galeri Fitrah. Tauke dia nama Kaklong. Memang popular bridal ni dekat area Jengka. Kaklong pun ambik job merata sampai Hulu Tembeling, Jerantut, Kuala Tahan semua dia tapau. Suami dia pon sekarang jadik Photoghrapher as well so senang la pengantin, apapa boleh ambik package terus. Dah jom tengok gambar. Apa yang ada je la eh? Kalau Kakyang share lagi nanti, I share dengan nkorang.


Tengok muka Kakyang ni is combination of muka I, De and Kaklong. Dulu masa dia kecik, muka lebih pada muka De. Kata Kaklong, ‘Penat aku mengandungkan Ayang sesuka hati je muka dia macam muka nko De’. Haha. Ni dah besar lain dah sikit muka dia. Hidung paling mahal sebab bengkok kebawah. Mata sepet mewarisi keturunan darah Cina sipi-sipi dari arwah Ayah.

Tuesday, November 29, 2016

#ayangeddyassemoga - Part III (Kenduri Belah Lelaki)

Assalamualaikum..

Macam yang Ain cakap dalam previous entry, I sekarang ada dekat Villaku Residence Balok untuk staycation dengan kawan-kawan apartment pulak. Bengkak je hati Boss I sebab I belasah cuti 3 hari berturut. Ni dia taktau I nak pergi Langkawi pulak ni, kalau dia tau ada dia suruh resign terus. Kah kah kah. Ok back to Villaku, Last time on April I pergi sini dengan BBI buddy. Rasa macam baru je pergi sini, ni dah datang balik.  Kitorang gerak dari Pahang rumah Mak sebab kebetulan wedding belah Eddy dekat Sg Tekam Getah Sabtu haritu so senang sekali harung la terus ke Kuantan. Anyway entry ni is unofficial untuk #ayangeddyassemoga tau? Gambar ambik dari handphone je ha. Konsep dia, kena redha dengan apa yang ada je. Yang lawo-lawo tunggu dapat dari Kakyang yang entah zaman bila la nak dapat tu. Ni pon pinjam hotspot iPhone untuk guna dekat Samsung sebab nak update blog dari iPhone agak menyirap oren jugak. Sejenis gigih jugak I. Nak harap internet Villaku ni boleh tahan lembap la jugak. Lembap macam kekura. Ni Shein tengah membutaaaaa. Kemain tadi dia swimming dah dekat dua jam. Lepas mandi, lepak dekat katil tetau dah sampai Hong Kong.. Orang ajak naik dia cakap. 'Mama? Go!' Ewah engkau. Sesuka hati je halau Mama. Time lapar mintak makan dari dalam kolam. I suap dia makan dah macam bagi ikan dalam kolam makan lepas tu panggil krrrr krrrrr macam panggil ayam. Hahaha. Meanwhile, jom tengok gambar dari handphone I untuk wedding sebelah Eddy. Ok?


Make up I by Kak Hanusa. RM80.00 je. Murah kan? Sapa nak pergi la Jengka Satu. Cari Kak Sa. Thank you for dolling me up Kak Sa.

Wednesday, November 23, 2016

#ayangeddyassemoga - Part II (Kawan-kawan Makcik Dia)

Asslamualaikum..

Tenkiuuuuu pada tetamu-tetamu Kaklong and Abang Long yang hadir masa Majlis Perkahwinan Ayang and Eddy dekat Dewan Merak Kayangan Sabtu lepas. Al-hamdulillah majlis berjalan dengan lancar and tetamu pon ramai yang datang. Happpy sangat-sangat Mak Bapak Pengantin. Bukan takat Mak Bapak Pengantin, Makcik Pengantin yang sama naik bizi pon tak pepasal happy jugak. Kemain dia tu. Sampai sekarang macam tak boleh nak get over pulak sebab tak sangka Bersih yang $%$#@$%!! tak bagi effect pada majlis Kakyang. Tetamu ramai! Start dari 12.30 ke atas, tetamu makin ramai makin ramai. Sebelum tu  dewan kosong macam Birthday Party je. I tengok Kaklong and Abang long muka dah cemas tapi Alhamdulillah lepas tu tetamu bersilih ganti datang and ada yang datang in between nak topap lauk, maka makan nasik dengan lauk apa yang ada je.

