Assalamualaikum.
Today ain kena update blog and
continue pasal Langkawi. Bos busy sikit, dia kirim salam rindu kat readers dia
semua. Dia selalu cerita ramai reader yang totally stranger tapi baik dengan
dia. Bila borak rasa macam close dah lama kenal. Nak pulak bila ada minor
problem macam postage korsert sangkut ke apa semua pon okkkkkkk je. Balik customer
yang kena calm kan kaksu sebab dia sejenis emos sikit bila macam dah
tersusahkan orang. Terus mood tak berapa ok, stressed and rasa bersalah
walaupun salah tu actually bukanlah from her side. Comel sangat perangai. Kesian
tu kesian, tapi dalam hati gelakkan la jugak sikit. Haha.
Sebab vacation ni untuk girlfriend. So kita up gambar bos dengan girlfriend dia dulu. |
Cakap pasal postage ni, nak jugak
cakap pasal ni. Sebab ada few case ain tengok yang customer jenis demand and
susah bawak bincang. Kaksu pernah kena, few kawan ain yang bisnes pon penah
kena. Memang lah term ‘customer is always right’ tu buyer suka guna. Tapi jangan la buat
macam nilai yang awak beli tu terlalu besar sampai bila ada masalah terus nak
eksyen/marah. Dengar dulu explanation. Bila deal dengan manusia ni kena la
expect possibility masalah tu boleh timbul. Contohnya, kata la pos barang yang
normally sehari sampai tapi tak sampai-sampai, takkan nak blame seller terus. Kena
check dengan courier service jugak. Machine pon boleh jammed, inikan pulak
system yang manusia pegang. Ye dak? Kot motor abang pos laju rosak ke, or van
courier service tayar pecah ke, boleh je jadi. Memang kita pay for service. Tapi
dalam dunia ni kalau semua nak perfect tip top susah jugak. Melainkan yang jual
barang tu robot. Ni cakap ni generally ye, kang kata back up seller pulak. Tapi
kalau nak jugak pegang term customer is always right takpela. Tampal la kat dahi
sekali ok? Kbye.
.
Ok back to Langkawi punya cerita.
.
So from previous entry pasal Langkawi yang ain tulis haritu, thank you pada yang komen kat blog/FB kaksu, PM, and
whatsapp kaksu korang punya suggestion. Kemain perihatin je kalau siti
nurhaliza korang tanya apapa. Hahaha. So far dah short listed and kaksu akan
book anytime soon. Tapi ain tahan jela sebab dia tu bab makan mula berzikir
selagi tak dapat. Ni tak habis-habis cakap pasal laksa ikan sekor dengan nasi
dagang pak malau. Punya excited. Dulu kes kuih keria antarabangsa dah settle,
ni selagi tak pergi Langkawi yang korang suggest bab makan tahan jela telinga
each time dia cakap. Susah jenis orang bercinta dengan makanan ni. Lepas tu
perangai each time makan nak whatsapp gambar kat orang pon kekadang mengundang
jugak. Nak melawan bos. Tapi biasa melawan je. Kadang-kadang bos merajuk, nasib
baik senang pujuk.
.
Untuk accommodation, kaksu dah
bagitau dia suka few tempat (so far). Sebab konsep dia selagi tak book selagi
tu dengan dia, dengan ain habis kena paksa tengok satu-satu. Kah kah kah. Kang kejap
whatsapp ‘ainnnnnn tengok ni lawa ni! Lekas tengok jugak SEKARANGGGGG!!’. Bukan
kira orang tengah busy ke apa. Haha geram nak tunjal. Nasib baik tua. Hahahaha.
Konsep dia kalau dia excited memang dia suruh kita pon tengok/google time-time
tu jugak. Ni antara tempat yang dia cakap lawa and memang cantik pon. Nampak cantik,
view cantik, harga reasonable and location pon quite ok. Ada yang dah tak
available on the date yang kitaorang nak pergi tu. Tapi elok la jugak, dah
kurang option. Kot kalau sampai 10 tempat semua lawa and feedback semua best pening
pulak nak decide. Jom tengok yang dah short listed. gambar semua google. Ni kalau kena marah nasib la.
Villa Sri Kampung |
Century Langkawi Beach Resort. |
Ni jenis moden and memang lawa. View pulak laut. Perghh ni boleh mengundang duduk bilik tidur je. Hahaha. |
Dawn Langkawi Chalet and Homestay. |
D’bendang Homestay. Yang ni ain yang Nampak macam cool giler. Rumah kat sebelah bendang. Rasa macam kat real kampung. Tapi dalam rumah complete semua. Mesti aman je rasa. Tapi jangan malam nyamuk banyak pulak. Dahhhh bergaduh dengan nyamuk nanti. Yerla, baru nak feeling tenang aman Sentosa, sekali asyik kena gigit dengan nyamuk mengundang jugak. Nak pulak yang duduk pwincess macam siti nurhaliza ni, mau mengamuk dia. Hahaha (gurau je bos).
.
So sementara kaksu belum decide,
siapa lagi ada cadangan plus location menarik kat Langkawi, boleh bagitau dia
ok? Guna la apapa medium yang korang ada. Haha. Sebab macam last time yang
komen, yang whatsapp, yang PM semuaaaa ada. Tapi korang pon dapat agak kaksu
suka tempat yang macam mana kan? Bagi suggestion pon lebih kurang macam dia
suka la ok? yang sederhana tapi complete. View cantik tu bonus. Ok? Yerla, nak
duduk pon 4 hari, lagipon vacation ni untuk girlfriend dia (mak), so kaksu pon
nak la mak happy and selesa. Ok la sekian sahaja untuk kali ni. Bos inform
update blog pukul 11. Ni dekat 11.40 dah. Malas nak dengar dia bebel.
Bye.
Ain ;)
2 comments:
The Datai Langkawi & Langkawi Lagoon Resort cantik kak su!
Salam kak su.. The Datai Langkawi dgn Langkawi Lagoon Resort view die cantik!
Post a Comment