Wednesday, December 28, 2016

Langkawi Girls Trip : SkyCab and Sky Bridge

Assalamualaikum...

Harini I nak share pasal pengalaman kitorang naik Sky Cab dekat Langkawi. Ni I lompat-lompat je entry ni. Takde dah ikut turutan nak Day 1, Day 2 segala. Konsep dia ikut suka hati aku nak up mana satu. Hahaha. Entry makan dekat Pak Malau jatuh number 1 la sebab sapa suruh best and sedap. Boleh baca dekat sini. Yang Sky Cab ni is Day 2 actually. Untuk Day 2 pagi kita breakfast dekat Nasi Dagang Pak Malau lepas tu terus naik Sky Cab and turun tu terus ke 3D Art Museum Langkawi and malam tu kitorang ke Hj Ismail Group Kuah. Dinner makan Maggie Cup sebab semua dah penat nak mampos. Mak jugak yang relax (dan belagak). Sebab apa dia belagak nanti I share kemudian ok? Ni taip pon ada nak gelak sebab teringat Kaklong and De merangkak masa dekat Sky Bridge. Baju dah uniform dah. Kaklong tu shades dah mahal sekali merangkak dekat jambatan OMG malu giler dekat Mak. Nasib baik tak naik yang macam elevator dengan dorang. Hahahaha. Ni la pengalaman yang tak mungkin I dapar lupakan sampai bila-bila. Dengan Mak, Kaklong, De and Ain. Bulan depan 12-15 Jan I pergi lagi Langkawi dengan Perthian mampos ko letak la pisau dekat leher nama I nak naik lagi KIRIM SALAM. Cukup la sekali pengalaman. I memang dah jatuh kategori takot pada ketinggian dah ni. Skycab ke flight ke memang aje mampos. Ni nak pergi Langkawi bulan depan naik pulak Malindo kapalterbang kipas dekat sayap. Acane? T____T


Sebelum tu kita belanja la gambar dekat Middle Station Sky Cab ni. Kemain semua segak pakai uniform siap. Tu baju kemeja labuh tu beli dekat Giordano. Kaklong la yang belikan (tapi bayo balik, menyam). Memula nak suruh Mak pakai jugak tapi kata de 'belobo-belebi' = Gedoboh. Sian dekat Mak dah macam orang Sungai Bangkong dah so dia pakai la baju lain. Takper la sebab dia ketua mesti pakai baju lain.
I suggest kepada yang nak naik Sky Cab ni keluar la awal dari rumah and mesti mau sampai sini awal. Operation hours is 8.30am - 8.00pm so kalau boleh 7.30am tu korang dah queue beli tiket sebab kalau cuti sekolah macam masa kitorang pergi haritu memang berator panjang giler babi nak mampos. Nak beratur beli tiket dah la panjang, lepas tu dah beli ticket nak beratur untuk lane Sky Cab pon lagi la panjang ok? Panjang dia tu lebih kurang kona sana sini siap kona baring semua dalam 500 meter ada kot? Nanti korang nampak macam nak masuk building lepas tu dah tak panjang kan? Takdeeeeeeeeee. Nanti nak tunggu turn pon dia punya line kona kona sebenarnya panjang jugak. So pesan I : DATANG AWAL. Tapi masa I datang tu probably time cuti sekolah so a bit pack. Maybe kalau bukan waktu cuti sekolah tak panjang kot beratur. Entah. Tu kena tanya orang Langkawi.



Dekat sini ada Sky Cab, 3D Art Museum  and banyak la kedai-kedai jual souvenir. Toilet bayar pon bersih dah wongi and boleh la jalan-jalan cuci mata. I suka la kat sini sebab dia macam Mini Carnival. Lepas tu ada satu kedai jual baju-baju askar, I dapat la belikan Sazli, Shein and diri sendiri. Yang minat askar ni Sazli tapi biasalah tetiba terjebak sekali.


Kat sini la korang kena beratur untuk beli ticket nak naik Sky Cab. Ada satu family Melayu ni beratur punya lama, sekali masa nak masuk dekat building Sky Cab ni dia rupanya tak beli tiket lagi. Tu taktau la macam mana dia nak buat. Nak beratur balik jawapan dia lagi 3 jam la kot?

Korang ada 2 option untuk beli tiket. Semua harga berbeza untuk Adult and Child for International and With Mykad. If tak sanggup nak beratur, boleh beli Express Lane ticket tambah seorang RM50.00/person and korang boleh jugak beli combo yang dapat masuk Dome and entrance untuk 3D Art Museum. Jangan lupa sebelum masuk 3D tu, tukar dulu coupon hijau tu kepada ticket kalau tak daaaaaaaaah satu hal nak beratur balik dekat counter. Harga untuk pemegang MyKad for Children is RM22.00 and Adult RM30.00. Sini takde rate Senior Citizen. Semua sama je. Haritu I ambik Express Lane ticket sebab tak larat nak beratur 2 3 jam so total seorang RM107.00. Combo ticket tu untuk Sky Cab, Sky Dome (3D Movie) Sky Rex + 3D Art Museum. Bestnya Express Lane ticket ni untuk Sky Cab SEMUA BOLEH POTONG QUEUE dari Base Station, Middle Station and Top Station and I agak ada la 2 jam kitorang dapat jimat masa just untuk queue je. Tak ramai yang ambik Express Lane ticket masa haritu. Ada la 3 4 group je tu pon Mat Salih and Middle East punya orang.

