Monday, December 5, 2016

The Best Cheese Nan Ever !

Assalamualaikum..

Jumaat and Ahad malam, I makan THE BEST CHEESE NAN EVER dengan Sazli and Shein dekat Uncle Raju across the road Ampang Point. OMG Sedapnyaaaaa Cheese Nan ni. Sumpah sedap giler! Nan dia lembut taktau nak cakap macam mana dia punya lembut and portion cheese dia just nice. Tak terlalu banyak and tidak jugak kedeks. Kalau dah cheese melimpah kan rasa bersalah pulak nak makan, ye dak? Kuah yang dia bagi is mint, dhal and curry tapi I mintak Kima Kambeng dengan Sardines Subhanallah sedapnya la. I nampak masa dia prepare tu, dia guna Triple Cheddar. Siap timbang untuk dapat accurate weight. Kan ada sesetengah Cheese Nan dia pakai slice cheese kan? Yang tu tak power bak ang. Yang Triple Cheddar ni memang umphhhh giler! Kedai Uncle Raju ni kodok ala-ala William tu je, dengan meja ala kadar, boleh tahan buruk la gerai dia dengan tepi longkang siap tapi bila makan Cheese Nan ni korang akan lupa dah location and wajah Uncle Raju Nan punya gerai ni macam mana. Jangan memain eh, sini kalau nak bayar guna system dalam iPad ok? Kedai nampak je kesian tapi jalan seiring dengan technology. Jangan main-main. Sapa orang Ampang memang tau la kat mana location Uncle Raju ni. Sazli padahal dah cakap dekat I bertahun dah yang Cheese Nan dekat sini PALING sedap tapi I buat bodoh je. Until Friday Night, Mr Lee and Hazel WhatsApp dalam group bagi gambar Nan lepas tu I tak taham and I Sazli ajak join, lepas tu I rasa Cheese Nan ni then only I admit, Cheese Nan dekat sini is the best in the world. Biar lah nampak exaggerate tapi memang kena dengan tekak I. I know ada banyak lagi Cheese Nan yang Cheese meleleh tapi biar kita makan yang tak rasa bersalah and over doing sangat so that nak bayar pon takde la rasa ralat sangat.



Tengok pon dah tau betapa fluffy Cheese Nan ni. I tak dapat snap gambar masa koyak Nan ni sebab tak sempat dah nak ambik gambar beria. Menggigil dah nak makan. Korang tengok la macam mana kembong Cheese Nan ni. Imagine panas-panas masuk mulut. Heaven!




Yang ni Garlic Nan. Pon sedap!  Tapi dia tak berapa bulat macam Cheese Nan biasa. But sedap! Shein makan ni satu keping, setel. Bila orang tanya 'Do you want more?' Dia geleng tapi mulut bukak. Hahaha.

Uncle Raju guna cheese yang macam ni la. Memandai I cakap Triple Cheese. Entah-entah Cheddar Cheese dengan Monterey Jack je. Ah tak kisah la janji dorang pakai cheese yang jenis ni.




Kima Kambeng. OMG OMG SEDAP KBYE.




Ni pulak sardines hancur. Sedap la dia masak. I pon taktau apa dia letak. Air sependa ke apa? Hahahaha.




Ni Mr Lee, Hazel and Bryton punya. Nan biasa, Cheese Nan and Garlic Nan with Kima Kambeng and Sardin +  Chicken Tandoori. Saiyaaaa taaaak boleh lupa sama itu Chicken Tandoori, tak boley lupaaaaaa (Lagu Chicken Tandori Subway stuck dalam kepala, ni Kakyang la punya pasal). Tu korang tengok ada 3 jenis kuah tu kan? It's mint, dhal and curry.



Ni amenda ni I pon tak sure. Hazel took this photo.



Dia masak guna periuk tanah la wei, mana la tak sedap.




Chicken Tandoori dekat sini pon seeeeedap. Cukup rasa pedas, masin, masam dia. Perah dengan limau lagi atas dia. *Telan ailio.




Jelas kelihatan siapa yang paling gembira dapat makan ye disini?




That is Mr Lee and Hazel. Parents si Bryton, Shein punya classmate dekat Building Blocks International School.



Lokasi Gerai Uncle Raju ni cross the road Ampang Point, sebelah Shop Lot.

Ishk, sampai sekarang I tak boleh get over Cheese Nan dekat sini. Rasa macam nak repeat lagi malam ni tapi kalau gemok acane? Taknaaaaaaaaaak! Uncle Raju ni start ada Nan dalam petang kot? Tapi if korang nak makan, kena datang awal la skek. Lepas-lepas maghrib datang terus ok? Not too late nanti habes kang kempunan pulak. Biasa 10.30pm dah setel Nan dorang. Kat sini ada jugak jual Sata, Satay, Masakan panas macam Tomyam and goreng-goreng. Kedai kodok je. Nak kata restaurant pon bukan. Kalau rasa nak hygiene sangat definitely this is not the place. Sebab longkang kiri kanan. Kena bagitau awal-awal ni kang ada yang komplen. Sebab ada je komen-komen yang cenggampang kekadang cakap I makan tak halal la, shubhah la apa la. Malas aku nak layan. Takkan la ni budus sangat nak makan menda tak halal. Oklah. Bye!

-eNd-

1 comment:

preloved collections said...

mmg sedap sgt cheese naan nyer kan...i dh mkn sini almost 16 years...rasanya masih ttp sama spt dulu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...