Dengar cerita ada yang sampai 4 kali beralih tempat and bertambah-tambah makan. Alhamdulillah. So dekat sini, I mewakili Kaklong, Abang Long dan keluarga nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada kawan-kawan, keluarga kedua belah pihak dan semuaaaaa yang hadir memeriahkan majlis. Terima kasih banyak-banyak and from the bottom of our heart, kami rasa sangat berbesar hati menerima kehadiran anda semua. Hanya Allah yang dapat membalas budi baik anda sudi memberi kebahagian kepada kami pada hari tersebut. Tsssk tsssk. Sebak pulak. Anugerah ini juga, saya tujukan untuk Mak dan Ayah eh Ayah dah meninggal. Mak di kampung dan semua peminat-peminat Suraya Fan Club. Ketua dia Ain, Penolong Ketua Aisyah. (Tetiba ucapan macam menang anugerah) Haha.


Gambar dengan Cikgu Viral Hengseng letak paling atas la. Harap Rish tabah gambar dia bawah-bawah. Haha. Dari Kiri : Anny, Ellis, Cikgu vnkery, Kaklong and Siti Nurhaliza

Monday, November 21, 2016

TRAGEDY TEMPAH BAJU DI HIASNI DESIGN ARKED MARA

Assalamualaikum..

Alhamdulillah Ayang and Eddy dah selamat menjadi suami isteri yang sah pada 19/11 Sabtu lepas. Majlis nikah dia pagi tu dekat Dewan Merak. Lepas tu emcee dia ialah I la. Cayalah Suraya! I sangat berbangga dengan diri I sebab berjaya handle majlis (boleh je kan bangga dengan diri sendiri kahkahkah). Tak sangka I langsung takde anxiety masa tu cuma suara Mak Tiri garang bagi announcement tu tak dapat nak elak. Rasa macam dah Siti Nurhaliza habes sekali orang komplen kata emcee garang. Mana tak I menyirap? Bila cakap Majlis Pernikahan akan berlangsung sebentar lagi tapi macam bercakap dengan diri sendiri sebab tengok orang macam buat taktau je. Tu yang dua kali bagitau, ‘Harap semua dapat masuk ke dalam dewan sekarang kerana majlis pernikahan akan diadakan seeekaaaaraaaaaang’. Hahahaha. But overall ok je. Kalau Dato’ Jalaludin Hasan jadik judge ni mesti dia cakap, ‘Saya bagi awak 5 markah!’. Sesuka hati je 5 markah padahal patut 5 bintang tapi biasalah, ongtueeee mana dia kisah apa janji maksud sampai. Ye dak? (Tu Ain tu nak cakap la tu, sama macam Kaksu la ongtueee)

Actually untuk entry harini, I taknak cerita pasal wedding Ayang and Eddy #AyangEddyAssemoga. Tu tunggu dulu la eh? Kasik dapat gambar dari official Photoghrapher la baru kita borak panjang. 1 thing I regret is tak jamah langsung makanan masa hari tu sebab maklumlah bizi? Kata Mak Pengantin? Dengar cerita ada Nasi Tomato, Rendang Ayam, Rendang Daging, Daging Tetel Masak Hitam, Dalca Sayur, Ayam Masak Briyani, Pajeri Nenas, Isi Ikan Masak Sweet Sour, Nenas Masak Lemak Kuning and many more lauk pauk siap buah, ulam and sambal belacan. Ada pulak station Teh Tarik lepas tu ada memacam jenis kuih-muih sesedap macam popia basah, seri muka dengan Apam Balik Rangup segala siap Kambing Golek, Laksa Johor, Mee Sup. Perrghhhhh telan ailio nak cerita. Lepas tu terkilan tak dapat layan sangat tetamu especially yang I jemput and PALING TERKILAN AMONG ALL IS BAJU I. Ramai yang puji cakap cantik kan? Meh I cerita apa cerita disebalik baju ni. Sebelum tu, tarik nafas… hembus nafas… Tarik… Hembus….


Theme Plum. Plum ni dia manja sikit dari purple tapi adik beradik purple la.

Friday, November 18, 2016

#ayangeddyassemoga - Part I

Assalamualaikum.

