Tuesday, December 6, 2016

Ikea Cheras with Maktok

Assalamualaikum..

Sabtu lepas I ajak Sazli pergi Ikea sebab nak beli table runner yang kaler merah tu. Yang ada ni dah kepam dah. Shein sekarang suka makan and main atas meja. Dia makan pon tumpah-tumpah semua atas table runner. Dah jadik macam dia punya part of art masterpiece (la sangat). I dulu pernah la basuh table runner ni, lepas tu kedut sejuta. Bila iron nampak macam bongok giler so I ambik keputusan untuk beli lain je la. Lagipon less dari RM15.00 so boleh jer la beli. Tapi dah nama pon nak pergi Ikea takde der apa ko nak beli, itu ko bawak balik. Takde istilah nak tengok-tengok sebab sesedar nanti 1 trolley usung bawak balik. Haha. Kata Sazli, boleh la pergi Ikea Cheras. Ajak Mak Azizah sekali, dia mesti suka. Lagipon Ikea Cheras takde la sesak sangat macam dekat Damansara. Dekat pon ye dengan Ampang so moh la pergi. MIL memula cakap dia selsema tak berapa sihat, dengar je nak pergi Ikea 50 % sihat, sampai dekat sana 100% sihat. Magic tak magic la kan? Dia cakap dia takde nak beli apapa. Nak tengok-tengok jer. Takper. Kite tengok apa yang nak tengok-tengok tu dulu. Haha. Kitorang keluar dalam 11.30am dari rumah, sampai Ikea just nice waktu lunch. Meja pon banyak kosong lagi and tak full. Alhamdulillah senang. Sebab Ikea punya restaurant ni mana yang pernah tak penuh? All the time penuh. Kot dekat Ikea Cheras ni yang tak full I tak sure. Tapi ada dulu sekali pergi dengan Sarah waktu lunch pon nampak lengang. Tak pon semua orang dah tak heran dengan meatball dia yang takde la berapa nak sedap tapi exaggerate lebih tu.


Tetiba ambik yang 15 pcs. Kata Mak kita makan sharing. So ok la ambik 15 pcs meatball. Taktau la kenapa tekak I rasa macam dah tak berapa sedap meatball dekat Ikea ni. Yang I buat sendiri dekat rumah lagi sedap. Resepi korang boleh tengok dekat sini tapi sumpah memang I buat lagi sedap. Tak tipu.



Menu baru. Chicken Ball. Yang ni sedap. I suka chicken more than meat tapi gravy dia tak sedap! So pada yang terliur ketap-ketap baju air mata bergenang depan PC tu takyah beria teringin. Takde la sedao mana. Ok?


Tapi Kepak Ayam Ikea memang WIN! Yang ni I sukaaaa giler. Makan 20 pon ok. Bawak tu is French Beans. RM6.00 1 plate. Tu sebenarnya kacan buncis version kurus-kurus je tu.


Ni Mak punya. Dia ambik Pasta + Meatball

I tak sure berapa harga each of meal ni tapi tak la mahal sangat. Semua ni dalam RM70.00 je kot. Ada hor water, soft drinks and air mineral lepas tu I ambik cake chocolate 1. Semua ni habes. Takde satu pon tetinggal. Kah kah kah. Kata tadi tak sedap?? (^_^) Lepas makan, I dengan Mak masuk Ikea and Sazli handle Shein. Memula jalan melenggang kangkung sebab kan taknak beli apapa? Nak tengok je. Sekali terambik here and there lepas tu upgrade bawak bag plastic besar tu. Lepas tu bahu rasa nak roboh sebab dah banyak barang terus upgrade trolley. Yang tak tahan tu habes segala Tong Sampah I hasut Mak beli. Mak pulak dah ambik penuh 1 trolley baru tanya, ‘Sini boleh pakai credit card tak? Mak takot tak cukup duit. Lagipon nanti Bapak marah beli banyak sangat’. Lepas tu I cakap, ‘Makcik, jangan la takot nak shopping. Ni semua self-reward, kita pepenat buat kerja dekat rumah, masak semua. Suami tak boleh marah kalau shopping. Lagipon gembirakan hati Isteri, nanti Allah bagi pahala and rezeki suami lagi banyak’. Pastu mak cakap, ‘Betui tu nak. Makcik pon rasa macam tu’. HAHAHAHAHA. So sadakallah settle satu trolley hasil hasutan I.

