Showing posts with label langkawi. Show all posts
Showing posts with label langkawi. Show all posts

Monday, January 23, 2017

#TheJourneyPerthian - Day 1 (Flight experience and Sunset)

Assalamualaikum…

Tetiba harini patah balik Day 1 untuk #theJourneyPerthian. Haha. Petang semalam tetiba teringat BBQ Lamb masa kitorang dinner First Day dekat Langkapuri Inn last time. BBQ boleh request or provided I tak sure tapi kena bayar some amount yang pastinya. Yang penting BBQ tu saaaaaaaaaaangat lah sedap! I concentrate makan kambing je. Marinate sedap, sos pon sedap. Memang superb! Petang semalam tingin nak makan kambeng dekat Menate, punya la tunggu sampai petang  sebab Sazli cakap nanti petang kita pergi, sekali Shein ajak Abah dia mandi kolam so goodbye Menate. Batu Belaaaaaaaaaaaaaaaaaaah. Hahahah. Anyway, back to cerita experience naik kapalterbang kipas Malindo Air, sumpah ini memang last la I naik kapalterbang kecik ni. Jap nak Google apa nama kapalterbang ni. Ha, nama dia ATR72-600 (correct me if I’m wrong). Jenis kapalterbang kecik yang ada kipas dekat sayap dia tu. Masa book confident je. Sekali kapalterbang kecik. Haha. Kata Syikin, kalau nak naik Malindo yang jenis Boeing kena naik dari KLIA. If dekat Subang memang kalapterbang kipas la jawabnya. Kitorang pulak memasing naik lain-lain. Ada MAS, Malindo, Air Asia and Firefly. Waktu pon lain-lain. Macam I haritu naik sekali dengan Kidd and Hani pukul 10.30am, Go and Asma naik Firefly dengan Acap sekeluarga tapi waktu lebih kurang 10.00am – 11.00am macam tu.



Si Shein ni dah tak sabar-sabar nak naik plane. Dah meragam dah sebab dekat tempat tunggu tu kan boleh nampak Kapalterbang naik turun. Lepas tu boleh pulak flight delay dalam setengah jam. E! Anak aku dah la meroyan dah ni. 

Friday, January 20, 2017

#TheJourneyPerthian - Mangrove

Assalamualaikum..

Balik semula kepada entry #theJourneyPerthian. Hari ni mintak maaf takde gambar Rish sebab dia tak join Mangrove ni. Beria la aku promote masa makan dekat Dee Thai tu sekali tak dapat sambutan. Siot je. Hahaha. Tapi I berjaya la hasut Farah and family. Naseb baik la anak-anak dia jenis Shein jugak. Adventurous. So memang sesuai la buat dorang. Sebab nanti ada fish feeding dekat Farm Fish and boleh masuk Gua Kelawar. Dee pon tetiba masuk dalam ini cerita. Asalnya dia nak ikut breakfast je dekat Nasi Dagang Pak Malau. tapi lepas I explain yang Mangrove ni tak involve pon basah and mandi pantai then only dia nak ikut. Yang lain taknak sebab takot monyet, taknak basah (orang dah cakap tak basah taknak percaya), ada budak kecik takot susah handle, tak boleh bangun, malas, mabok laut dan sebagainya. Si Kale cita-cita tinggi la nak ikut tapi kalau dah tido pon pukul 4.30am macam mana nak bangun pukul 8.00am? Macam Farah anak-anak dia memang jenis disiplin and morning person. Shein tak berapa morning person tapi boleh lagi la tolerate. Tu pon ngamok dalam van sebab nak bawak pencedok pasir Abah dia tak kasik. Naseb baik la Si Farah handle. Dia sapu guna essential oil jenis apa entah. Nanti I tanya balik pada Farah. Farah ni sekarang tengah further study untuk handle special kids. Dia dengan Mama Apis (Mak Mertua dia) memang boleh bagi treatment dekat Autistic Kids termasuk yang severe, speech delay, dyslexia etc. Murah pulak tu charge. Nanti I share bebila pasal Farah and special kids ni ok? I pon pelik macam mana perempuan giler yang garang ni boleh berjaya handle Shein punya tantrum and boleh suka Kids. Hahaha. Meanwhile kita layan dulu gambar Mangrove ni ok? 