If korang lebih adventurous boleh la try Bottom Glass Gondola (RM95.00/person). MEMANG TAK LA I NAK NAIK. Atau kalau nak privacy boleh ambik 1 Gondola untuk 1 group. Max 6 person/Gondola with total weight 480kg. Sebab kitorang ada 5 orang so dapat la naik 1 Gondola. Kan ada jugak yang couple becinta nak naik gondola berdua je boleh la ambik Private Gondola (RM460/Gondola) tu korang punya je takyah campur-campur dengan orang lain. Untuk VIP Gondola yang kerusi dia lebih selesa and serve makan/minum is RM550/Gondola. Boleh check dekat sini untuk macam-macam jenis Sky lagi dekat Panorama Langkawi. 


RM30.00 Adult and RM22.00 Child untuk MyKad Holder


Express Lane ticket price is RM80.00 Adult and RM72.00 for Child



Sebab ada Express Lane Sticker zaaaapppp terus boleh potong queue. Bestnya! Memang tak payah beratur dah. Woot woot!! Time ni gembira la lagi. Memang rasa excited. Bila Gondola dah naik mencanak terus I rasa macam nak pengsan. Kaki semua tak rasa dah. Hahahaha.


Sky Cab ni ada 3 Station. Base, Middle and Top. Actually yang seram sebenarnya dari Base ke Middle sebab dia punya naik memang menegak eh? Macam takde belas kasihan. Memang lagi seram dari Genting punya tu. tu ko tengok la gambar tu dek non, dia punya lekat tu alahai kuat ke? Nampak macam sipi je. Eh, I kenot imagine sebab rasa nak muntah.

Kan bila dah sampai atas kita ada experience naik Gondola and dah ada rasa seram and gayat dah kan? Masa tu mula la menyesal menatang ni. Tadi kemain poyo dapat potong lane. Tu baru naik and tak setel lagi tour. Ni padahal nanti nak turun dah satu hal lagi. So I tanya dorang, ada cara lain tak nak turun? Orang tu cakap ada tapi guna trail la. Nak turun dalam 2 jam. Lepas tu I jawab dengan tayang gigi je la.


Ni normal Gondola


Ni Bottom Blass Gondola. Berani ko bawah tu nampak macam tu? Kata Ain ni kalau jatuh tak sampai bawah dah mati sebab kena heart attack so takde la rasa sakit. Ewah dia punya explanation nampak macam simple je kan?


Sapa cakap I pisang ke, kodi ke jangan nak eksyen la. Ko tengok la sendiri dia punya tinggi macam mana. Ni yang dari Middle nak ke Top. Takde apa sangat la sebab dia mendatar. Ko try tengok yang Base - Middle. Tegak ok? tegak berdiri tu. Ishk. Ngigau I tido 2 3 malam mimpi jatuh gunung la, masuk dalam buih belon la. Punya takot.


Ni masa nak naik senyum la De and Kaklong. Turun tu satu Gondola mengaji. Hahaha. Mak je la tak takot apa. SEMUA DIA TAK TAKOT naik. Gondola Ok, Sky Bridge pon ok Kata Mak : 'Nak takot apa? Ni kira macam practice la sebab nanti dekat Titian Silaturmustaqim dia punya tali lagi halus. Kalau jatuh masuk Neraka terus'. *petir sabung-menyabung


Time ni tak berapa nak tinggi so boleh la senyum lagi. Tengok la tu cable car bergayut macam tu je. Ni kalau angin bertiup kencang/cuaca buruk nanti dia akan terbehenti dekat tengah-tengah tergantung macam tu je. Kekadang sampai 10 minutes. MATI LA NAK.


Tinggi kan? Ko tak seram ke tengok macam ni?


Bawah tu semua pokok-pokok hutan.


Tengok dia punya tiang. Kuat ke eh dekat base dia semua and macam mana dia boleh buat tinggi macam ni? Seriously I cannot brain.


Al-hamdulillah berjaya sampai ke Middle Station dengan bersusah payah and jantung nak tercabut. tu memasing pandang Top Station. Kejap lagi kena naik. WAJIB. Sebab Gondola Balik semua kena naik Top Station. KAH KAH KAH.


Kemain 3 beranak ni kan? Mak pon pakai Bawal Pucci jugak. Mau pulak dia tu. Bawal Kaklong and De dari Aleyna Miranda. Boleh beli dengan Dyba (013-3888627) dia jual harga RM48.00 Np: RM60.00 sehelai. Sesambil iklan.


Hi Mak. Tu kenapa posing macam Guru Besar tegak je. Orang dah suruh silang kaki semua kan? Jawapan : Ko tunggu dia dah panas sikit masa dekat Pantai Cenang. Fouziah Gous pon nanges tengok dia posing.