Masa dekat IKEA kekonon I ni shopping advisor Mak la. So I panggil Mak, ‘Makcik’. Kejap kang, ‘Makcik, saya rasa Makcik kena beli tong sampah ni. Dekat area rumah Makcik, memang Makcik sorang je ada ni’. Zapppp ambik. Ada pulak bekas kaca container letak lauk dengan penutup, ‘Makcik, ni Makcik kena beli. Senang nanti Makcik masak letak dalam ni, lepas tu takpayah guna tudung saji’. Mak jawab, ‘Yer la tu nak, betul. Makcik ambik 2 la’. ‘Eh, ambik 4 la. Letak gulai, sayur, ikan goreng, ulam. Lepas tu yang kecik ambik 2 untuk letak sambal belacan dengan sambal kicap’. Zaaaapppppp setel 6 bekas. Hahaha. Senang sangat nak pengaruh Mak suruh shopping. Pujuk sikit, kalah. OMG why Mak, why???? Tingat dulu masa nak beli bekas bawang, Sazli tanya I, ‘Kenapa sampai 3 bekas tu?’ I cakap ‘Yerla kena beli 3 sebab 1 bawang besar, 1 bawang kecik, 1 bawang putih. So 3 la’. Lepas tu kata Sazli, ‘Naseb bawang ada 3 jenis je. Kalau ada bawang biru, bawang hijau, bawang kuning mampos nak kena beli 20 bekas’. HAHAHAHA.


Senyum lebar nampak? Tu nampak bunga merah tu? Tu Mak punya. Yang bunga orkid pink tu, I punya. Mak belanja semua yang I ambik. Table runner, bunga, gunting, bekas container yang 15 pcs tu lepas tu apa lagi entah. Lupa. Kata Mak takper, upah. Bagussssss. Tenkiu Mak! Lepas ni kalau nak shopping lagi kasiktau Abang, nanti zaaapppp sepantas kilat Abang datang teman.


Ni la bunga orkid tu. RM30.00 kalau tak silap. I letak dekat office


Beria shopping pakai heels. Padahal sebab kononnya kan nak beli 1 barang je? Half way bejalan I ambik kasut letak dalam trolley, lepas tu naik atas trolley yang dekat belakang tu, Mak tolak. Perangai macam apa, lupa umur dah 35 tahun. Haha.


 Tengah bayar, Shein datang terkam MakTok. Hahaha. Shein dengan Abah jalan berdua. Kata Sazli, Shein baring atas tilam buat macam rumah sendiri.


Thank you manja Mama sebab behave. Dah besar dah dia ni. Seluar tu mesti boleh pakai sekejap je. Ni I beli dekat HnM kot? Tak ingat. Tapi smart la cutting skinny macam ni. Hensenggg terus Shein.


Shein la mintak nak duduk macam ni dalam Trolley. Dia ingat dia kecik? Now kalau shopping or keluar jalan takde dah bawak Stroller. Suruh je dia berjalan. Jangan nak pemalas sangat tapi kalau Shein dah penat, dia mintak dukung. Yang tu hazab sebab Shein dah 22kg.


Hantar gambar ni dekat Bapak di WhatsApp group, dia tanya, 'Syoknyaaa, kat mana ni?'

Bapak tak ikut sebab Sabtu dia memang routine Golf dekat KGPA. Cakap ‘syoknyaaaa’ tu drama je. Dia bukan berkenan jalan-jalan dekat Mall ni. So memang susah la nak tengok Bapak dekat Mall unless dia nak carik apapa barang baru la pergi mall. Tapi Cuma parking, masuk kedai nak beli apa lepas tu dapat balik terus. Takde istilah Window Shopping macam ni. Kalau kata nak Dinner or Lunch sama pon dia tak prefer dekat Mall. Ahad pulak biasanya lepas Subuh dekat Masjid, terus lepak dengan kawan-kawan sekolah WhatsApp Group dia. Biasanya dia akan breakfast dekat KAYU. I tengok Bapak now lebih lively semenjak dah tau WhatsApp semua ni. Seronok dia jumpa kawan-kawan lama masa dekat Jenan and Air Force School. Kawan-kawan University dia pon ada group jugak. Bapak dulu pernah masuk Air Force punya sekolah tapi half way. Kalau tak Bapak dah jadik Fighter punya Pilot dah tapi Mak dia (Tok Chak) takot and mintak Bapak masuk University biasa so takdapat la jadik Fighter Pilot. Now kawan-kawan Bapak ada yang jadik Commercial Pilot dah pon. Seronok dengar cerita Bapak and kawan-kawan dia.

Bapak pon badan tegap. Dia tinggi. Takde perut pon. Memang sesuai jadik Pilot. Ni masa muda ni, memang kalah la Fattah Amin dalam Suri Hati Mr Pilot. Hahahaha.



Time ni Bapak dalam middle 30. Tinggi dia. Sama macam Sazli and Shein. Gambar ni I kidnap dari FB Sazli.

Tetiba cerita pasal Bapak. Haha. Anyway, thank you to Maktok sebab belanja makan and belanja dekat Ikea. Thank you Sazli sebab bawak Mama and Shein keluar berjalan weekend lepas. Sabtu Ahad tak duduk rumah. Seronok masing-masing. Shein pon seronok sebab Ahad tu is his time. Dapat main dengan Rayyan and Aqilah dekat Taman Tasik Ampang Hilir. Dekat situ ada restaurant and ada playground. Pokok pon besar so tak panas, makan pon sedap. Now dah tau mana nak lepak kalau weekend. Buat apa pergi Tasik Titiwangsa, sebab Ampang pon ada Tasik yang best boleh beriadah. Kan? I loveeeeeeeeeeeeee Ampang! *tetiba.

-eNd-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...