We start late sebab ambik banyak masa dekat Nasi Dagang Pak Malau. Baca entry tu dekat sini.

Wednesday, January 18, 2017

#THEJOURNEYPERTHIAN - NASI DAGANG PAK MALAU

Assalamualaikum..

Masa 3rd Day dekat Langkawi baru la dapat makan dekat Nasi Dagang Pak Malau. I naaaaak jugak datang sini and drag Sazli, Farah sekeluarga and Dee to join sebelum gerak buat Mangrove. Actually baru 3 minggu lepas makan dekat sini dengan Mak, De and Ain now dah rindu nak ke sana lagi. Kata Kaklong, dia pon selalu rindu nak makan dekat Nasi Dagang Pak Malau. Korang boleh baca entry tu dekat sini. Masa kitorang pergi last time tu padi memamg tengah tunggu masa je nak harvest. Ingatkan sempat la datang sini sebelum harvest, boleh bagi Shein and Sazli tengok padi tapi tak sempat (walaupon Sazli takde la kisah sangat sebab kampung Tok dekat Kedah pon ada sawah padi tapi biarlaaaaa haha). Kata Pak Malau, padi dah harvest 4 days ago (hari Rabu) tapi still cantik jugak dekat sini walaupon takde padi dah. Sebab ada gunung ganang…. Ada arnab, ada angsa, ada rumah kampung and boleh makan tepi bendang. Best la. Mana nak dapat macam ni dekat KL? I suka. Tenang je rasa. Kat sini sebenarnya makan jadik lebih sedap sebab suasana yang segar. Tapi if nak datang makan tepi bendang, datang la before 9am sebab kalau tak nanti panas pulak. Actually tak panas sangat tapi silau sikit la. Datang this time tak dapat nak borak-borak dengan Pak Malau sebab dia busy la layan peminat dia sambil ambik order. Dia kan dah dikira as a celebrity dekat sini?



Padi dah takde! Tapi still cantik kan? Farah and Dee happy sangat dapat makan dekat sini. Sanggup je memasing berpanas ambik gambar. Takper la, buat kenangan kan? Bukan senang nak sampai ke Langkawi. Ni pon lepas ni entah bila la lagi dapat datang L

Tuesday, January 17, 2017

#TheJourneyPerthian2017 - Lunch di Dee Thai Restaurant

Assalamualaikum

Semalam update pasal activities untuk #theJourneyPerthian2017  but harini tak menyempat-nyempat dah update bab makan pulak. Selain dari berjalan, bebudak ni bab makan pon memasing bukan main. 4 hari ni kalau boleh semua nak pergi. I puas hati sebab dapat makan lagi sekali dekat Mak Ngah Gulai Panas, Kisap dengan Nasi Dagang Pak Malau. Cuma tak sempat je nak borak-borak dengan Pak Malau. Dia kan most wanted person dekat situ? Semua orang nak jumpa dia. Kalah popularity Siti Nurhaliza. Berani dia kan??? BTW I nak menyampaikan ketidak puasan hati Rish dalam entry ni terhadap Kale. Kata dia, I up pasal Kale macam dia hot stuff tapi Kale sebenarnya penjahat. Dia gegar cable car lepas tu kalau suruh ambik gambar dia mintak duit. Hahaha. Kale dengan Azrul ngek la. Masa dekat Pantai Cenang I tengah ambik video Amin buat back flip dah dua orang tu nak jugak. Gigih la I rakam, belakang dia punya back flip jenis berguling atas lantai je. Disini menyesal! Hahahahha. Ok jom kita tengok makanan apa yang kitorang order masa harini dekat Dee Thai Restaurant dengan bantuan En. Kahar, apartment buddy kitorang. Dia la tolong arrangekan by contact. Orang Langkawi pulak semua very helpful la. Jenis support each other. 


Ni I tak tau apa dia. Nampak macam Nangka Pulut. Ambik dari FB Dee Thai Restaurant. Haha. Saiko giler pergi Google masakan dekat sini lepas tu tengok dengan juraian air mata. Sebab semua look sedap.

