Assalamualaikum..
Rasa macam harini baru hari Selasa je sebab baru
dua hari kerja kan? Hahaha. Dah 2 minggu berturut-turut bizi dengan Kakyang and
Eddy punya wedding, minggu ni la relax sikit. Semua dah selesai dah. Harini I
share la gambar dari wedding Kakyang belah lelaki dekat Sg. Tekam Getah. Photoghrapher
anak buah Eddy. Tak sure dia ambik gambar secara professional ke tak. Yang
belah KL korang jangan nak hingaq tanya dekat I sebab memang I tak dapat lagi
dari Kakyang. Ni yang share pon I ambik dari WhatsApp Group family je. Biar lah
Kakyang pilih gambar mana yang dia suka, kalau I pilih nanti semua gambar I nak
masukkan habes sampai kelantai gambar je semua. Tak kena gaya, gambar aku
sorang posing je yang tak tahan. Makcik Pengantin over memang macam ni. So
semua orang kena la redha ye? Hahahah. Tema kitorang belah lelaki is Light
Chocolate + Emerald Green. Kena pakai warna light2 je sebab cuaca panas, tak
berapa sesuai nak pakai kaler garang. Pengantin asalnya nak pakai songket hitam
tapi due to technical problem pakai songket putih ni. Lawo jugak! Pelamin, Make
up and baju by Galeri Fitrah. Tauke dia nama Kaklong. Memang popular bridal ni
dekat area Jengka. Kaklong pun ambik job merata sampai Hulu Tembeling,
Jerantut, Kuala Tahan semua dia tapau. Suami dia pon sekarang jadik Photoghrapher
as well so senang la pengantin, apapa boleh ambik package terus. Dah jom tengok
gambar. Apa yang ada je la eh? Kalau Kakyang share lagi nanti, I share dengan
nkorang.
Tengok
muka Kakyang ni is combination of muka I, De and Kaklong. Dulu masa dia kecik,
muka lebih pada muka De. Kata Kaklong, ‘Penat
aku mengandungkan Ayang sesuka hati je muka dia macam muka nko De’. Haha. Ni
dah besar lain dah sikit muka dia. Hidung paling mahal sebab bengkok kebawah.
Mata sepet mewarisi keturunan darah Cina sipi-sipi dari arwah Ayah.
Amboi
Kakyang, suka benar dia dapat kawen eh? Kakyang muda lagi. Baru 22 tahun. I
masa umur 22 tahun takde der fikir nak kawen lagi. Bagus la kawen muda.
Cepat-cepat mengandung and by 30 dah setel dapat 3 orang anak. By the time 35
macam umur I, boleh dah holiday dengan peace of mind sebab anak-anak dah besar.
Ni
pose Usop Wilcha by Sazli. Haha. Baju Sazli, Abang Long, Shein and Amsyar tu
custom made. Beli kain dekat Jakel and tempah. Sazli suka jenis kurta macam ni.
Dia selesa pakai. Semalam pon I beli lagi 2 pasang kain untuk buat kurta Sazli.
Design pulak tailor boleh ikut sebijik macam contoh yang beli dekat boutique.
Tailor Pakistan. Bukan Tailor perasan bagus dekat Arked Mara tu. Eeeuwwww.
Pengantin
pempuan kenapa tu? Panas ke? Ishk. I kenot brain sampai sekarang my best friend
masa sekolah now jadik anak buah and kawen dengan anak buah I. OMG I kenoooot.
Kalau la tau jadik anak buah, masa sekolah dulu patut I buli je. Hahahah. Masa
I kawen tahun 2009, Ayang dah besar jugak rasanya. Patut masa tu Eddy ambik
gambar dengan Kakyang. 15 Kakyang time tu umur dia.
Pengapit
ialah Along and Atinten. Atin tu pregnant. Now masuk 5 bulan tapi steady je tak
debab apa. Menten.
Selamat
Pengaaaantin Baaaaaaru. Semoga kekal abadiiiiiii. Bahgia ke anak
cucuuuuuuuuuuuuuuuuu. Sentosa murah rezeki. **Nyanyi lagi Selamat Pengantin
Baru
Besar
dah anak-anak buah I. Tak sangka semua dah berkawen and beranak pinak. Lepas tu
tetiba Eddy ada dalam gambar. Why????? Hahaha.
