Thursday, January 12, 2017

Random And Cerita Langkawi (Lagi)

Assalamualaikum..

First sekali yours trully kirim salam. Alhamdulillah dia dah selamat sampai Langkawi. yerla member tu cerita pasal dia power ranger bukan main lagi, tapi sekali takut naik kapal terbang. Tadi dia send gambar shein excited nak naik plane, belakang mama shein yang cuak. Haha. Dia kata landing pun tak berapa smooth. But apa pun dah selamat sampai tu ok la. Cuma nak ucapkan good luck untuk balik nanti sebab dengar kata naik Malindo jugak. Kah kah kah.

Sebelum tu kita belanja gambar siti nurhaliza dengan boss kecik kat Langkawi. Incase ada yang rindu. Alhamdulillah selamat sampai. Cantiknya awan :)



Entry kalini ain buat random jela ok? Nak borak pasal apapa yang terlintas dalam kepala. Sebab dia kata update je blog, pepandai la nak cerita pasal apa. Gitu dia punya kejam. Takde der nak guide ke apa. Dia ingat semua orang biasa tulis blog agaknya? Actually kaksu suruh update pukul 1pm. Tapi now pon dah almost 2pm. Kalau dia selalu busy menyelamatkan dunia, dia pon kena tau kita busy menyelamatkan Malaysia. Takyah la selamatkan dunia, besar sangat skop dia tu, Malaysia ni hah selamatkan dulu. Banyak je orang buat masalah kat Malaysia ni. Hahaha. Ni kalau cakap lagi banyak dah jadi entry politik pulak. bosan je nak baca. Lagipon tingat Mak masa kat Langkawi sebelum ni, tu fan No.1 kerajaan ok? jangan nak carik pasal. Hujah dia lagi power. Semua dia tau. Sudahnya kaksu bertekak dengan mak pasal politik, yang lain tukang gelak. Hahaha.

.
Cakap pasal Langkawi, kaksu pun kat Langkawi, so cerita pasal Langkawi jelah eh? korang baca jelah. Ain bukan blogger so tak berapa pandai nak cerita apapa sangat. kang cerita yang pelik-pelik takut salah konsep pulak. Sebab ain dengan kaksu sebenarnya dari segi opinion/favourite/interest adalah sangat different. Baik dari segi minat ke apa sampai ke bab makan pun tak berapa sebulu. Hahaha. So bak kata orang sekarang 'komen yang murni-murni je', ain pon update yang murni-murni jelah.
.
Kat sini ain nak ambik kesempatan nak mintak maaf pada Kaklong and De sebab dah tinggalkan dorang masa last day kat Langkawi hari tu. Boleh baca kat sini. Banyak sebab sebenarnya macam mana kes tertinggal tu boleh jadi. Haha. First maybe sebab ain dalam kepala tak berapa fokus. Yerlaaaa iphone lock and tak boleh masuk ID. pikir gambar hilang, pikir nak contact orang macam mana, beli pulak henpon cap ayam Samsung RM85 boleh SMS dengan call je. Hahahaha. Tapi kaksu pun silap jugak sebab dia ajak borak. Naik je dia borak-borak pasal henpon bla bla bla. Tapi yang paling comel mak la, sebab dia takde rasa bersalah langsung dah jauh baru bagitau Kaklong and De tak sempat naik, dia kata ingat ain nak anjak kereta kedepan or nak pusing, tapi masalahnya kitaorang dah jalan boleh tahan jauh baru dia cakap tu. Hahaha memang lawak. Habis air mata keluar sebab ketawa. So kesimpulannya ain kaksu and mak semua salah. Macam kaklong dia pikir maybe ada orang jahat dalam kereta, De pulak melopong kata kenapa kena tinggal. Yang driver ni pon suka hati tak check pakai jalan. Haha. Tapi Toyota pun kena take noted jugak ni. Sebab kan biasa kereta central lock, ain pakai Proton pun bila break auto central lock, ni apa kes Vios sampai dah jalan tercicir orang pintu tak bertutup pun takde apa? Dia kena la bagi kita alert and central lock tu wajib la ada. Haha dan dan salahkan kereta. 
.
Untuk ain yang jenis segan and susah nak start apapa or any conversation dengan stranger agak takut kot-kot tak boleh sesuaikan diri dengan family kaksu. Dengan kaksu lain la sebab everyday borak. Dah macam rapat. Tapi alhamdulillah semua baik-baik belaka. First day kekok la lagi, tapi after that dah rasa ok and macam jalan dengan family sendiri je. Mak and kaklong kelakar. Kaksu best. De semua pon ok. So takde masalah. Memang happy je. Takde masalah apa pon. Cuma nak mintak maaf jugak (lagi) sebab ain bukan jenis morning person. Dari rumah dah niat nak kena jaga perangai bila dengan orang. Bukan rumah sendiri yang nak masam pepagi bila bangun. Tapi takde der, dia naturally macam tuuuuu lah. Ni kena ubah jugak ni, sebab umi ain pun selalu kata kalau pagi-pagi cakap dengan ain macam cakap dengan dinding, reaction takde, jawab pon tidak, salah gaya moody lagi ada, Hahaha. Tingat ada one day bangun masa kat Tanabendang tu, masa amek mood nak mandi maybe ada yang tegur ke apa tapi ain tak menjawab. Pastu dengar kaksu kata 'ain ni dia pagi slow sikit, kena amek mood' pastu ada la rasa bersalah. tapi rasa bersalah tinggal macam tu jela sebab besoknya jadik balik. Kah kah kah. Tu yang gambar masa kat jetty before start mangrove muka masam je. Boleh tengok and baca entry mangrove kat sini.
.
But overall enjoy this trip so much. Thank you pada kaksu sebab ajak (paksa). Mak, Kaklong and De semua pun baik. Mak tu asyik suruh makan je, risau sangat ain tak makan. Dia tak tau kalau apa yang ain suka makan tak payah kena suruh. Haha. Dalam dunia ni kita pun kadang tak sangka siapa orang-orang yang Allah akan bagi kita jumpa, to have orang-orang yang baik keliling kita buat kita rasa bersyukur. Kena appreaciate orang yang buat baik pada kita, Macam kaksu contohnya, dia baik.. makin lama kenal makin tau other side dia yang maybe orang tak nampak. Ada masa kita pun tak terfikir apa kebaikan yang kita pernah buat sampai in return Allah balas dengan something bigger. So kena bersyukur. Mana orang yang positive around kita and always ada untuk kita, jaga. Mana yang fake and bawak negative vibes, avoid. Simple math.
.

Thank you Mak, De, Kaklong and Kaksu to have ain on last Langkawi Trip.
So sekian jelah dulu. Ni ada few gambar nature yang ain ambik. Suka tengok gambar-gambar macam ni. Tenang. Cantik ciptaan Allah :)
.





.
Bye.
Ain :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...