Wednesday, November 16, 2016

Dolly Dimsum!

Assalamualaikum..

Lepas balik dari hunting Harley Electric Scooter I ajak Sazli makan dekat Dolly Dimsum sebab memang teringin nak makan Salted Fish Fried Rice dari Jumaat lagi. Masa Jumaat tu I nak ajak Intan, Izzy and Kaklong makan kat situ tapi queue punya la panjang. so kitorang end up makan dekat Johny Rockets. Masa telan burger tu rasa macam nak muntah pon ada sebab dalam kepala dah set Nasi Goreng ada rasa masin and dah sampai ke tekak dah rasa nasi goreng tu but bila telan rasa daging. Hahahah. Tapi bila makan buat muka 'sedap' je, Padahal rasa macam nak terkeluar dari tekak. It's not Johny Rockets burger tu tak sedap taaaaaapi I ni, kalau teringin nak makan yang satu tu, tala la depan muka makanan lain yang sedap, takde der I nak. Masa nak makan dekat Dolly Dimsum ni, Sazli offer Menate tapi I cakap I taknak. Dia pandang I buat muka pelik. I cakap, I teringin Dolly Dimsum dari semalam lagi. Dia punya teringin bab makan dah macam tak boleh nak compromise ok? Kekadang bawak nanges. 

Ni ha I teringin nak makan mee hoon sup. Tapi yang jiran I dekat kampung buat. Dulu masa sekolah agama petang, kitorang selalu la beli laksa and mee hoon sup dekat rumah Maklong. Ataupon balik sekolah ramai-ramai naik basikal singgah kedai Arwah Pakcik Zainal Tebu. Mak Timah (wife dia) buat Laksa terpaling sedap dalam dunia. Letak dalam plastik ABC lepas tu letak straw. Hirup kuah guna straw and bila kuah dah habes, bocorkan bawah plastik, makan laksa tu pulak. Ni ongkampung je tau makan macam ni. Bebudak bandar taktau. Yang mihun sup tu pulak dalam dia letak sos cili dengan sambal kicap. Sedapnyaaaaaa. **dan air mata bercucuran.


Budak Shein ni sebok la nak paper and pencil lepas tu bila lambat dapat nak jeling-jeling Mama. Buat la perangai Sultan Melaka dia tu. Orang meja sebelah tengok je Shein campak-campak pensil. Memang biasa dia buat perangai time Sazli takde. Time ni Sazli solat.



Ha, ambik pensil tu. Makan! 

I cakap pasa Sazli, I akan order and nak makan terus sebab tak tahan. Segan kalau makan tak tunggu Sazli. Dia jenis kalau keluar makan, tunggu semuaaaa makanan orang sampai then only makan sama-sama. Dia tak kisah pon makanan dah sejuk ke apa. Dulu masa bercinta kalau keluar makan dengan Sazli, I kekadang telan air liur tengok foods. Walaupon dedua makanan dah ada, dia ajak borak-borak lagi. Kekadang 10 minutes pon tak start makan. I tangan bawah meja dah mengetap-ngetap. Hahahahahaha. Sazli jenis boleh tahan tengok foods. Makan relax and slow-slow je. I pulak jenis nampaaaaaaaak je terus nak terkam. Beza sungguh.


Tu sebenarnya  Prawn Cheong Fun tapi tinggal prawn je. Yang cheong fun tu Shein experiment makan guna chopstick. Tak masuk mulut lagi dah jatuh, sudahnya kutip guna jari jugak. Hahaha.


Tengok tangan sapa debab siap ada ketul dekat thumb? Tu kesan dia punya habit hisap ibu jari.


New menu from Dolly Dimsum. Fried Chicken Wings. RM11.80


Dolly Mozza Roll. Favorite Sazli. RM11.90


Tak sah kalau tak order. Egg Custard Bun. RM7.80


Siew Mai. RM9.80


Salted Fish Fried Rice. RM21.50


Shein suka makan Cheong Fun so kitorang order plain cheong fun for him. RM7.50 je.


Sementara tunggu Abah ambik kereta, Shein sebok la ajak turun naik escalator. Buat la perangai original people dia tu.

Datang makan kat sini turun dekat foyer and masuk terus restaurant. Takde pon menyinggah mana-mana. Siap makan pon terus balik. Tak boleh stay lama-lama sebab badan pon dah penat. Sazli pon sebenarnya badan tak berapa sihat sangat. Tapi time tengok Harley Electric Scooter tu ada la I nampak dia tetiba macam sihat sekejap. Hahahahaha. Tq Papa for today. Bawak I dengan Shein jalan-jalan macam ni. Hopefully by this month dapat la Scooter Sazli tu. Ni ada kawan I cakap scooter ni jual murah dekat GM Klang. Dalam RM550.00 je. Kata la spec dia sama yang macam kitorang tengok, nanti I share eh dekat nkorang. Murah gileeeerrrrrrrrrrrrrrrr!!

-eNd-

1 comment:

Nur Aishah said...

SU...'ABANG' SU..'ABANGGGGG'..

" Sementara tunggu Abang ambik kereta, Shein sebok la ajak turun naik escalator. Buat la perangai original people dia tu."

hahahhahhaa ... baru tau su & sazli is husbnd wife! hahahhahaa