Monday, January 16, 2017

#TheJourneyPerthian2017 - Part I

Assalamualikum..

Habes dah trip 4D3N dekat Langkawi. Kitorang namakan trip tu sebagai #theJourneyPerthian2017. Thanks dekat Miera and Eddie sebab dorang la yang banyak sumbang tenaga arrange trip ni. Semua pon selamat, balik in one piece. Takde any casualties and semua sihat walafiat. Kapalterbang pon ok je la walaupon masa nak pergi 2 kali dia boleh buat hal macam nak tejatuh tu. Luruh jantung I. Sumpah lepas ni memang tak la aku nak naik kapalterbang kipas dah hahaha. Boleh dikatakan trip ni berjaya la. Lepas ni dah boleh plan untuk #theJourneyPerthian2017vol2 la. Untuk any bebudak Perth yang happen to read this blog tapi tak join this time, next time kita buat yang lagi meriah and sewa la kapalterbang terus. Azrul bayar. Dia kan kaya raya? Hahaha. Trip ni asalnya untuk Si Azrul. Konon-konon dia punya bachelorette gateway. Kononnya la. Sebab dia bukan nak kawen pon. GF pon takde. Tapi kalau Azrul tipu tu lain cerita la. Menurut beliau, beliau single and available. Tapi trip ni untuk meraikan dia sempena dia dah nak kawen tapi taktau lagi bila and dengan sapa. Kira buat in-advance la. Aku pon tak faham concept bachelorette gateway yang macam ni. Hahaha.  I tak update ikut day tau? I update ikut suka hati I la yang mana nak up dulu entry. Ni buat terus pon sebab memang kalau boleh nak setel cepat sebelum memasing tanya dekat group. Terutamanya Rish. Bukan boleh caya. Nanti dia tanya I, ‘Su, entry Langkawi bila nak masukkan? I hari-hari bukak check’. 



Rish, I masukkan gambar you paling atas. You suka tak? Hahaha.  Ni kitorang queue masa nak beli tiket naik Cable Car. Dari kanan : Rish dukung Rizqi, Hani Sufia, Intan Diana, Miera and tak lain tak bukan, Siti Nurhaliza. Haha.

Friday, January 13, 2017

Gambar Dari Langkawi : Perthian Trip.

Assalamualaikum..

Macam biasa Siti Nurhaliza kirim salam pada semua reader dia. Dengan ucapan dah beli AnneSuraya Skincare dengan House Of Corset ke belum. Hahaha sesambil. Since kaksu dekat Langkawi lagi so today dia mintak update and share gambar-gambar dia dekat sana now. Tahun lepas pergi, tahun ni pergi. Elok Langkawi tourism ambik je kaksu jadi Duta sana. Haha. Cakap tahun lepas tu macamkan jauh je jarak masa dia, padahal belum sampai sebulan pon lagi. This time dia pergi with Perthian. Now dia ada dekat skycab tapi dia kata letak pisau kat leher pun dia takkan naik dah gondola. Yerla, masa pergi sebelum ni pun dalam gondola banyak mengaji je. Memasing gayat. Kah kah kah. Boleh baca pasal entry skycab kat sini.


Sebelum tu, kita up satu gambar dulu. Family photo. View pon cantik :) 

Thursday, January 12, 2017

Random And Cerita Langkawi (Lagi)

Assalamualaikum..

First sekali yours trully kirim salam. Alhamdulillah dia dah selamat sampai Langkawi. yerla member tu cerita pasal dia power ranger bukan main lagi, tapi sekali takut naik kapal terbang. Tadi dia send gambar shein excited nak naik plane, belakang mama shein yang cuak. Haha. Dia kata landing pun tak berapa smooth. But apa pun dah selamat sampai tu ok la. Cuma nak ucapkan good luck untuk balik nanti sebab dengar kata naik Malindo jugak. Kah kah kah.

Sebelum tu kita belanja gambar siti nurhaliza dengan boss kecik kat Langkawi. Incase ada yang rindu. Alhamdulillah selamat sampai. Cantiknya awan :)

Wednesday, January 11, 2017

LANGKAWI GIRLS TRIP : MANGROVE

Assalamualaikum..