Family
Photo. Tapi mana Kaseh? Note kepada Pengantin Perempuan, ‘Sila jaga kelakuan
ye?’ Hahahaha
Korang tengok Kaklong punya kain tu, warna lain
kan? Buat perangai dia tu. Dah la baju upah RM500.00 sesia tak dapat pakai,
lepas tu kain pergi tinggal dekat KL. Kisah tragedy tempah baju Kaklong and I
semua boleh baca dekat sini. Lantak la kalau owner dia nak bekompang dalam blog
and IG I. Dia kena la terima hakikat service dia macam pundek. Dah salah lepas
tu taknak mengaku and ada hati nak up-up kan business dia lagi. Dok kacau
komen-komen dekat gambar dalam IG I. Menyemak je. Ko dah kenapa??? Terima la
kesalahan. Eh menyampah la. Baju yang Kaklong pakai tu tempah dekat tailor
lain. Lepas tu yang manik-manik dekat pinggang and hujung baju tu upah dekat
kedai Pakistan. Kaklong asyik la remind I, jangan lupa bawak balik baju dia.
Pagi petang siang malam remind sampai naik semak la jugak. Kaklong balik Jengka
hari Jumaat, I pulak balik on Sabtu pagi Subuh Shafie tu. Sekali masa sampai
Jengka, Kaklong tanya I, ‘Kain dia mana?’
Lepas tu baru dia sedar kain tertinggal dekat KL. Hahahaha. Pagi tu pergi Pasar
Panas dekat Bandar Pusat and beli kain dah siap. Jadiknya, gitu la rupa baju
Mak Pengantin.
Ni
patut gambar Family I tapi Shein kalau takde Amsyar taknak ambik gambar. Dah la
asyik nak menyorok dalam kain Mama. Shein memang sejenis suka Pelamin. Masa
Kakyang bersanding, dia tak sabar-sabar nak duduk dekat pelamin lepas tu cakap,
‘Play??’ Haha. Banyak la ko punya
play orang tengah bersanding.
Ni
make-up by Kaklong dari Galeri Fitrah. Ayang mintak soft and Sweet. Gambar
close up siap pakai tudung takde eh Kakyang? Ni Kaklong mekapkan Kakyang awal sebab
dia ada job dekat Jerantut pulak lepas tu. Sempat Kaklong makan nasik lemak
dekat rumah. Haha.
Close
up Pelamin.
Tengok
Pengantin balas dendam posing.
Kitorang gerak balik dalam 2.30pm macam tu kot?
Elok sampai rumah Mak, hujan turun mencurah-curah lebat giler. Shein pon ada
hati nak main hujan. Pandai dia ambik kesempatan naik basikal dekat beranda so
kena la air hujan sikit-sikit. Jadikla. Tu kalau kasik chance mandi hujan tu
memang wajib Shein main hujan dengan AMsyar. Tadi masa waktu kemuncak kenduri
dekat rumah Eddy, punya la panas. I rasa belendir dah ketiak. Naseb la baju
punya material Como Crepe so takde la nampak sangat kalau berpeluh. Tu kalau
satin tu mau ketibas. Hahaha. Tenkiu pada Eddy and Keluarga atas layanan 5 star
pada kami sekeluarga. Melambak bawak balik door gift special siap lepas tu
Kakyang and Eddy bawak balik pulak lagi sekotak untuk kitorang. Makan pon
sedap-sedap. Melambak lauk atas meja sampai pinggan nasik pon tak boleh nak
letak. Kakak Eddy siap tapaukan Along Ikan Pekasam OMG
sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaa. Balik tu, bersila pulak kitorang makan lagi dekat
rumah Nasik Lemak Mak yang untuk sarapan pagi tadi. Dia kalau berkumpul
ramai-ramai cenggitulah jadiknya. Manjang lapar. Telur pulak ada sebijik je, I
sorang je la dapat makan. Haha. De dah siap panaskan kuali, sekali telur dah
habes. Untuk De, I hadiahkan pantun dua kerat ni.
Pergi ke kedai membeli rokok
Ketam habessssssssssssssssssssssss
HAHAHAHAHAHA
Ni pantun dua kerat Amsyar ni. Memula nak beli rokok
tetiba ketam yang habes. Hahahahhahahahaha. Sesuka hati je. Anyway, pada Eddy
WELCOME TO THE FAMILY. Harap terima la buruk baik apa adanya kami sekeluarga. InsyaAllah
lepas ni kalau ada rezeki kita expand family kita ok? Untuk semua mintak doakan
kebahagiaan Eddy and Kakyang sampai la Jannah. Ok? Aminnnnnn.
Handphone : 019-9411977
Kita belanja la gambar Tauke
Galeri Fitrah Sekeping. Ni la Kaklong. Kecik molek orangnya. Awet Muda gittewww.
-eNd-
No comments:
Post a Comment