Ok Next jom naik ke Top Station. Kat sana ada makan/minum. Kalau still lalu nak makan la. Ko tak payah nak buat pasal. Kang tetiba muntah dalam Gondola tak pasal mati keracunan udara memasing. Haha.


Dari Middle Station ke Top Station dia macam mendatar so takde la seram sangat. Just, jangan peramah-peramah nak pandang bawah.
Tak jauh tapi sebenarnya cukup seram.


Ni Mak la ni suruh ambik gambar macam ni.  Ain tukang ambik gambar. Kata Mak : 'De pegang tangan Lina (Kaklong), Lina pengan tangan Kochip (Siti Nurhaliza). Kaki ko tu salah Dik....' T___T


Dekat Top Station ni dia punya view lagi cantik. Boleh nampak laut. Tapi memang gayat la nak ambik gambar.


Tu nampak tak Middle Station?

Dekat sini kitorang decide nak naik pulak Sky Bridge. Kaklong la yang paling beria nak naik Sky Bridge. Kata dia, last time kawan-kawan dia taknak so this time dia nak jugak try pergi Sky Bridge. Nampak macam takde apapa kan? Ala jambatan je. Apa ada hal? But wait until nkorang sendiri berdiri atas jambatan tu, rasa angin goyang-goyang semua memang cirit la wei. Memang gayat. Ain and Mak dapat berjalan sampai kehujung tempat ada constructions and I dapat sampai suku. De and Kaklong dapat 2 3 langkah je kot? Lepas tu merangkak nak pergi Point 1 and masa I patah balik nampak De dengan Kaklong tengah bersila. Lepas tu elok pulak cameraman yang kerjanya ambik gambar tu amek gambar De dengan Kaklong bersila. Hahahahah. Kata Kaklong, kalau dia jalan terus nanti if dia terkencing dalam seluar macam mana? Pengsan ke apa ko nak angkat? Baik tak payah aku jalan. HAHAHAHAHA


Dari Top Station nak ke Sky Bridge if nak naik Sky Cab ni kena bayar seorang RM15.00 and if nak guna trail seorang RM5.00. Sky Cab ni ada 1 ni je. Ha, mereput la tunggu turn.


Sky Bridge. Kata Mak. 'Dulu tiang dia tak la condong macam ni. Dia tegak. Lepas tu lama-lama kena tiup angin dia condong la'. Eh Mak ni memandai je dia kan? Bila tanya dia mana dia tau dia jawab. 'Yer la, Mak tau dah. Mak tanya dah dekat orang jaga tu'. HAHAHAHA.



Seriously nampak macam takde apa kan? TAPI SUMPAH SERAM.


Dia ada point yang ada glass so korang boleh nampak bawah. I memang takde der nak berdiri atas tu. Memang la dia cakap selamat tapi tak kira. I takot jugak.


Ok ambik gambar kenangan berempat atas Sky Bridge. Terima Kasih Ain tolong melayan kitorang ambik gambar.


Selesai semua dekat Sky Bridge, jom turun!

Betul la kata Ain, 'Ni nanti balik ni dalam Gondola mesti semua mengaji'. HAHAHA. I memang tak pandang bawah dah. Kaki menggeletar habes. I kenot ok? Cannotttttttttttt. Si Ain pulak pergi peramah nak bukak tingkap la apa la. Dah la sama naik melayan Mak yang eksyen tu. Angin dah la bunyik macam cerita hantu bila masuk dalam Gondola. Eeee sumpah gayat. Dah la masa tengok orang turun macam sekejap je tapi time diri sendiri turun kenapa rasa macam lama. Ko dah kenapa??? Lagi la dekat tiang tu memang I telan air liur, tahan nafas taktau la kenapa. 

Bagi I, cukup lah sekali ni pengalaman naik Sky Cab. NO MORE AFTER THIS. Lantak la nak cakap I pisang ke, ciken ke, kodi ke, takde telur ke (memang takde) I don't blardy care! NO MORE! Mampos I mimpi merapu je 2 3 malam ok? Korang tau tak Upin Ipin yang Metropolis tu ada episode dia lawan Abang Salim (time tu Abang Salim jadik jahat) lepas tu dia tembak robot and robot masuk dalam belon besar lepas tu terapung dekat udara kan? Haaaa yang tu la I mimpi. I mimpi tengah bawak kereta tetiba je jalan mati lepas tu I terapung di udara masuk dalam belon besar tu. Tak turun-turun dah. Ya Allah punya gayat. Mengigau aku. So cukup la sekali ni je.

Tapi, pada yang nak rasa pengalaman sendiri boleh la naik. Ni I cakap sebab I jenis gayat. ni berjangkit dari Sazli la ni lepas tu aku pulak belebih-lebih gayat. Taktau la apa masalah. Hesh!

-eNd-

2 comments:

. said...

br tgk gambar dah rasa putus asa nak naik. terima kasih jelah

Azziah Nawawi said...

baca pun dah seram su oiiii..
camna nak naik ni, i pun gayat..
tapi kalau dah pegi rugi la tak naik kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...