Thursday, December 1, 2016

Resepi Sambal Air Mata Berdarah Petai campur Terung Pipit and Baby Tomato

Assalamualaikum..

Penatnyaaaaaaaaaaaaa badan rasa bila activity non stop. Ni pon baru je dapat makan. Masa suap makan tadi menggigil rasa badan. I dapat makan Laksa and Kaklong dapat makan Mee Kari. Patut Mee Kari tu sama-sama tak dapat tapi Kaklong paksa orang cafe tu tapau jugak. Kitorang tadi tak sempat makan, tapi sempat tapau je sebab dah tak cukup masa. Kaklong tu padahal dia dah makan ayam seketul, dengan I taknak jugak mengalah. I ni last makan proper pagi semalam kot? Eee geram jer. Dah la buat lawak. Masa tengah queue order makanan ada la perempuan Syria dengan anak dia cantik je, datang mintak sedekah. Dia tunjuk kertas tu tulis 'Syrian Refugee'. Dia sebut, 'Fi sabilillah....' lepas tu Kaklong cakap, 'Ko ni agak-agak la. Tadi baru bagi dua hinggit, ni mintak lagi. Aku pon makan cookies timbang, ko makan kacang cerdik (pistachio). Ko lagi kaya'. HHAHAHAHA. Bongok la Kaklong ni. Lepas tu dia bebel-bebel cakap. 'Kata miskin? Tapi makan kacang cerdik?' Tapi memang betul je. dia dengan anak perempuan dia dalam umur 7 tahun macam tu, cantik je ok? Pakai pon cantik, kat mana yang nampak miskinnya entah. I tanya Kaklong, bila bagi RM2.00 tu? Dia cakap 'Kan ko belanja cookies tu? 100 gram RM8.00, ada balance RM2.00 aku sedekah la. Sekali tengok dia beli kacang cerdik lagi mahal dari cookies aku'. Hahaha. Yang mintak sedekah tu pon, takkan la lupa muka Kaklong macam mana. Naseb tak kena sekolah lagi lama. 

I pulak lapar giler sampai rasa macam nak nanges. (Actually dah nanges. Lapar lepas tu menanges tu fenomena biasa I. Sebab I memang beremosi dengan makanan. Hahaha). Ni dapat isi perut dengan Laksa rasa lega tapi don'f feel like eating Laksa so makan sikit je la. Tengok pulak gambar dalam henpon memacam makanan masa dekat Villaku semalam terus sebak. Huwaaaaaaaaaaa. Sedapnya semua sesambal yang I masak tu. Tapi sebab banyak lauk lain, so sambal dah jadik unsung hero je. Anyway, haritu ada yang mintak resepi Sambal Air Mata Berdarah Petai campur Terung Pipit and Baby Tomato ni, so today I share resepi ok?


Sambal Air Mata Berdarah Petai campur Terung Pipit and Baby Tomato
Bahan-bahan
  • Cili Padi - 20 tangkai (or more kalau nak lebih pedas)*
  • 7 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
Blender dengan secawan air
  • Bawang Besar - Dihiris
  • Ikan Bilis - Direndam
  • Minyak
  • Petai
  • Terung Pipit
  • Baby Tomato
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk Perasa (Optional)
Cara Membuatnya
  • Memula panaskan minyak dalam secawan
  • Lepas tu masukkan bahan blender sampai cili masak. In between boleh masukkan air kalau terlalu kering
  • Masukkan Ikan Bilis yang direndam dalam air tadi
  • Lepas tu masukkan semua tubuh-tumbuhan (Bawang Besar, Petai, Terung Pipit and Baby Tomato)
  • Last sekali perasakan dengan gula. garam and serbuk perasa
Air asam jawa dah tak payah masukkan sebab baby tomato tu dah masam. Petai tu kalau nak nampak gemok, usually I akan rendam dalam air semalaman, so dia jadik la size besar macam tu. Kalau kecut je, nampak pon tak selera. (Lain macam bunyik) Lagipon kalau rendam, nanti bau dia tak kuat sangat. Kalau nak, korang boleh goreng ikan bilis garing lepas tu tabur atas sambal sebelum dihidang. Pon sedap. Makan dengan nasik panas + telur mata kerbau kuning cair + kicap manis cakp kipas udang. Peeerrrghhhhhhhhhhhhhhhh wa cakap lu! Batu belaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...