Friday, October 28, 2016

Thank You Linda Sebab Baik

Assalamualaikum..


Dalam hidup kita ni, kekadang Allah bagi jumpa dengan orang-orang yang baik dan ikhlas from nowhere. Bila fikir balik, entah sapa-sapa and datang dari mana la. Maybe tu Dia bagi hadiah sebab kita dah buat baik dengan sesapa ker, we never know. Orang yang Dia bagi jumpa tu pulak tetiba sekepala, yang kita happy bila dengan dia. I jumpa ramai by takdir. By takdir tu maksudnya dia bukan kawan sekolah, bukan kawan kerja, bukan sanak saudara ke apa tapi accidentally jumpa sebab satu-satu menda lepas tu get close, boleh get along and I boleh percaya. Semangat setiakawan yang tinggi lepas tu ada usaha untuk jaga hati kita and bukan one sided. I serik dengan ‘so-called’ kawan tapi ada niat lain. Paling menusuk dalam hati bila kita ikhlas buat baik tapi dicanangnya satu dia kita nak tumpang popularity dia and menempel. Gaya cerita macam la artis sangat padahal takde apa pon. Orang lain lebih hebat padahal tapi takde nak menunjuk pon. Poyo je lebih. Yang tu, boleh blah. Nak cakap menyesal sebab pernah tolong pon tak baik jugak tapi harap orang yang suka meninggi diri ni, ingatlah Allah sikit. Jangan bongkak. Dia bagi ko senang sekarang, esok lusa dia nak tarik macam tu je. So bawak bertenang. Relax-relax sudah. Menda dunia ni tak kemana pon. OK? So sambung cerita. One of orang yang I jumpa by takdir yang I sangat hargai ialah Linda. Linda yang biasa make-up I untuk any event tu. Now dah jadik macam make up artis official I dah. Padahal takde janji apapa pon. I je apapa carik dia je. Make up cantik ramai yang boleh make up tapi orang yang hati baik ni macam susah sikit nak jumpa.


Ni la Linda. Sejuk je tengok muka dia ni.


Terima kasih Linda, selalu mekapkan Kaksu cantik-cantik and baik dengan Kaksu. Baik sangat-sangat Linda ni. Linda ni kekadang dah macam orang kanan I dah. Nak apa jer semua I tanya Linda dulu. Dari make up, ke khemah kenduri, ke Photoghrapher, ke catering hatta I punya turban and baju-bajan untuk photo-shoot and event pon dia carikkan. Tolong bersungguh sampai kekadang I naik segan ok? Nak dapat dia punya bank account punyalah susah sampai rasa lepas ni taknak dah la tanya Linda kalau ada apapa. Nak buat sendiri jer. Kang nanti dia taknak duit. Baju-baju tudung segala mala tu yang dia carikkan semua taknak duit. Sabar ajer la. Anny cakap ‘Linda sayang ke dekat Suraya?’ Dia cakap ‘Sayang laaaa’. I tau dia sayang I and kita ni kekadang boleh tau orang tu baik dengan kita sebab betul ikhlas atau sebab ada menda lain. I suka Linda ni one thing sebab dia tak bergossip. Dia tau cerita pon dia tak tanya and tak pernah dia tanya apapa hatta issue panas pon. Kekadang ada je I kenal and jumpa customer yang kebetulan baca blog habes semua menda nak gossip. Padahal baru first time jumpa. Linda tak. Dia jenis pendiam je and tak sebok hal orang lain. Yang dia tau, buat kerja dia. Dia tak ambik kesempatan nak tau pasal personal or apapa la dari I. Sebab tu I suka and sayang Linda. I kenal dengan Linda by kebetulan je. Dulu ada pernah keluarkan entry pasal nak carik MUA and Linda email. Dia cakap nak make up and sponsor Kaksu seumur hidup. Hahahaha.

Haritu masa Linda nak past turban dekat I, kebetulan masa tu I tengah moody pasal menda-menda bodoh, terus ajak Linda lunch dekat Victoria Station. Padahal masa tu kerja tengah banyak, tapi takper la. Terasa macam nak someone to talk. VS pon tak jauh dari office I so boleh la belanja Linda makan. Lagipon susah jugak nak date dengan Linda ni. Dia career woman, bukan MUA full time. Lepas tu anak dia ada 4 ok? Now husband dia tengah kursus so anak semua dia handle. Dalam pada tu, sempat lagi dia in between make up kan I, carikkan baju tudung semua. Mana entah dia slot masa I pon taktau. I saspek dia pon part time power ranger s sama macam I. Tapi I kuning, dia pink la. Ada sekali, Linda mekapkan I dekat rumah, husband dia and anak-anak 4 orang tunggu dalam kereta Ya Allah. I rasa bersalah sangat. Tapi kata Linda husband dia paham and biasa macam ni. Nanti husband dia bawak la anak-anak dia pergi makan ke, taman ke while dia buat kerja. Linda ni pon kerja company besar, executive. Bukan calang-calang pon. Budak bijak dia ni tapi relax je. Very down to earth. Takde nak poyo tak tentu hala.

I pernah jumpa orang yang poyo ramaaaaai. Tak jumpa lagi ni, baru deal dalam handphone dah nak up. Cakap kerja engineer, rumah dekat Hartamas ada 8 bijik, anak orang kaya bapak nama farok si gagak hitam. Cakap pon nak speaking je. In between conversation ada sarcastic punya ketawa, sekali bila dah jumpa baru la nak tone down a bit. Maybe dia anggap I ni sejenis menempel yang takde apapa, busuk lagi buruk kot? Geram pulak bila ingat. Tapi kekadang menda ni macam fitrah pulak I tengok. Kalau introduce diri sebagai kuli je, terus orang yang nak deal pandang rendah. Ko dah kenapa yang nak ada double standard? Layan semua orang sama tak boleh ke? E!


Banyak pulak bebel. Baik share makan apa haritu dengan Linda I makan ni, Long Fed Sirloin . RM84.81. Medium rare. Rasa macam this time la steak dekat sini I makan paaaaaling sedap. Macam terasa semua seasoning steak ni. Tengok gambar pon tau.


Linda makan VS Ribeye. Tengok beza dia punya side dish. Linda ambik baked potato, I ambik wedges. Hehe. Yang ni RM75.37 harga dia


Escargot my favorite, wajib order. RM22.54 untuk half dozen.


Tetiba pegang kentang

Sambil makan, sambil berbual and share idea. Linda ni budak bijak sebenarnya. Banyak idea dia yang best. Ni la baru first time serious conversation macam ni. I pon memang galakkan Linda untuk lebarkan dia punya kerja MUA ni. Dia pon make up cantik. Tak banyak hal. I sure ramai yang selesa dengan service dia. Nanti InsyaAllah Linda akan buat kelas make up dia. I suggest dia buat class make up untuk yang baru nak belajar make up. Yang orang boleh mekap cantik sendiri pergi kerja or pergi wedding ke. InsyaAllah pasal tu nanti kemudian I share dengan nkorang eh? Thank you Linda sebab baik dengan Kaksu selama ni. Banyak tolong Kaksu. Kaksu doakan urusan Linda dipermudahkan dunia akhirat and sihat, berjaya, kaya, cantik and biar semua yang indah-indah je Linda dapat. Just kekalkan apa yang Linda buat sekarang. Your attitude buat orang sayang Linda. Just don’t ever change. Ever. OK?

019-6416293


-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...