Harini sambung entry pasal Langkawi Girls Trip. Esok padahal nak pergi Langkawi semula dengan bebudak Perth, blakang entry Langkawi 2 minggu lepas tak habes pon share lagi. Hahaha. Esok dah satu hal pulak nak kena naik flight lagi. This time pergi balik kita naik Malindo Air. Woo hoooo!! Kapalterbang kipas kecik woi! Ni mesti jenis langgar awan takde belas kasihan dia punya gegar. Kata Marsha, 'Takde lah seram mana Maksu. Macam naik Roller Coaster je'. Matila. I hate travel by plane. Kaaalau la ada option lain memang tobat la I taknak naik kapatebang. Ok berbalik pada cerita asal pasal Mangrove dekat Langkawi ni, actually korang ada 2 option. Boleh ambik Group Package and boleh ambik yang Private. Beza dia ialah time and harga je la. If package tu harga lebih kurang sama je dalam RM88-RM120.00/person depends pada company mana yang offer. Sama je macam Private Mangrove semua activity dia accept for Private takde provide lunch and takde mandi dekat laut. Yang lain sama. Untuk Private kita guna 1 boat untuk kita sahaja tak payah campur orang lain. RM280.00 untuk satu boat boleh muat dalam 8 orang. Kitorang ambik Private sebab kalau group terlalu lama. Pick up time 9.00am and habes tour dalam 3.00pm approx dalam 4.-5 hours. Dia ambik and hantar dekat mana kita stay but untuk Private, activity start at 10.00am and habes pukul 12.00pm tapi kena pergi Jetty sendiri. So ikut suka la korang nak yang mana, ok?


Kemain Siti Nurhaliza siap pakai topi macam nak lawan Rozita Che Wan. Haha. I pakai topi ni sebab hujan renyai pagi ni. Mana boleh kena hujan nanti I pening kepala. Kitorang start dari Tanjung Rhu Jetty. Ada banyak point untuk start Mangrove ni. Korang boleh check dekat Travel Company which package yang nkorang nak and which Jetty korang nak start.

Friday, January 6, 2017

Cerita Lawak di Langkawi, Masak-masak dan Keria Gula Melaka 'Tanah Liat'

Assalamualaikum..

Dah lama pulak tak share gambar masakan sendiri dalam blog. Sebok dengan trip manjang. Ni entry Langkawi tak habes lagi, kang nanti minggu depan nak pergi Langkawi lagi. Tapi this time relax-relax and more to free and easy sebab kumpul pon memasing dengan anak kecik semua. So takde la nak renyah beria. Lagipon haritu dah puas berjalan dekat Langkawi so this time relax-relax je. Cakap pasal Langkawi, I teringat masa last day paling kelakar nak mampos. Si Ain pergi beli handphone cap ayam sebab iPhone dia I buat macam mana entah lepas tu lock terus. Dia tinggalkan kitorang dekat Coco Valley Cenang tu sementara dia nak repair handphone dia. Lepas lunch tu Ain call cakap dia dah otw nak ambik kitorang. Dia suruh tunggu tepi jalan. Masa Ain sampai, I naik duduk depan. Yang lain duduk belakang. Bila dah dengar pintu tutup, Ain pon gerak je la terus kereta. Mak duduk tengah landing dagu dekat kerusi I anje-anje lepas tu kitorang pon berborak la pasal handphone ain. Kutuk-kutuk handphone dia level baling anjing tu. Dah jauh tu, Mak tetiba cakap. ‘Bebudak dua orang tu tak naik kereta lagi’. Relax je dia cakap macam takde apapa. Lepas tu I pandang belakang tengok Kaklong dengan De takde. Hahahaha. I tanya Mak, ‘Maaaaaak!! Kenapa tak cakap De dengan Kaklong tak sempat naik lagi? Hahahaha. Ain pulak main terus je tinggal takde nak check. Hahahaha’. Lepas tu I dengan Ain ketawa sampai meleleh air mata. I ni suara dah tak keluar. Air mata je keluar.

