Wednesday, November 30, 2016

GOODBYE VILLAKU RESIDENCE, WELCOME BACK KL! (AND KAIN SEGUNUNG)

Assalamualaikum...

I otw balik KL ni. Dah 3 hari cuti rasa becinta sangat nak masuk kerja. Bercuti memang best, tapi ni ha kain sebukit nak cuci ni apa kes? Huwaaaa. Imagine kain baju kitorang anak beranak dari Sabtu sampai harini melambak-lambak. Muntah la mengadap kain sampai KL nanti. I ingat nak try guna self-service Dobi tu tapi takot baju rosak. Experience I dengan Dobi ni tak berapa nak best. Ada baju jadik kecut, ada yang jadik kembang. Baju putih jadik hitam sebab warna baju lain luntur or chemical terlalu kuat I tak berapa sure. Now pulak musim hujan, kekadang basuh baju dah 3 hari pon kain sejuk je. Was thinking nak guna dryer tapi 1) Takot baju rosak 2) Takde tempat nak letak. Dekat yard belakang ni memang dah takde ruang. Rumah pun tak berapa nak besar kan? Sedih sangat. (Start la buat cerita sedih pasal kain baju kah kah kah). InsyaAllah boleh settle ni, tapi Slowly la. Bagi I 3 hari je, lepas tu kain akan back to normal. Now I dah boleh tahan dah rajin lipat kain, taktau la kenapa, tebiat nak mampos kot? Haha. Cuma tak boleh blah dah tengok 2 bilik dekat rumah ni dah jadik macam wardrobe dah. Dengan baju Shein, Sazli and I sama naik banyak. Habes buai electric Shein pon jadik tempat sangkut baju.  patut mana yang tak pakai tu asingkan. Ni tak, simpan jugak. Nak bagi orang sayang sebab kononnya each baju ada sentimental value. Tu pon mana baju yang Sazli pakai untuk tido yang ala-ala roti kirai habes dah I buang. Sazli tu selagi ada dia akan pakai. Buat la miskin dia tu pakai baju koyak dekat collar and ketiak. Menyirap je I tengok. Dah pesan banyak kali, jangan pakai baju koyak sebab memarisi kepapaan tapi kesah pulak dia? 

Haaaaaa. Skali dapat chance membebel berjala engkau! Tadi ni padahal nak cakap vacation dah habes. Habes semua kisah baju  I tapau bebel sekali. Hahahha.


Goodbye Villaku Residence. Till we meet again, InsyaAllah. Ni bergambar dengan family Abang Zai, family Abang Syahrul, Family Kak Fiza and family Sheindong

Tu tengok la Shein, dah macam apa je. Hitam! Tu baju orange seluar orange tu dia yang pilih sendiri. Dah macam vel vel dah. Hahaha. Kata Sazli, 'you have a good taste son'. Ni dia gurau ke apa ni? Haha. Muka tu dah lebam dah mandi kolam pagi petang siang malam. Ni tadi kena cakau dengan cat sebab berebut merangkak bawah meja. Kucing tu taknak makan nasik, dipaksanya makan dah kena cakar tapi Shein ok je. Takde dendam dengan kucing. Kucing tu dah cakar pon molek je I tengok dia bekawan. Kalau dengan Mama pantang silap ditamparnya terus. Haha. Tadi masa main kolam I tanggalkan pelampung tangan dia tu, saje je nak test swimming skill dia tapi dia marah. Padahal bukan tak boleh berenang. Semalam masa Danish masuk kolam, member tak tahan terjun terus masuk kolam yang dalam lebih kurang sampai dada I tu. Tapi elok dia terjun, berenang naik sendiri atas tebing. Hahaha. Boleh ajer berenang tapi bila dah ada pelampung otomatik jadik pemalas. Sama la dengan skill bercakap, bukan tak boleh tapi m a l a s. Haritu Shariffah send video dia spell nama dia, pandai je. Alphabet pon dia dah tau tapi taknak dia tunjuk skill depan I. Malas! Yang tak malas apa? Makan. So far yang tu dia rajin. Tapi ikut mood jugak la. Dapat lauk tak berkenan, susah jugak nak makan. Sekarang ni kalau dia tanak makan I sebut, 'Mr David, Shein don't want to eaaaaaaat' nanti laju dia makan. Kekadang masa I suap, dia sendiri sebut 'Mr David, eaaaaaaat'. Hahahha. Takotkan diri sendiri pon ok jugak. 

Next week InsyaAllah nak bawak Shein pergi tengok Ultraman pulak dekat Genting Highland. Tiket semua dah beli dah. Tenkiu Blog Readers Aisyah tolong handlekan sebab ticket Ultraman ni nak beli semua computerize and random pick by computer if book online. Nak book offline pulak tak boleh. So tak dapat la Shein tengok row paling depan tapi still la VIP seat yang kelompok depan tu. Jadiklaaaa dari last year seat lagi jauh kebelakang. Ain PA I olok-olok tolong collect dekat JB office. Setel dah. Time tu pon birthday dia yang ke-4 so bagi dia enjoy sikit. Last year kitorang bawak dia pergi Avilion PD. Tak sangka dah setahun dah. Last year Shein 2 masuk 3 now 3 masuk 4. How time flies kan? Sekejap je rasa Shein dah 4 years old. Huwaaaaaaa!!

Oklah, I nak sambung reply WhatsApp ni. Untuk yang order HOC mintak maaf if I lambat response sebab now bizi menyelamatkan dunia. Mana yang dah order, semalam and harini kita dah post out dah semua. Stock semua size ada so far tapi selling fast. Lambat sikit order ko tunggu la 2 minggu baru dapat. Corset ni memang laju sale. Untuk tracking number harap bersabar eh? Nanti I akan update sekaligus. Jangan risau tak dapat corset, InsyaAllah semua dapat. Mana yang tak order lagi ceeeeepat sebab Sale sehelai RM130.00, 2 helai RM240.00 and 3 helai RM300.00 tu akan berakhir hari ni ok? Lepas tu habes. If korang lambat gaji ke, or tetiba ada urgent matter nak kena dulukan duit just whatsApp I bagitau berminat tapi financially tak berapa mengizinkan. Kita boleh bincang. Ok? Ok dah. Pening kepala ni mengadap phone lama-lama. Menyirap je tengok Shein ni tido. Senang la ko eh Shein, ngantok tido. Lapar makan. Takpayah fikir kain dah basuh ke, business ok ke, pasal masalah negara ke apa semua tak payah fikir. Hungtunglaaaaaaaaa.

-eNd-

1 comment:

Adam said...

Great article. Smart truths and good insights.
Bila entry yg lain nak tulis?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...