Thursday, December 29, 2016

Shein's Birthday Treat at Genting Highland - Part IV

Assalamualaikum..

Happy Birthday Shein! Harini baru boleh sambung balik cerita pasal Genting Highland yang kitorang bawak Shein untuk tengok Ultraman tu. Korang boleh baca dekat sini and dekat sini. Previous entry banyak cerita pasal tempat makan je. Biasalah Mak Shein tu, makan priority. Tempat menarik, activity dah jatuh number dua. Pakkal la ada House of Corset so beragak sikit la makanan tu nak masuk dalam perut dia so boleh la menten berat badan. Kalau tak selambak la ko dekat situ forever. Seram kalau tengok gambar lama sebab dah lebih kurang macam Peti Ais je I tengok. Ada ke yang taktau pasal YES House of Corset? Sehelai RM130,00 kalau beli dua helai jatuh RM120.00 sehelai or beli 3 helai RM100.00 je. So kalau nak, lekas contact Siti Nurhaliza 0129184042 untuk order. Ok? Nak jadik murah kumpul la order tapi korang jangan la kejam sesuka hati je beli 2 kali yang 2 minggu lepas lepas tu mintak harga RM100 sehelai jugak sebab kira 2 helai campur yang beli kali ni. Kesian la I. Haha. (Sesambil iklan).

Ok sambung bab Genting. Sebenarnya I never tot yang Genting Highland ni best and ok to relax over weekend or saja nak berjalan spend time dengan anak. Dulu ingat tempat Chinese habeskan duit main judi je. Nak pulak Sazli gayat tempat tinggi so dia cakap dia taknak pergi Genting Highland padahal I ajak dia since bujang lagi kot? Mana maunyaaaa dia pergi sehinggalah ada Ultraman Show ni then only dia nak datang sini. Tu pon pakkal sebab Shein. Kalau sebab I ajak, sama dengan kirim salam. Hahaha. Dekat pon dekat dengan KL. Nanti kalau Ourdoor Theme Park dah siap lagilah best. Masa kitorang pergi time Cuti Sekolah so agak pack jugak tapi masih boleh bernafas. Macam I share dalam previous entry, kena plan vacation. Jangan ambik last minute macam kitorang nanti First World Hotel bilik standard tetiba jadik RM540.00 semalam pundeeeeeeeek. Hahaha. Tapi yang sedihnya dengar rumors cakap tahun ni last show untuk Ultraman Live at Genting. Lepas ni no more. Ala. Sedihnya macam ni. 


Sebelum masuk First World Hotel building Sazli ajak berenti hirup udara segar. Dia kata. Padahal dia nak sedut 'oksigen' dia. Haha. Sejuk! This year datang takde la berhabuk and bising sangat macam last year


Sampai je First World Hotel, kitorang check-in dulu guna kiosk. Makanya kalau Kiosk please expect pemandangan luar tingkat is bangunan sebelah. Hahaha. Kali ni kitorang hebat sebab bawak Electric Kettle dari rumah so boleh la buat Susu for Shein. Yang tak hebat sebab tetinggal dekat hotel kettle tu. Kah kah kah. Macam I cakap, kitorang ambik Standard Room book via www.rwgenting.com for RM540/nett. Dapat la coupon 20% makan dekat selected restaurant. Jadikla. Kalau korang plan vacation boleh book earlier so dapat cheapest rate. Good news kali ni kitorang punya bilik hot shower tak rosak so selamat la mandi satu badan. Last year dapat bilik yang rosak dia punya heater so I mandi belakang badan je. Depan tak basah langung. Memang sejuk giler. Tapi ketiak InsyaAllah tak busuk. Bau apple je sebab tak berpeluh. Sini mana main tanah berkebun semua. Sebab tu wangi je.


Lepas check in je terus Sazli ajak pergi tengok Ultraman Merchandise dekat tempat Show. Jauh jugak nak berjalan dari First World Hotel ke sana. tengok la Shein. Happy sangat dia. 


Sebok nak bawak bag Mama.  Tak bagi nanti marah. Geram je.


Tak banyak pon Otonen and Irty (According to Shein. Ultraman - Otonen. Irty - Rasaksa tu dia sebut Irty = Dirty) Hahaha. Kata yang tukang jaga ni, nak banyak kena datang masa minggu pertama. Tu pon banyak sold out day 1 jugak.


Dapat la Shein paw Abah. Monster besar ni. RM200.00 harga dia seekor. Ada 2 ekor tapi naseb Shein tak nampak yang sejenis lagi.


Total dapat 2 orang Ultraman and 2 ekor rasaksa. Yang kecik-kecik tu dalam RM30-40 je kot? Tak ingat. I beli Shein 1 je yang kecik. Yang lain Abah belikan. 'Shein say thank you to Abah'. Shein pon jawab, 'Tatiu Abah....' Awwww melting. Haha.


Tak cukup dengan Otonen dia nak jugak kasut ni. Rezeki Shein ada size dia. RM160.00 sepasang harga dia. Kata orang tu Limited Edition. Ye ye je. Katanya special untuk Ultraman Live in Genting ni. Tapi cantik and cool kasut ni. Lampu-lampu tu kena charge. Boleh tukar color and boleh blink-blink jugak. Shein pon suka kasut ni.