Mak pon ketawa sampai tekan-tekan perut. Dia boleh je duduk tengah, borak-borak macam takde apapa. Dah jauh pulak tu baru dia relax je dia cakap De dengan Kaklong tak naik lagi. Bila Ain patah balik, nampak Kaklong dengan De dah depan dah jalan kaki. Nampak je kitorang terus semua gelak. Ain pon masa kutip dorang balik dok sorry sorry. Dia pon tak perasan yang Kaklong and De tetinggal. Kata De, masa dia tak sempat naik lagi Ain dah slowly gerak so dia tutup la pintu. Dia ingat Ain nak kedepan sikit ke, kot ada kereta dekat belakang. Tetiba terus je. De pon melopong tanya Kaklong kenapa dorang tinggal kita? Kata Kaklong ‘Ni ada penjahat ni dalam kereta nak culik dorang agaknya’. Hahahaha. Siap fikir nak naik taxi je pergi Airport. HAHAHAHA. Memang kelakar nak mampos la. Keras perut memasing gelak dalam kereta masa menuju ke Airport tu. Sekian cerita lawak di Langkawi. Ni sambung cerita pasal lauk yang I dengan De masak last week dekat rumah De.



Ayam Masak Kicap Pedas Minyak Berlinangan diberi nama. Cara nak masak senang je. Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia and cili padi. Tumis dengan minyak. Masukkan sos tiram sesudu, air asam jawa 4 sudu, kicap kipas udang merah sesuka hati. Lepas tu masukkan ayam yang digoreng awal tadi and kalau nak berkuah tambah la air. Last sekali masukkan hirisan bawang besar. Perasakan dengan gula sikit. Dah. Garam semua takyah sebab dah cukup masin.

Wednesday, January 4, 2017

Langkawi Girls Trip : Mak Ngah Gulai Panas, Kisap

Assalamualaikum..

Masa dekat Langkawi dapat la kitorang makan Laksa Ikan Sekoq dekat tepi Airport tu. Kan kalau dekat Langkawi ni sebok orang suruh makan Laksa Ikan Sekoq. Bagi I, rasa Laksa tu biasa-biasa je. Macam rasa Laksa la. Takde la extra-ordinary ke. Kot I yang tak tau appreciate tu taktau pulak. Bagi tekak I, sedap lagi Laksa Mak Timah dekat Jengka satu. Hehe. Masa first night sampai, dapat makan ketam and more seafood’s dekat Mahsuri Bamboo Restaurant. Dia punya restaurant menghala ke Pekan Kuah and ada 2 ekor udang besar sebagai pintu gerbang. Kemain. Makan pon sedap! Lepas tu dapat makan Nasi Dagang Pak Malau tepi sawah. Pon best. Korang boleh baca dekat sini.

This entry pulak I nak cerita and share tempat makan sedap dekat Restoran Mak Ngah Gulai Panas, Kisap. Kalau korang nak datang, waze je Masjid Kisap Langkawi. Restaurant ni right in front of Masjid ni. Kitorang makan dekat sini lepas buat Mangrove Tour dari Jetty Tanjung Rhu. Kedai biasa kodok je. Jual Nasi Campur tapi boleh buat gulai made to order. Gittew. Ikan boleh pilih sendiri nak apa dekat dia punya peti ais. Masa Kaklong cakap nak makan Gulai I dah bentak-bentak kaki sebab rasa macam ‘Apeni gulai? I taknaaaaaakkkk!’ sebab I imagine kalau Gulai ni macam Gulai Kawah tu masak banyak-banyak no no I don’t like. Tapi bila rasa yang masak fresh guna rempah gulai giling perrrghhhh kata ko. Ni memang different punya gulai. Bukan macam Gulai Ikan dekat KL yang Mamak tu. I pening kepala kalau makan. Ni lain ok? Gulai Langkawi korang kena try!


Hurm.. Nak makan yang mana satu eh? Kaklong sampai confuse nak makan apa. Lauk kitorang mintak simple je. Ikan Kerapu sekor. Kepala dengan ekor buat Gulai. Badan Goreng. Lepas tu lawan dengan ulam pahit macam pokok puding apa entah cicah dengan Sambal Belacan and Kicap campur bawang and cili tu. Perrrrghhhhh

Wednesday, December 28, 2016

Langkawi Girls Trip : SkyCab and Sky Bridge

Assalamualaikum...

