Tuesday, December 27, 2016

Trip Langkawi untuk Girlfriend Dah Selesai.

Assalamualaikum..
.
Harini ain nak share experience join this trip dengan family kaksu. Sebelum tu nak ucap selamat bekerja kepada semua orang lepas seronok cuti tiga hari. Kalau siapa lemau and malas nak kerja macam ain meh la give me five. Haha. Masuk office dengan kerja bersusun ni sangatlah tak best. Hujung tahun ni selain public holiday semua orang memang berlumba-lumba nak habiskan cuti. Mana company yang allow carry forward Annual leave untungla, yang tak boleh elok habiskan je. Rugi kalau tak guna. Normal la macam ni, time cuti pandailah semua kira untung rugi, tapi kalau malas kerja jadik slow takpe pulak. Kah kah kah.

Langkawi Grils Trip bak kata kaksu. Tapi semua mak orang ni. haha


Anyway kaksu kirim salam dekat semuaaaaa readers dia. Dia busy sikit sebab ada meeting and dating dengan shein. Kasik la chance. Macam yang semua tau, 18-21hb lepas settle dah trip Langkawi untuk girlfriend (mak). Ain pon ikut. Kaksu ajak untuk tolong kaksu few things macam ambik gambar and drive. At first taknak ikut sebab segan. Yerla semua family kaksu kan? Mau tak segan. Tapi lepas kena pujuk (paksa) and kena ugut macam-macam so pergi jugak lah (hahaha gurau je boss). Alhamdulillah semua went well. Mak pon happy sangat. Happy dapat jadi part of this trip and penerimaan family kaksu pon ok. semua baik. Mak and kaklong sangat-sangat kelakar. Ada je modal nak buat gelak. Rasanya takde pressure pon during this trip except cuaca ada masa panas menggila, ada masa mendung/hujan. Makan mostly semua sedap-sedap belaka. Lepastu teh ais kat Langkawi semua kedai sedap. Hahaha. ain syak dia pakai teh dari Thailand kot? Sebab sebelah je kan? Teh ais terpaling sedap pernah minum dekat phi phi island dulu.
.
Ok back to Langkawi trip. Ni bukan entry pasal teh ais. Haha.

Happynya mak. Ni masa kat Nasi Dagang Pak Malau. Makan sedap, view pon cantik :)

Actually kalau betul-betul nak santai and tak rushing, empat hari pon tak cukup nak cover semua tempat kat Langkawi. Sebab banyak tempat yang we need whole day nak jalan. Macam this trip kami pergi yang jadi main attraction kat sana. Itu pon full pack pagi sampai malam everyday for 4 day kat sana. Buat mana larat since kena consider mak dah tua. unfortunately yang cepat penat is kami. Mak ok jer. Dia memang kuat. Sampaikan semua orang masuk kereta dah tersandar kepenatan dia je yang tanya ‘lepasni nak pergi mana?’ hahaha. Kaklong dengan de masuk kereta kejap je gone. Kaksu jadi guru besar make sure takde orang tidur. Asal ada yang tidur kena bising. Mak dengan ain tukang gelak. Ain rasa kalau lama sikit memang ain team dengan mak. Lagipon kitaorang dua paling berani masa kat skycab. Sebab naik kat skybridge yang macam jambatan gantung tu, kaksu lepas la suku jalan lepastu patah balik, kaklong dengan de lagi la tak gerak-gerak dari first point. Ain dengan mak jalan sampai kehujung. Itu pon nasib baik hujung sekali kat last point tu ada construction, kalau tak kitaorang nak sampai sana.
.
Ni kalau kaksu baca memang berbulu la dia. Mak pon kemain asyik ulang-ulang cakap mak tak takut pon. Seronok naik jambatan tu. Macam naik kapal terbang. Seronok! Hahahaha.
.
So kat sini ain bagi few tips ikut personal opinion if siapa nak pergi Langkawi bercuti.

  • Kalau nak shopping coklat, tak semestinya ke hj. Ismail group. Especially siapa yang duduk jauh dari pekan kuah. Dekat Coco Valley sebelah Underwater World Langkawi pon dah ok. Coklat, pinggan mangkuk periuk belanga pon ada. Harga pon lebih kurang je. Infact ada yang lebih murah. Kena pulak masa kitaorang pergi hj. Ismail few coklat banyak yang dah habis. Coco valley semua ada. Settle. Bezanya dia taklah sebesar plaza hj. Ismail group tu. Coco valley kat cenang pon ada, kuah pon ada.
  • Kalau pergi more than tiga hari, cari kereta sewa yang offer pakej. Jangan ambik yang per day. Sebab kalau kira balik, jadi rugi. Contohnya, harga per day viva adalah sama dengan pakej untuk vios/city. So mana nak jimat amek kereta yang lebih murah by pakej laaaaagilah murah.
  • Standby duit banyak-banyak kalau tak tahan godaan orang suruh beli gambar. Each place memang akan ada orang ambik gambar kita then print cantik-cantik suruh beli. Ada yang letak frame cantik, jadikan key-chain or fridge magnet. Sebenarnya boleh je tolak taknak beli. Tapi kalau dah dorang tunjuk cantik macamtu, normally orang akan terjebak beli macamkan tak boleh print sendiri. Haha. Tingat lagi masa lepas mangrove tour kat jeti Tanjung Rhu, bot kitaorang stop kat tepi so kami semua tak naik kat main entrance, kaklong ke kaksu ntah cakap ‘ hahaha padan muka dorang tak dapat suruh kita beli gambar’. Sekali naik je darat terpacak dua orang bawak gambar dah siap frame kat pinggan. So dah lawa semua pon beli jugak. Semua gelak jer. Kah kah kah.

·          
Rindu bangun pagi tengok bendang, udara pon best jer. Bangau and burung pon banyak. Duduk santai kat depan rumah memang heaven. Sesekali tukar selera duduk kampung macam ni best. Taklah bosan asyik duduk hotel je kan? Boleh baca pasal Tanabendang Banglos ni kat sini.


Oklah, cukup lah entry kali ni. Nanti-nanti pasal lain maybe kaksu update. Tapi ikut mood merajin dia jugak la kot. Lagipun dia busy. Dia kan sign mati jadi power rangers menyelamatkan dunia. Korang kena show support kat dia ok? pergi beli Annesuraya Skincare contohnya (now price ada offer lagi RM90 je fullset). Takpon beli la Korset dia. Pon ada less sampai RM100 je sehelai bila beli tiga helai sekali order (sesambil promote). Last sekali, thank you pada kaksu and family sebab layan ain baik je. Semua pon baik. Happy dapat join this trip. Ada masa ain absent tak dapat tolong ambik gambar sebab migraine attack and sakit perut pon dorang ok. Concern. Rasa jalan dengan family sendiri. Mak pon asyik suruh makan, dia tak sedar ke ain ni dah macam terlebih makan? Hahaha. Orang johor memang best. Sebab ain dengan mak orang johor. Suraya sulatin orang Pahang so dia kurang best. Hahahaha.

Memula buat syarat orang belakang tabir takyah masuk blog. Tapi boss kata kena jugak. So letak la satu. 


.
Bye.
Ain :)




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...