Dah siap beli semua, Sazli ajak ambik angin dekat luar.


Memang sejuk and berkabus. Cuaca pon cantik sangat. Tak sabarnya nak tunggu Outdoor Game siap. Mesti lagi best dapat jalan-jalan dekat luar.


Shein ni dia lebih suka monster dari ultraman. Dia kalau tengok cerita apapa mesti geng yang jahat. Hahaha. Ultraman yang dia suka is Ultraman X. Shein sebut 'otonen es'. Pon boleh la son.


My very best friend. Shein Iskandar and Sazli Ramzan. 


Abah Shein ni semua minat Shein dia support. Kekadang lebih over. Kata Sazli nanti Shein dah besar dia boleh jadik apa yang dia nak. Nak jadik pelukis boleh, seniman jalanan pon boleh. Semua Abah support lantas di balas dengan jelingan tajam dari Mama. Shein nanti kena jadik Architect macam Abah atau jadik Dentist. Ok?

Dah siap lepak dekat luar ambik angin kitorang ke Arcade pulak sebab Shein suka main Basket Ball ni. Baling 20, 3 4 je yang masuk tapi dia punya gaya bukan main lagi. Dekat sini je 3 hari I rasa ada RM200.00 I habes untuk topup card Ezy Cash tu. Semua Shein nak main menda yang sama je. Dah la memang wajib lalu dekat sini kalau nak ke First World tu. Hahaha. I rasa next time kalau datang Genting, 2 hari 1 malam cukup sebab kalau lagi lama, Sazli boleh kena heart attack sebab Shein nampak Arcade ni WAJIB  nak masuk and nak main sampai dia puas. Kalau dia tak puas nanti dia akan tarik tangan Mama and Abah. Sudahnya masa last day memang I je la melayan Shein jejak ke 10.30pm sebab Abah dah tak larat. Ongtue sangat malam masih muda dah masuk bilik. Hahaha.


Your rules Shein. Ikut suka hati engkau.


Abah tukang swipe card. Mama tukang top up. Apa susah? Bertuah la Shein ada Mak macam Mama ni. *tetiba.

Dah puas dekat Arcade kita balik hotel, lepas tu takyah mandi sebab tak main kotor. Charge energy Shein bagi dia makan susu semua lepas tu kita keluar balik malam tu untuk Dinner pulak. Malam ni pakai baju Pilot yang Mr Lee and Hazel hadiahkan sempena birthday Shein. Kata Mr Lee Bryton yang bagi. Thank you Bryton! Hensem pulak tengok Shein pakai baju Pilot tapi nanti takyah la eh menyambung legacy Baba Shein untuk jadik Pilot sebab nanti Mama jadik macam Tok Chak la. Asal dengar bunyik Kapal Terbang je phobia. Hahahaha. Kerja dekat darat je ok? Nak eksyen-eksyen pakai takpe. Baba Shein dulu kalau tak sebab Tok Chak membantah now dia dah jadik Pilot Fighter dah. 


Hellow. This is your Captain Shein Iskandar speaking.

Kitorang lepas makan jalan-jalan la dalam building ni. Tengok banyak jugak tempat yang cantik-cantik. Orang pon always ramai je. Kedai makan bukak sampai ke pagi apa ada hal. Memang takkan kelaparan dekat Genting Highland ni. Sediakan aja ongkosnya ok? 


Xmas Tree 


Chinese Restaurant


Cinema pon ada


Stage ni kekadang ada show.

So cukup untuk kali ni. Nanti ada last entry I akan share gambar lain pulak. Basically takde apa sangat pon boleh buat selain dari jalan buang masa and makan-makan. Indoor Theme Park pon orang dewasa boleh naik 3 jenis je. Yang lain kanak-kanak punya. Lepas tu Snow World ada different harga pulak kena bayar. Tu sampai sekarang sekali pon I tak pernah try. Taktau la kenapa takde hati nak cuba. Maybe next time kot? Tapi I suka la Genting Highland ni walaupon takde banyak sangat activity boleh buat. Probably sebab sejuk so I suka la. I kan Pwincess tak boleh panas-panas? Hahahaha. Shein pon suka dekat sini. Abah pon suka. Nanti InsyaAllah ada rezeki kita datang lagi bila Outdoor Theme Park siap ok?

-eNd-

3 comments:

Cici said...

hensemmnyaa. hehe I pun selalu pesan kat anak i dah besau jadi pilot. tapi apaknya cakap jadi lah apa nak jadi. tak minat belajo jangan paksa. taknak sambung study pun takpe, amek amali je. =_= wiring ke mechanic ke


maybe lelaki lebih faham lelaki kot

mommy zarith said...

yang ada patung liberty dgn pokok krismas tu kat area mana ek ? first world hotel ke ?

Chooyaya! said...

Mommy Cici : ha a. lelaki ni dia kurang drama. biasanya mak nye lah yg banyak hal. tp kita ni bukan apa. untuk masa depan anak2 jugak. ye dak?

mommy zarith : ha a. depan first world lobby tmpt parking bus tu