Harini I nak share pasal pengalaman kitorang naik Sky Cab dekat Langkawi. Ni I lompat-lompat je entry ni. Takde dah ikut turutan nak Day 1, Day 2 segala. Konsep dia ikut suka hati aku nak up mana satu. Hahaha. Entry makan dekat Pak Malau jatuh number 1 la sebab sapa suruh best and sedap. Boleh baca dekat sini. Yang Sky Cab ni is Day 2 actually. Untuk Day 2 pagi kita breakfast dekat Nasi Dagang Pak Malau lepas tu terus naik Sky Cab and turun tu terus ke 3D Art Museum Langkawi and malam tu kitorang ke Hj Ismail Group Kuah. Dinner makan Maggie Cup sebab semua dah penat nak mampos. Mak jugak yang relax (dan belagak). Sebab apa dia belagak nanti I share kemudian ok? Ni taip pon ada nak gelak sebab teringat Kaklong and De merangkak masa dekat Sky Bridge. Baju dah uniform dah. Kaklong tu shades dah mahal sekali merangkak dekat jambatan OMG malu giler dekat Mak. Nasib baik tak naik yang macam elevator dengan dorang. Hahahaha. Ni la pengalaman yang tak mungkin I dapar lupakan sampai bila-bila. Dengan Mak, Kaklong, De and Ain. Bulan depan 12-15 Jan I pergi lagi Langkawi dengan Perthian mampos ko letak la pisau dekat leher nama I nak naik lagi KIRIM SALAM. Cukup la sekali pengalaman. I memang dah jatuh kategori takot pada ketinggian dah ni. Skycab ke flight ke memang aje mampos. Ni nak pergi Langkawi bulan depan naik pulak Malindo kapalterbang kipas dekat sayap. Acane? T____T


Sebelum tu kita belanja la gambar dekat Middle Station Sky Cab ni. Kemain semua segak pakai uniform siap. Tu baju kemeja labuh tu beli dekat Giordano. Kaklong la yang belikan (tapi bayo balik, menyam). Memula nak suruh Mak pakai jugak tapi kata de 'belobo-belebi' = Gedoboh. Sian dekat Mak dah macam orang Sungai Bangkong dah so dia pakai la baju lain. Takper la sebab dia ketua mesti pakai baju lain.

Tuesday, December 27, 2016

Trip Langkawi untuk Girlfriend Dah Selesai.

Assalamualaikum..
.
Harini ain nak share experience join this trip dengan family kaksu. Sebelum tu nak ucap selamat bekerja kepada semua orang lepas seronok cuti tiga hari. Kalau siapa lemau and malas nak kerja macam ain meh la give me five. Haha. Masuk office dengan kerja bersusun ni sangatlah tak best. Hujung tahun ni selain public holiday semua orang memang berlumba-lumba nak habiskan cuti. Mana company yang allow carry forward Annual leave untungla, yang tak boleh elok habiskan je. Rugi kalau tak guna. Normal la macam ni, time cuti pandailah semua kira untung rugi, tapi kalau malas kerja jadik slow takpe pulak. Kah kah kah.

Langkawi Grils Trip bak kata kaksu. Tapi semua mak orang ni. haha

Thursday, December 22, 2016

Review Nasi Dagang Pak Malau

Assalamualaikum..