Today I cuti. Nak tolong Kaklong apapa yang patut untuk Kakyang and Eddy punya Wedding esok. Hashtag #ayangeddyassemoga. Bongok la Kakyang ni. Apa I kasik suggestion dia tiru bulat-bulat. Ni untuk photobooth punya instant photo printing sebenarnya. Assemoga tu memang family kitorang je tau. Tu kira macam secret language la. Birthday pon assemoga, kawen pon assemoga. Lepas ni lambat lagi la nak guna assemoga untuk kawen sebab Aiman ni baru 14 tahun. Assemoga ni dapat sebab dulu masa Sasha kecik, kalau tanya Atok pergi mana and dia time tu tak berapa pandai cakap so dia kata 'Atok assemoga'.  Assemoga tu kan dia ambik dari lagu 'Selamaaaaat Pengantin Baaaaru. Ssssseeeeemogaaaa berpanjangaaaaan'. So pendekkan jadik la 'assemoga' so dari situ la dapat. Haha. Ok sambung citer tadi. Basically tadek tolong apa but more tolong menyebok je la kot I guess. Hahaha. Pagi ni ada talent review Nuffnang siap ada Regional Manager dari Singapore join meeting **matilaaaaaa lepas tu straight pergi rumah Kaklong. Pukul 3.00pm ada rehearsal dekat Dewan Merak. Emcee is Mira and Cikgu Vnkery. Cikgu Kery dia rehearsal sendiri je la sebab dia sampai lambat jap lagi. Mira je la sorang berangan macam Vanida Imran. Yang ni aku dapat agak dah ni. Vanida tu half berat dia kot? (Padahal dengki memang suara Mira macam Vanida). Haha. I tanya Mira, 'Mira nanti Sabtu nak mekap artis ke or nak mekap sendiri?' Kata Mira nak mekap artis la. Naseeeeb baik la. Kalau tak korang pon tau kan? Mira ni masa bila yang muka dia nampak mandi? Takde. Except masa hari dia kawen dulu. HAHAHAHA. Kakyang pon dah bagi text, lepas tu I baca ayat dia memula tulis macam ni. 

"Beriringan masuk ke dalam dewan, sama cantik dan sama padan, pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari;

ZULKAFFLI BIN HASHIM  dan ANIS NAZIERA BINTI  RAHIM"

Terus I tak puas hati lepas tu tanya Kakyang, 'Kenapa yang banyak puji diri sendiri ni?' Kata Kakyang 'Ini ikut teks dekat blog laaaaaaa'. HAHAHAHA. Dengki je I. Biasa lah Makcik perasan Diva. Kalau boleh esok crown I kena lagi tinggi dari DSV. Kalah perantin. Kah kah kah


Pre-Wedding Photoshoot kidnap dari DP WhatsApp Kakyang. Amboi kemain gembira pegang bet fwen I.

Tuesday, October 4, 2016

Sehari di Jakel for Kakyang Wedding Preparation

Assalamualaikum..

OMG nak muntah tengok Mercedes CLA kaler merah ni. Apesal la ko lawa sangat??? Harap-harap la masa birthday minggu depan ni ada orang sudi hadiahkan. Kalau ada, syukur al-hamdulillah. Heeeeeee Bak kata Amsyar kalau sendawa lepas makan, ‘Alhamdulillah… Mujur ada Pamoga’. Kentut dia la. Sapa ajar ayat belakang tu entah. Alhamdulillah dah ok dah. Tetiba mujur ada pamoga pulak dekat belakang. Hahahahaha. Ngek la Amsyar! Semalam masa berpisah diperkarangan Hotel De Palma dengan Shein memang drama habes. Sedih la dua orang tu. 3 hari main sama-sama tetiba kena berpisah. Jangan kata bebudak tu, dengan I sekali sebak. Mak dah nanges dah. Ko la De, duduk sampai Klang sapa buat apa? Dekat Ampang ni melambak kot rumah? Dah jauh nak datang. Sabtu – Isnin, I banyak spend time dengan GF and Adik-beradik. Nak setelkan hal wedding Kakyang and Eddy bulan November ni. Haritu ada readers yang nak datang wedding Kakyang, I pon dah lupa sapa. Nanti email I balik ok? Boleh reserve table. Anyway, masa hari Sabtu, kitorang serang Jakel untuk carik kain pasang untuk wedding sebelah Kakyang and sebelah Eddy. Atin-tin yang bagitau Jakel ada sale giler. Memang giler weh! Kain samping pon jadik murah, tudung Ariani pon sale sampai 50% sukaaaaa hati dia je. Rezeki kitorang la. Kebetulan Mak datang KL so segerombolan la kitorang ke Jakel sampai bersila memasing pilih kain.


Warna belah Kakyang is plum. Lawan dengan  tudung kaler gold manja-manja bapak la lawa. I dah tempah dah dekat Medan Mara semalam. Buat cutting pwincess, lepas tu nanti pakai turban siap ada border lace with batu Swarovski bagai aku pon taktau sapa yang nak kawen sekarang ni. Kah kah kah.