Assalamualaikum..
Semalam tengah cerita bab Kakyang punya wedding, tetiba tingat Ah Cheng Laksa lepas tu menggelupur nak makan jam-jam tu jugak. Naseb la dekat Ampang Point sekarang dah ada Ah Cheng Laksa ni. Ampang Point hebat ok sekarang? Ada Boat Noodle, Ada Ah Cheng Laksa, ada Sangkaya, ada Paddington House of Pancakes. Kemain kan? Tapi bagus jugak. Senang nak singgah sini kalau tingin apapa sebab dia dalam Ampang. Anyway sebelum bercerita lebih lanjut pasal Laksa ni, I nak cakap sikit pasal experience I dekat Hiasni Boutique tu. Dalam FB tengok banyak komen cakap terkena jugak dengan Boutique ni. Almost same experience and ada komen make sense jugak. Probably boutique ni sub kan job dekat tailor lain sebab tu charge dia mahal. Ada yang sama naik marah and ada yang cakap jangan disekat rezeki boutique ni. Kena muhasabah diri balik and redha andai rezeki tertulis kena ketuk. Redha tu memang la redha tapi tujuan sharing tu supaya bagi peringatan pada boutique owner supaya jaga service. Makesure pekerja jaga bahasa. Layan customer elok-elok, buat ikut apa yang customer nak and charge jangan nak melampau-lampau. Bukan seorang 2 yang terkena macam ni. Ramai. Ramai yang tak puas hati tapi ramai yang end up diam and tak buat apapa sebab tak kuasa. So, take it as a challenge and baiki balik service. Customer complain kena la accept. I memang tak boleh let go now. But kata la Allah dah janji rezeki akan berjaya, bagi la 20k sharing dalam FB pon takkan terjejas perniagaan dia pon.
Niat asal nak makan Laksa je. Tetiba ada pulak Combo Laksa + Drink + Snack. Snack pulak ada keropok lekor dah tu takkan nak tengok je? RM16.00 harga combo ni.
Ah Cheng Laksa ni dia macam Laksa Penang biasa tapi macam kacuk Laksa Chinese Style yang macam dekat Ampang Park tu pon ada sebab dia ada nenas, ada mint leaf dengan petis udang (optional).
Sedapnya kerokok lekor dekat sini. Nanti let say tingin nak makan keropok lekor and tak jumpa jual dekat mana-mana boleh la makan dekat Ah Cheng Laksa.
Sapa kata dekat kedah je ada Laksa Ikan Sekor? Kat Ah Cheng Laksa pon ada la. Tapi dekat sini ikan dia sebelah je and takde tulang. Lagi senang nak makan.
Ada yang tanya, Ah Cheng laksa ni halal je? Of coz halal. Dia nama je bunyi cina, tapi dia halal dan own by orang melayu. Tak silap I yang franchise Ampang Point ni kawan Aliah kot? Untuk branch Ampang Point, kawasan dia besar jugak. Tak la kecik macam Avenue K. Nak beratur pon ada space and tempat top up cili potong and segala mala sos terjaga rapi. So best la. I kalau makan Laksa suka limau banyak-banyak, cili potong banyak and petis udang. Baru syok! Ni kalau dekat rumah memang I makan dengan kicap. Sazli berbulu je tengok I makan everything with kicap sebab dia cakap I kill the taste. Ni tahan la jugak perangai kicap. Dulu ada satu masa, I makan nasik pon nak perah asam limau. Kalau tak rasa masam, rasa macam meloya. But now ok. Ishk, cakap pasal asam ni, teringat pulak Asam Pedas. Sedapnmya Asam Pedas letak daun kesum banyak-banyak. Daaaaaaaaaaaaaaaah Asam Pedas pulak! Haha. Dekat Setiawangsa ada Restoran Asam Pedas. Sedap! Set dia ada Asam Pedas + Telur Masin + Ulam Salad. I suka order Telur Dadar as well. Dia serve dalam kuali. Ni kalau dekat kampung serve dalam kuali mesti melayang kuali kena campak dengan GF. Hahaha. Asam Pedas makan dengan nasik lepas tu lawan dengan Sambal Belacan + Kicap manis. Perrrrrrrghhhhhhhhh!!
Ah Cheng Laksa
Ampang Point Shopping Centre
No 71 Jalan Memanda 1
68000 Ampang
Malaysia
-eNd-
2 comments:
"Dia nama je bunyi cina, tapi dia halal dan own by orang melayu"
u gotta get yr facts right dear. Ah Cheng Laksa tu originally from Penang. owner dia pn pernah sebut antara special ingredient yg digunakan utk buat kuah laksa adalah darah babi. Btw, jakim pn dah sahkan hanya cawangan "tertentu" sahaja yg dapat sijil halal manakala yg lain masih tiada sijil halal dan status halal nya harus diragukan
letak darah babi lepas tu pi mintak halal kat jakim..apa benda ni?? mcm tak lojik ja..btw betul ke owner dia ada kata special ingredient letak darah babi?...ingat sis benda tak pasti boleh jatuh fitnah..jenuh nak merangkak nanti..
Post a Comment