Rindunya nak makan Nasi Dagang Pak Malau. Harini tengok gambar dengan linangan air mata je la. I bagitau Kaklong, ‘Kak, rindu la Nasi Dagang Pak Malau’. Lepas tu kata Kaklong, ‘Macam tu la haritu aku rindu nak makan dekat sana’. Ni tengok gambar telan ailio je la. Lag-lagi Ayam Goreng Berempah dia. Makan tepi sawah bendang, sambil tengok padi menguning. Latar belakang gunung menghijau lepas tu bunyi angsa dari belakang so distracted coz that one I cannot handle. Kah kah kah. Dah la membelakangkan Angsa rasa macam makan tu nak mencangkung je atas kerusi. Kang kalau Angsa keluar dari kandang lepas tu nak sudu vontot I, memang I bersilat terus atas meja. Haha. I takot la Angsa. Tak suka sebab ada bad experience masa kecik dulu kena sudu dengan Angsa Arwah Cik Rahim and Cik Pura. Anyway. Nasi Dagang Pak Malau now memang viral and menjadi fenomena untuk orang yang datang Langkawi. A must place to go and try. Kenapa? Sebab sedap, murah, very warm service and makan lebih berselera sebab surrounding dengan beautiful scenery siap ada rumah tepi bendang, OMG bestnyaaaaa. Masa hari kitorang datang tu pulak cuaca cukup baik. Alhamdulillah. Masa tu hari Isnin. Kalau datang Selasa sedih la sebab hujan renyai dari pagi jejak ke malam. I paling suka moment ni. Taktau la nak describe macam mana. I pon asal Pahang tapi kampung kita cuma ada kelapa sawit, mana nak dapat sarap tepi bendang macam ni kan? So bila sesekali dapat chance macam ni seronok sangat-sangat. Bulan depan nak datang Langkawi lagi dengan Pertian hope dapat la sarap dekat sini lagi.



Self Service dekat sini. Pilih nak makan Nasi Dagang lauk apa dekat Counter lepas tu order air. Kalau nak makan kuih pon ada macam-macam jenis. Pilih meja nak duduk mana lepas tu later dah siap makan baru bayar. Nampaknya Suraya and Kakak dia sangat gembira disini.

Wednesday, December 21, 2016

Langkawi Girls Trip : Pantai Cenang

Assalamualaikum..

Now I ada dekat Langkawi International Airport. Dah dekat departure hall. Flight pukul 3.15pm. Jangan la kapalterbang Air Asia ni nak goyang-goyang ke apa. I don't want. I pon taktau la semenjak bila pandai gayat ni. Padahal I athlete kot? Patut menda macam ni takde apapa. Kelmarin naik SkyCab masa memula eksyen siap berdiri ambik gambar. Lama-lama lepas tu keras je sebab takot. Nak balik satu hal. Abes semua mengaji dalam Cable Car. Ain tukang gelak je. Haha. Semalam petang kitorang patut nak tengok sunset dekat Pantai Cenang tapi sudahnya hujan gerimis dari pagi jejak ke malam so goodbye Sunset. Malam tadi more to Free and Easy. Free and Easy ni sangat merbahaya la sebab Mak ni jenis tak boleh berenti takde activity nanti dia tanya 'Bila shopping lagi?' T____T sampai Ain tanya, 'Mak Kaksu kuat eh? Dia ok je kalau asyik berjalan. Macam tak penat'. I gelak je. Baru dia taaaaaaaau. GF I ni memang macam ni ok? Dia memang kuat. Lagi la berjalan macam ni memang dia suka. Lepas tu all the time mesti ada kudap-kudap. Malam tadi dah urut kaki siap-siap dekat Cenang, so dia cakap dah lega dah sikit. Takde dia mengadu sakit kaki ke apa so far, Al-hamdulillah.


Mak sporting je melayan anak-anak suruh posing. Haha. 

Tuesday, December 20, 2016

Langkawi Girls Trip : SkyCab

Assalamuaaikum...

Hi orang KL, kita masih bersiaran dari Langkawi. Cuaca dilaporkan hujan renyai-renyai pagi ni. Semalam lepas breakfast dekat  Nasi Dagang Pak Malau kitorang terus ke SkyCab. Naik kereta cable lepas tu naik pulak ke Sky Bridge. Ni la pengalaman yang tak mungkin I dapat lupakan sampai bila-bila. Ni kalau letak pisau dekat leher ni memang takde der I nak naik lagi. Bapak la seram ok? Cable Car tu dia punya naik tegak mencanak lagi seram dari Genting Highland punya cable car. Dah tau dah seram naik Cable Car, pergi memandai poyo nak naik Sky Bridge. Itu yang De dengan Kaklong tak sampai suku pon dia berjalan dah patah balik. Tak rasa kaki dah. I ok dapat half. Ain dengan Mak sampai kehujung. Mak tu punya berani dia? Korang tau tak Sky Bridge tu dia tegantung macam tu lepas tu dia goyang-goyang ishk seriau ok? Itu De dengan Kaklong tak berjalan dah. Merangkak! Hahahahha. Semalam pulak ada Cable Car yang tetiba terberenti tengah-tengah jalan sebab cuaca tak berapa ok. Itu kalau I la tu memang dah terkencing terberak dah. Time naik ok lagi, bila turun memang tak pandang luar dah. Seraaaaaam nak mampos! Itu nanti later I akan share experience and gambar semua ok? Meanwhile tengok dulu gambar beberapa keping ni I belanja. Ok? Ni kitorang nak ke Tanjung Rhu Mangrove. Malas nak island hopping sebab panas and taknak mandi pon dekat pantai. Kitorang ambik private punya sebab kalau yang package tour guide tu sampai 6 jam. Lama sangat. Nanti petang baru nak tengok Sunset dekat Pantai Cenang. Tak sabarnya!


Time ni senyum la sebab tak naik tinggi lagi. Lepas dah Cable Car tu tegak memasing mengaji. HAHA


Monday, December 19, 2016

LANGKAWI GIRLS TRIP : NASI DAGANG PAK MALAU

Assalamualaikum...

Quick update sebab sekarang ni I ada dekat Langkawi dengan GF, Kaklong, De and Ain. Kitorang akan berada dekat Langkawi ni sampai la Rabu ni, InsyaAllah. Semalam sampai dalam pukul 11.00am macam tu. Flight delay dalam 2 jam. Beria la bangun pukul 3.30am tetiba flight delay, geram je. Flight is smooth tapi I memang dah bermasalah nak naik plane sekarang ni. Takot. Masa langgar awan pon rasa macam nak gugur jantung. Padahal bukan la turbulence beria tapi memang dah tak boleh. Selagi tak landed, selagi tuuuuulah rasa macam antara hidup dengan mati. Ni azab dah lepas, nak tunggu flight balik pulak. Huwaaaaaaaaaaa!! Korang doakanlah semoga semuanya smooth and selamat ok? Now I on the way nak breakfast dekat Nasi Dagang Pak Malau. Ni la paling banyak recommendation dari readers and friend. Must go place bila ke Langkawi. Makan sedap tepi Bendang lepas tu foods is cheap and marvelous. Dengar cerita la. Tapi tak try lagi ni tak tau macam mana. Nanti I dah try I akan share dengan nkorang eh? Malam tadi pon makan sedap jugak. Ingat esok malam nak try Shell Out pulak dekat Pantai Cenang. Pack with activity and hopefully dapat la makan Laksa Ikan Sekoq. Dah sampai dari semalam tapi sampai sekarang takde chance lagi. Kalau tak dapat makan memang terkilan sebab tempat yang kitorang stay ni pon area Kedawang tak berapa jauh dari Airport and Padang Mat Sirat.


Sementara nak siap taip tetiba dah sampai dekat Nasi Dagang Pak Malau. SEDAPNYAAAAAA!! I makan dulu eh?

Thursday, December 15, 2016

Tanabendang Banglos Langkawi & Nafihan Travel

Assalamualaikum.
.
First sekali nak ucap terima kasih pada semua readers yang dah bagi info pasal trip Langkawi. Harini kaksu suruh (paksa) update blog and share pasal accommodation and kereta sewa. Dia kirim salam jugak dekat korang. Dia busy sikit sebab ada concert shein and lepastu ada photoshoot. Cenggitu la YB. Level-level rosmah je dia punya busy. Tapi sebenarnya kalau kaksu busy ni elok jugak, sebab bila dia banyak masa free dia suka carik pasal dengan ain. Hahaha.

Ok first sekali kita letak la gambar rumah yang kaksu dah decide. Booked. Tanabendang Banglos Langkawi. Tak tau kenapa guna term banglos sedangkan rumah dia takde pulak lapan tingkat ada lift ke apa. Tapi cool kan? Rumah kampung complete with everything.